Saturday, July 2, 2011

Jangan biadap pada rakyat

KPN Ismail Omar dan timbalannya dinasihatkan jangan terlalu angkuh dengan kuasa yang ada pada mereka. Seharusnya mereka berdua sedar tugas PDRM adalah menjaga keamanan, membenteras jenayah dan bertindak secara adil dan profesional. Bukan menjadi 'anjing suruhan' Najib dan UMNO.

Seingat penulis, sejak zaman Mahathir lagi PDRM telah menjadi 'anjing suruhan' UMNO bagi melindungi survival kuasa politik parti bangsat Melayu itu. Semua KPN, bermula dari Rahim Noor, telah dirasuah dengan kemewahan hidup berupa pemberian tanah, saham dan projek.

Sejak itu, boleh dikatakan seluruh pegawai kanan Polis hinggalah berpangkat rendah dibiarkan saja makan rasuah sekenyang-kenyangnya. Hampir 99 peratus anggota Polis terlibat.

Bukan menuduh tapi ketika menetap di Johor, penulis ada juga kenalan di kalangan anggota Polis. Salah seorang dari mereka, memang penulis akui seorang yang waraq dan dia selalu mengadu kepada salah seorang sahabat penulis tentang rasuah yang berlaku di Balai Polis tempat dia bertugas. Dia sendiri mengaku pada minggu pertama dalam setiap bulan, Ketua Balai akan memanggil semua anggota untuk membahagikan bahagian masing-masing daripada jumlah RM25,000 wang rasuah daripada tauke-tauke 'panas' setiap bulan.

Anggota Polis itu mengaku dia terpaksa ambil juga bagi mengelakkan dirinya daripada diboikot oleh rakan-rakan tetapi tidak pernah mengunakannya, sebaliknya dia menyerahkan kesemuanya kepada pihak yang sepatutnya.

Penulis hormati sikap anggota Polis itu kerana dia lebih sanggup berniaga air mineral dari mesih penapisnya dan menghantar ke rumah-rumah pelanggan yang berdekatan untuk menambah pendapatan.

Berbalik pada tindakan biadap Polis, kita semua jangan lupa bagaimana Polis digunakan oleh UMNO untuk membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya pada 1985 di Memali. Sejak itu, Polis semakin berani bertindak macam mafia bagi mengekang kemaraan pembangkang termasuk menahan pimpinannya di bawah ISA.

Selain sikap 'double-standard', mutakhir ini Polis semakin 'ganas' bila menembak dan membunuh beberapa orang remaja dengan alasan tak masuk akal. Juga banyak kes suspek yang mati dalam tahanan reman untuk disoal-siasat.

Paling mengecewakan bila mana Polis juga terlibat dalam konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim melalui fitnah liwat 1998 dan 2008.

Kenyataan yang dibuat oleh TKPN Khalid Abu Bakar semalam jelas menunjukkan keangkuhannya. Kenyataan yang berbaur ugutan itu sebenarnya menjelaskan lagi PDRM kini bukan lagi menjalankan tugas sebenarnya, tapi sudah menjadi 'anjing suruhan' Najib dan UMNO.

Teruskanlah keangkuhan kamu sebelum tiba jawapan daripada Allah SWT. Rakyat yang jiwanya merdeka, tidak pernah takut dengan kenyataan samseng sedemikian.

Salam4all.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger