Saturday, July 23, 2011

Rumah diroboh DBKK : Terus je sokong UMNO

Kadang-kadang bila kita nasihat secara jujur, tak mahu dengar, percaya jauh sekali, malah dituduhnya kita pembangkang yang suka mereka-reka cerita demi kepentingan politik. Inilah masalah sikap dan fikrah yang melanda majoriti masyarakat Bumiputera tanahair. Tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, baru nak sedaq diri. Itu pun entah... Silap-silap datang PRU13 nanti, kembali jadi bangang dengan duit RM100, kain batik, gula, beras dan janji-janji manis yang ditabur. Inilah mentaliti kelas tiga warga Bumiputera di tanahair ku.

Penulis mula menjejakkan kaki di bumi Sabah ni pada Disember 1988. Waktu itu kerajaan PBS sedang memerintah. Sebelum tu ialah USNO dan Berjaya. Bila dapat tahu majoriti rakyat Sabah tidak mempunyai geran hakmilik tanah yang diusahakan sebagai tempat tinggal dan bercucuk-tanam, penulis jadi hairan bagaimana kerajaan USNO, Berjaya dan PBS boleh membiarkan rakyatnya terus tinggal di atas sebidang tanah yang bukan milik mereka. Hanya jadi 'penumpang' di negeri sendiri sedangkan dalam waktu yang sama berpuluh ribu hektar boleh diberikan kepada tauke-tauke besar.

Kemudian datang pulak UMNO 'parti penyamun besar' dari Semenanjung pada tahun 1992 (kalau tak silap) atas persetujuan Presiden USNO ketika itu, Almarhum Tun Datu Mustapha bagi menumbangkan kerajaan PBS pimpinan Pairin dalam PRN 1995 dengan janji propaganda Sabah Vagu (Sabah Baru). Dalam PRN 1995, PBS menang dengan simple-majority. Dan penulis masih ingat lagi, waktu tu Pairin dihalang daripada mengangkat sumpah kerana UMNO dah mula tunjuk taringnya untuk merampas kuasa dari PBS secara tidak bermoral. Akhirnya, beberapa orang ADUN PBS yang menang mengisytiharkan diri mereka menyertai BN, termasuk Lajim Okim. Puluhan juta wang rakyat dijahanamkan oleh UMNO untuk membeli wakil rakyat PBS.

Hari ini sebahagian warga Sabah mula sedar bahawa kemasukan UMNO ke negeri ini bukan untuk memperbaiki kehidupan mereka, malah menambahkan lagi kesengsaraan yang sedia ditanggung selama ini.

Adalah juga sedikit perubahan dari segi kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan dan menaik-taraf jalanraya yang menghubungkan beberapa daerah. Malangnya rakyat beranggapan kerajaan sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan menyediakan kemudahan asas sebegini. Harus difahami bahawa mana-mana kerajaan di dunia ni wajib menyediakan kemudahan asas untuk rakyatnya. Yaitu pendidikan dan perubatan percuma, menyediakan bekalan air dan elektrik dengan tarif yang rendah, sistem pengangkutan awam murah, rangkaian jalanraya yang bermutu tinggi tanpa tol dan termasuklah juga memberi hakmilik tanah kepada rakyatnya.

Cuba kita lihat apa yang berlaku dalam negara kita hari ini. Antaranya;

1- Kemudahan pendidikan dan perubatan percuma telah ditarik.

2- Tarif air dan elektrik terus dinaikkan dari masa ke semasa.

3- Tambang pengangkutan awam terus meningkat naik ekoran kenaikan harga minyak.

4- Rangkaian jalanraya yang bermutu rendah walhal rakyat dikenakan cukai motor kenderaan.

5- Tanah rakyat terus dirampas untuk diserahkan kepada tauke-tauke besar bagi tujuan pembangunan hartanah termasuk pembukaan ladang secara besar-besaran (bukan untuk rakyat), projek perumahan tak mampu milik (rumah mewah), pusat membeli-belah dan sebagainya yang langsung tidak memberi faedah kepada majoriti rakyat luar-bandar. Hanya dapat tengok je...

Adalah juga perumahan rakyat yang dibina di beberapa lokasi sekadar mahu mengaburi mata. Itu pun disapu oleh puak-puak kroni UMNO BN untuk melonggokkan harta haram mereka dengan menyewakan kepada orang lain. Hal ini didedahkan kepada penulis oleh salah seorang penyewa di Perumahan Awam Taman Telipok Ria. Katanya, rumah yang disewanya itu milik seorang individu yang rapat dengan seorang Menteri Kabinet Sabah. Juga pimpinan UMNO Bahagian Tuaran. Tambahnya, individu itu memiliki 15 unit rumah di perumahan awam tersebut untuk disewakan. Samada kesemua 15 unit itu dibeli atau sebaliknya, wallahu'alam.

Jika perumahan rakyat yang dibina untuk golongan susah pun disapu oleh puak-puak UMNO BN, maka tidak hairanlah bila pihak DBKK yang di bawah telunjuk mereka boleh merobohkan rumah rakyat di Likas, Inanam dan Sepangar atas alasan setinggan walhal dalam waktu yang sama ada PATI dibiarkan saja membina rumah mereka atas tanah haram maupun milik kerajaan tanpa sebarang tindakan sebab fulussssss.

Selanjutnya di sini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger