Monday, December 5, 2011

Kempen masuk Neraka!!!

Dulu, Abu Lahab, Abu Jahal serta penyokongnya sibuk melancarkan kempen memburukkan Rasulullah dengan tuduhan gila, ahli sihir dan pelbagai macam fitnah dilemparkan kepada kekasih Allah itu. Selain kempen memburukkan Baginda, mereka juga mengugut penduduk kota Mekah kalau mengikut Muhammad, segala peruntukan dan bantuan akan ditarik, tidak diberikan projek dan akan dipulau.

Kalau kita bandingkan apa yang Abu Lahab dan para pembesar Musyrikin Mekah buat dulu dengan apa yang kerajaan UMNO buat hari ini adalah serupa je.

Soalnya, mengapa Abu Lahab menentang Rasulullah walhal beliau bukannya orang lain, bapa saudara Baginda sendiri. Malah pada hari kelahiran Baginda, Abu Lahab antara orang yang paling gembira sekali hingga menyembelih 100 ekor unta bagi menjamu penduduk kota Mekah sempena menyambut kelahiran anak saudaranya.

Malahan Abu Lahab cukup mengenali anak saudaranya itu sebagai orang yang jujur, tidak pernah berbohong serta amanah. Logiknya, tentu Abu Lahab boleh menerima dengan berlapang dada akan seruan Agama Tauhid oleh anak saudaranya itu. Dan Rasulullah sendiri pada mulanya turut yakin bahawa bapa saudaranya itu akan menerima seruan yang dibawa. Dukacitanya, sangkaan Baginda meleset. Bukan saja Abu Lahab tidak menerimanya malah menentang anak saudaranya dengan pelbagai cara.

Punca penentangan Abu Lahab ialah kerana bimbang pengaruh dan kuasanya sebagai pembesar Mekah akan terlepas dari genggaman bila penduduk Mekah menerima seruan Rasulullah dan masuk Islam.

Dan kebimbangan itu wujud kerana Abu Lahab tahu Risalah Tauhid yang dibawa oleh Baginda itu memang benar kerana beliau sendiri cukup mengenali sifat-sifat dan akhlak terpuji yang ada pada diri anak saudaranya itu. Jika tidak dilakukan sesuatu bagi menghalang seruan Muhammad, nescaya majoriti penduduk kota Mekah akan memeluk Agama Tauhid dan meninggalkan amalan penyembahan berhala nenek moyang mereka. Dan ini yang paling ditakuti Abu Lahab kerana boleh menggugat kedudukannya sebagai pembesar Mekah ketika itu. Justeru dilancarkan kempen memfitnah Rasulullah agar penduduk Mekah tidak terpengaruh dengan seruannya.

Apa yang UMNO dan pimpinannya buat selama ini sama saja dengan tindakan Abu Lahab dan kuncu-kuncunya. Lihat saja apa yang UMNO lakukan terhadap rakyat Terengganu bila PAS berjaya merampas Terengganu dalam PRU10 lalu. Dirampasnya hak royalti Terengganu dan diganti dengan wang ehsan sedangkan ketika BN memerintah, royalti dibayar seperti biasa.

Kalau nak diambil kira PAS parti pembangkang, mengapa ketika PBS yang juga parti pembangkang memerintah Sabah, royalti tetap dibayar sebagaimana biasa.

Jawapannya mudah. Yaitu kerana PAS memperjuangkan Islam. UMNO tahu jika rakyat semakin faham Islam, mereka akan segera meninggalkan UMNO. Justeru, dengan menyekat bayaran royalti minyak itu akan menyusahkan pentadbiran kerajaan PAS Terengganu untuk melaksanakan program pembangunan dan kemudahan untuk rakyatnya. Dan UMNO yakin tindakan jahatnya itu akan memaksa rakyat Terengganu kembali menyokong mereka.

Penulis masih ingat, UMNO terus menggiatkan kempen mereka di seluruh Terengganu dengan menabur janji "Undi BN Royalti Kembali". Dalam PRU11 BN berjaya merampas kembali Terengganu. Adakah hak royalti dikembalikan semula? Masih kekal dengan wang ehsan. Rakyat ditipu lagi. Juga selepas PRU12. Najib dan kuncu-kuncunya di pusat terus mengekalkan wang ehsan kerana peluang untuk songlap duit terbuka luas.

Dulu Abu Lahab, pembesar Musyrikin Mekah dan para penyokongnya giat berkempen kepada penduduk kota Mekah agar jangan ikut Muhammad. Hari ini rakan sejawatannya, para pimpinan UMNO, ahli dan penyokong parti itu terus berkempen melalui media perdana menyeru rakyat jangan sokong Pakatan Rakyat.

Kenapa pimpinan UMNO tak sanggup menerima kekalahan?

Kerana dibayangi ketakutan atas segala dosa-dosa besar melakukan penyelewengan, kezaliman dan segala macam jenis jenayah hingga ke peringkat membunuh. Mereka cukup sedar kekalahan UBN nanti akan menyebabkan mereka masuk penjara.

Penulis dah tegaskan sebelum ini bahawa UMNO sebuah parti sesat (taghut). Sesiapa saja yang menurutinya, pasti akan masuk Neraka. Wana'uzubillah

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger