Saturday, July 30, 2011

Terima kasih Dr Zulkifli dan Dr Naemah

Saya sebagai warga Malaysia bukan Melayu dan bukan Islam menulis ingin merakamkan penghargaan kepada Prof. Dr. Datuk Zulkifli Mohd. Yusoff, pensyarah di Jabatan al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya, dan Dr. Noor Naemah Abd. Rahman, pensyarah di Jabatan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya kerana penulisan mereka yang bertajuk “Biografi Muhammad bin Abdullah” yang saya baru-baru ini mula membaca.

Naskah yang saya memperolehi merupakan Edisi Kedua, Cetakan Kedua, 2011 (hard-cover) penerbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

Seperti yang dikongsi oleh kedua-dua penulis dalam bahagian “kata pengantar” pendekatan yang digunakan merupakan gaya penceritaan memang sesuai bagi kalangan bukan Islam.

Lagi pun buku ini memang sesuai sebagai buku teks kegunaan sekolah menengah rendah untuk mata pelajaran Agama Islam Untuk Yang Bukan Islam.

Lagi satu edisi yang lebih dalam tarafnya pengajian mata pelajaran Islam, seperti, undang undang ataupun keluarga dan sebagainya patut di sediakan bagi sekolah menengah tinggi. Saya juga berpendapat mata pelajaran sejarah, patutnya diasingkan daripada Pengkajian Agama Islam.

Pada pandangan saya pengkajian Agama Islam patut sangat digalakkan di antara yang bukan Islam dan cikgu-cikgu bukan Islam patut dilatih mengajar mata pelajaran ini. Ini supaya yang bukan Islam itu mengesyaki bahawa ini adalah satu taktik halus untuk menggalakan mereka meninggalkan agama keluarga mereka.

Cikgu-cikgu yang dipilh mesti ada sifat hormat kepada semua agama dan mesti tahu bahawa matlamat mereka adalah untuk menyesuaikan murid murid mereka dengan suatu agama yang menjadi agama rasmi negara kita.

Selama ini, apa apa yang kita dapat tahu tentang agama Islam adalah yang di dengar melalui beberapa jenis saluran media. Panduan untuk menafsirkan apa yang kita terdengar itu memang tidak ada. Ataupun, hal tentang agama Islam itu telah pun di “curi dengar”. Hasil pencurian memang ada keburukannya.

Pada zaman dahulu, bagi kita yang bukan Melayu bukan Islam kita sangat di pengaruhi oleh ajaran dari kitab suci Kristian, iaitu Injil. Selain Injil, saya sendiri pernah membaca banyak buku yang berasakan ajaran ataupun pandangan Agama Kristian.

Untuk saya, itu adalah zaman sosio-politik Kristian. Saya rasa sudah sampailah masa menghadapi penukaran zaman iaitu yang akan berasaskan agama Islam.

Lagi sekali saya ingin nak menucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua penulis yang prihatin kepada yang bukan Islam dan berharap dasar dasar yang sesuai akan dilaksanakan untuk memupukkan suasana berharmoni diantara warga pelbagai bangsa dan agama di negara Malaysia yang bertuah ini.

oleh Sukhdev Singh

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger