Tuesday, November 29, 2011

Mampukah rejim UMNO bertahan?

Seolah-olah macam ada kesinambungan antara PR dengan badan-badan NGO pro-rakyat dalam isu RUU Perhimpunan Aman. Protes demi protes hingga ke peringkat mahu membawa Bil baru itu ke mahkamah bagi menghalang pihak pemerintah bertindak melangkaui batasan. Dan hari ini, para peguam di seluruh negara yang bernaung di bawah Majlis Peguam (Bar Council), sekali lagi mengadakan perarakan berjalan sejauh 2 km menunju ke bangunan Parlimen untuk membantah Bil Perhimpunan Aman tersebut.

Bagi para pengamal undang-undang, tentunya mereka faham apakah 'tipu muslihat' yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 yang digubal dan dibentangkan di Parlimen baru-baru ini. Pada dasarnya, akta itu memang zalim dan bertujuan menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun bagi meluahkan hasrat mereka.

Kita juga sedia maklum, mana-mana pemerintah yang korup dan zalim di dunia ini memang akan menggubal atau mengubah apa jua akta bagi melindungi segala bentuk bentuk penyelewengan, kepincangan dan jenayah mereka daripada diketahui rakyat.

Justeru, akta-akta seperti ISA, OSA, AUKU, Akta Polis, Akta Penerbitan dan Penyiaran, Akta Perhimpunan Aman sengaja diwujudkan bagi melindungi kepentingan kuasa politik pemerintah.

Malangnya, akta-akta zalim itu tidak mampu mengekang kebangkitan dan kesedaran rakyat yang semakin bijak dan celik politik. Malah rakyat semakin peka terhadap apa jua isu yang berlaku dalam negara.

Nampaknya, sia-sia saja Najib gunakan khidmat Konsultan Zionis APCO sebagai penasihat 20 persen. Bermula dengan projek konspirasi memfitnah Anwar, diikuti rampasan kuasa di Perak, memfitnah Elizabeth Wong, kematian misteri Teoh Beng Hock, perarakan kepala lembu, gereja dibakar, memfitnah Teresa Kok dalam isu azan, kematian misteri pegawai kastam Sarbani dan seumpamanya telah memburukkan lagi imej Najib dan UMNO itu sendiri di mata rakyat.

Najib yang telah sedia terbeban dengan skandal penyelewengan kapal selam Scorpene dan pembunuhan kejam Altantuya, juga berdepan dengan kerenah dan gaya hidup mewah Rosmah, kini terpaksa pula berhadapan dengan kemarahan rakyat dalam isu tangkapan ISA dan RUU Perhimpunan Aman.

Perlu diakui sememangnya Najib sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU13 walau pelbagai usaha dibuat termasuk pemberian MyKad percuma kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi untuk BN sebagaimana yang didedahkan baru-baru ini. Malah ada sumber menyebut, para pemegang MyKad kod 12 (Sabah) bakal mengundi di Selangor nanti. Dan penulis percaya, mereka ialah pendatang tanpa izin yang telah memiliki MyKad sejak projek IC Sabah dilaksanakan ketika era Mahathir lagi. Dan inilah yang membimbangkan para petugas jentera pilihanraya PR Selangor.

Apakah rejim UMNO mampu bertahan dengan cara kotor ini? Kita sama-sama tunggu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger