Wednesday, July 6, 2011

Taib Mahmud takut Mazlan

Penulis baru saja balik dari KKIA Terminal 2. Menunggu Pengerusi Anak, Mazlan Aliman tiba daripada Miri setelah tidak dibenarkan masuk ke bumi kenyalang oleh pihak imigresen di sana atas arahan KM Taib Mahmud yang penakut. Heran bin pelik binti ajaib. Seorang Ketua Menteri yang dikelilingi oleh bodyguard, menaiki kereta kalis peluru, tinggal di istana yang dikawal rapi tapi boleh takut dengan Mazlan yang datang ke Miri, ratusan batu dari Kuching.

Itulah padahnya akibat dosa menindas dan merompak harta rakyat. Hidup terus dibayangi dengan segala macam ketakutan. Takut hilang kuasa, takut dijatuhkan, takut itu dan ini. Pendek kata jiwa tak pernah tenteram. Sentiasa merasa ada saja pihak mahu menggulingkannya samada dari pihak keluarga, rakan maupun lawan. Macam Fira'un yang takut dengan kelahiran bayi lelaki kerana bimbang akan merampas takhtanya.

Begitulah juga dengan Najib Rosmah yang takut dengan baju kuning, walhal Bersih 2.0 hanya membuat 8 tuntutan agar pilihanraya berjalan secara adil dan saksama. Bukannya mahu menggulingkan kerajaan.

Kira-kira jam 3.45 petang Mazlan sampai di Kota Kinabalu dari Miri dengan pesawat AirAsia. Sempat juga penulis berseluruh dengannya "Kesian kawan aku ni. Taib Mahmud tak bagi masuk Sarawak dahhhh..."

Sempatlah penulis bersama Ketua Pemuda Sabah dan Ketua Penerangannya bersembang dengan Mazlan sementara menanti penerbangannya ke Kuala Lumpur pada jam 5.10 petang.

Inilah antara senario yang berlaku di tanahair kita. Di bawah pemerintahan rejim celaka BN yang ada hari ini, adalah menjadi satu 'dosa besar' bagi mana-mana individu atau pihak maupun parti yang benar-benar ikhlas mahu membela nasib rakyat yang tertindas.

Dan menjadi bertambah malang bila mana hari ini masih ramai lagi rakyat, khususnya di kalangan Muslim yang bertuhankan pemimpin zalim seperti Taib Mahmud, Musa Aman dan lebih-lebih lagi Najib Rosmah laknatullah.

Tidak keterlaluan penulis tegaskan di sini bahawa sebahagian umat Islam dalam negara kita hari ini sebenarnya telah melakukan Syirik Besar di sudut Tauhid Uluhiyyah bila lebih mentaati golongan pemimpin munafiq kabir daripada Allah SWT.

Penulis menyeru kepada seluruh umat Islam yang masih setia bersama UMNO BN, bersegeralah meninggalkan parti toghut itu sementara belum terlambat. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66-68 yang mengisahkan bagaimana sesalnya golongan yang bersama dan menyokong pemimpin jahat setelah mereka dihumban ke dalam Neraka.

Semuga Allah SWT menyelamatkan 'Aqidah kita umat Islam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger