Sunday, December 4, 2011

Anwar ke penjara selepas PRU13?

Keputusan PRU10 membuktikan isu pemecatan Anwar dari Kabinet dan UMNO telah mempengaruhi pola sokongan rakyat kepada pembangkang. Semua pihak mengakui isu Anwar telah berjaya meledakkan satu gelombang besar hingga PAS berjaya mengukuhkan kedudukan di Kelantan, merampas Terengganu dan menguasai beberapa kerusi Parlimen dan DUN di Kedah dan Selangor.

Sejak Ogos 2008, sekali lagi drama jijik konspirasi fitnah liwat atas Anwar diulang oleh Najib Rosmah sebaik saja Anwar mengisytiharkan diri untuk bertanding di PRK Permatang Pauh. Hanya para pelakonnya saja berbeza. Dalam kes fitnah liwat I, pelakonnya ialah Azizan Abu Bakar dan dibantu oleh Umi Hafilda, manakala dalam kes ini, pelakonnya ialah Saiful Bahari Azlan dan disokong pelakon pembantu Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuaib Lazim.

Soalnya, apakah Najib berani menghantar Anwar ke penjara sebelum PRU13?

Walau seluruh media perdana digunakan untuk menyebar berita fitnah II itu, serta disokong dengan pengedaran VCD lucah yang didakwa membabitkan Anwar, namun rakyat sukar mempercayainya. Antara sebabnya;

1. Mahathir sendiri mengakui yang Anwar tidak bersalah dalam kes Fitnah Liwat 1998 dulu. Mantan PM itu turut mengakui bahawa para pengampunya yang merancang semuanya dan hanya meminta beliau bersetuju saja.

2. Rakyat sudah bosan dengan gaya dan cara politik lucah UMNO. Kebencian rakyat semakin menebal bila tindakan keterlaluan UMNO mengotorkan mesjid dengan pengedaran VCD lucah bagi memburukkan peribadi Ketua Umum PKR itu.

3. Rakyat semakin sedar dan mengenali siapa UMNO yang sebenarnya.

Dalam keadaan Najib berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi termasuk isu pembelian kapal selam dan pembunuhan Altantuya, ditambah pulak dengan bebanan isu gaya hidup mewah bininya, nescaya Najib tiada keyakinan untuk membubarkan segera Parlimen dalam masa terdekat.

Dua hari lalu, SAMM yang diterajui oleh Che'gu Bard telah berjaya mengedarkan 25,000 naskah Booklet Isu Cincin Rosmah RM24 juta kepada rakyat. Penulis cukup yakin isu cincin ini jika digarap sebaik mungkin oleh para petugas jentera Pakatan Rakyat, ianya mampu menjatuhkan Najib dan UMNO itu sendiri.

Waima apa pun, kalau PR berjaya ke Putrajaya, Najib dan Rosmah akan ke penjara bersama seluruh sekutu-sekutu iblis mereka. Tapi kalau BN masih menguasai kerajaan selepas PRU13, nampaknya Anwar terpaksa direhatkan di Sungai Buloh untuk satu tempoh yang lama.

Just wait anda see.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger