Wednesday, November 2, 2011

Wanita diraba 11 Polis

Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan tragedi remaja ditembak Polis. Dalam kejadian lain, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina dibelasah teruk oleh beberapa anggota Polis dan sejumlah wang RM13,000 disamun. Tanpa kita sedar, rupanya dah ada kes tentang kebiadapan anggota Polis ini. Kali ini seorang pengurus akaun wanita pula yang jadi mangsa.

Tujuh tahun yang lalu, seorang pengurus akaun membuat aduan bahawa dirinya dicabuli oleh 11 anggota polis tetapi mendakwa langsung tidak dimaklumkan berhubung sebarang siasatan.

Namun, kira-kira tengah malam, semalam, pihak polis akhirnya bertindak - tetapi sebaliknya wanita itu pula ditahan.

Beliau terpaksa bermalam di lokap polis sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menghalang polis daripada melaksanakan tugas.

Menurut peguam, Keppy Wong, wanita itu, Wong Bee Fong, 39, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang.

"Apa yang terjadi kepada negara hari ini? Mereka (polis) boleh memaklumkan kepada beliau mengenai pertuduhan berkenaan tetapi sebaliknya menangkap beliau di tengah-tengah malam," katanya kepada Malaysiakini.

"Sudahlah dirinya dicabul kehormatannya, sekarang beliau terpaksa meringkuk di lokap pula.”

Bee Fong mendakwa bahawa beliau ditahan semasa sekatan jalan oleh polis di Taman Connaught, Kuala Lumpur kerana disyaki memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Selepas berunding, dakwanya, beliau meminta anggota polis untuk mengembalikan lesen memandunya dan mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan didakwa enggan berbuat demikian dan sebaliknya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

Beliau kemudiannya memandu ke arah balai polis Batu 9 balai di Cheras, tetapi berkata sebuah kereta Proton Wira berwarna perang mengekorinya dan memaksanay mengubah haluan ke bangunan Pasukan Gerakan Awam.

Semasa Bee Fong keluar dari keretanya, 11 anggota polis didakwa menghampiri dirinya dan mula meraba tubuhnya. - malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger