Wednesday, November 23, 2011

Bekas OCPD sertai PAS

Bila penulis terbaca tajuk utama "Bekas OCPD sertai PAS" dalam Harakah edisi 1693, serta-merta teringat pada bekas OCPD Batu Pahat, Tuan Hj Latifi sebab penulis pernah dipanggil olehnya atas urusan permohonan permit ceramah Mat Sabu di Batu Pahat sekitar tahun 2005. Malah beliau sendiri kerap datang makan roti canai dan kaki ayam di kedai makan ahli PAS di Rengit. Kalau penulis nampak kelibatnya di kedai sahabat tu, pasti penulis pergi menemuinya untuk bersalam dan bertanya khabar. Soalan pertama yang ditanya pada penulis ialah "Bila lagi kau nak buat ceramah. Kalau nak buat, mohon permit dulu. Jangan risaulah, aku akan luluskan."

Sikap profesional beliau sebagai OCPD pernah mendapat pujian Almarhum Ustaz Fadhil Noor di Parlimen semasa Almarhum sebagai Ketua Pembangkang.

Jadinya, bila terbaca tajuk utama Harakah tadi, penulis ingatkan bekas OCPD Batu Pahat yang masuk PAS, rupanya bekas OCPD Daerah Slim River, Abdullah Omar. Mudah-mudahan Tuan Hj Latifi akan mengikuti langkah rakan sejawatannya itu.

Dalam satu program Liqa' Fikri PAS Perak di Air Kuning pada 18 November lalu, bekas OCPD Slim River itu telah mengisytiharkan diri menyertai PAS.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan BN.

Nampaknya kempen BN untuk mencemar imej PAS di kalangan anggota Polis dan tentera tidak berhasil apabila seorang demi seorang anggota pasukan keselamatan negara mengorak langkah melakukan hijrah menyertai PAS. Sebelum ini, seorang bekas pegawai tinggi TLDM berpangkat Laksamana telah menyertai PAS.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger