Friday, November 25, 2011

Mungkinkah riwayat UMNO berakhir di PRU13?

Kalau Anwar mendaftar diri semula di hotel 7 bintang Sungai Buloh, KL akan dibanjiri ratusan ribu rakyat yang mahu melihat rejim UMNO BN jatuh tersungkur. Kezaliman demi kezaliman, pembohongan demi pembohongan, penyelewengan demi penyelewengan dilakukan tanpa ada surutnya. Malah 'transformasi' yang dilaungkan Najib sekadar kosmetik bila 13 orang ditahan ISA, diikuti Bil Perhimpunan Aman yang semakin zalim serta mengundang tentangan pelbagai pihak.

Jika dilihat senario yang berlaku mutakhir ini, dah cukup menggambarkan negara sedang mengorak langkah ke arah negara diktator sebagaimana Tunisia dan Mesir sebelum kejatuhan Ben Ali dan Hosni Mubarak.

Sebelum ini dunia melihat Tunisia dan Mesir cukup aman tanpa sebarang tanda-tanda boleh berlakunya revolusi rakyat. Ibarat api dalam sekam. Rakyat di kedua-dua buah negara telah lama memendam rasa marah terhadap pemerintah namun mereka tidak berani melahirkan perasaan itu ekoran pelbagai akta zalim yang digubal bagi melindungi kepentingan penguasa.

Namun bila ada pencetusnya, tiada sapa menduga seluruh rakyat bangkit turun ke jalan melancarkan Revolusi Rakyat hingga sang diktator jatuh dalam keadaan hina.

Kalau rakyat Tunisia dan Mesir yang telah begitu sekian lama ditindas, dizalimi dan hidup dihimpit kesengsaraan boleh bangkit secara total, maka tidak mustahil rakyat negara ini juga boleh melakukan hal yang serupa. Mungkin kaedahnya berbeza atau sama, tertakluk kepada keadaan semasa.

Takde sesiapa pun di dunia ini yang mahu memilih jalan sukar secara revolusi yang biasanya melibatkan kematian, namun bila keadaan mendesak serta tiada pilihan lain, maka ianya pilihan terakhir dan terbaik.

Sebelum ini, rakyat khususnya golongan muda tidak minat politik, namun apa yang melanda negara sejak kebelakangan ini telah mencetuskan satu kesedaran tinggi di kalangan mereka ibarat gelombang tsunami. Ianya terbukti dengan peningkatan 50% pengundi muda berdaftar.

Dalam keadaan isu-isu besar yang melemaskan UMNO BN sejak Bersih 2.0, disusuli pula isu hutang negara, penyelewengan peruntukan projek lembu fidlot, tahanan ISA dan yang terbaru isu Bil Perhimpunan Aman telah meningkatkan kebencian rakyat hingga memaksa Kabinet memutuskan agar rang undang-undang itu dikaji semula.

UMNO kini sedang menghadapi serangan bertubi-tubi dari pihak PR. Dari satu isu ke satu isu yang terus menelanjangkan segala pekong busuk UMNO yang dah tak boleh disembunyikan lagi. Walau pelbagai cara digunakan UMNO sebagai langkah defensive termasuk cuba memburukkan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan dalam isu air namun semuanya gagal kerana rakyat hari ini dah cukup muak dengan politik fitnah, bohong dan zalim UMNO selama ini.

Serangan yang dibuat oleh pihak Pakatan begitu sistematik dan bersepadu hingga membingungkan parti pemerintah. Di samping serangan bertubi-tubi itu, rakyat khususnya pengundi Melayu Bumiputera dah mula sedar siapakah UMNO sebenarnya. Antara yang paling ketara ialah kebencian mereka pada Rosmah.

Kalau benar bagai apa dikata, mungkinkah riwayat UMNO akan berakhir dalam PRU13 nanti?

Salam 1.18 pagi

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger