Saturday, July 16, 2011

Pelacur pun minta cuti beb...

Bila sebut pasal pelacur ni, penulis teringat kisah seorang wanita pelacur yang telah mendapat keampunan Allah SWT lantaran satu kebaikan yang dibuat dan amat tinggi nilainya di sisi Allah. Amal kebaikan itu ialah memberi minum seekor anjing yang hampir mati kehausan.

Dan penulis sendiri tak sangka rupanya ada juga di kalangan pelacur yang sanggup minta cuti kerana mahu bersama-sama rakyat dalam himpunan 60 ribu pada 9 Julai lalu. Bagi penulis, senario yang berlaku jelas membuktikan ada di kalangan pelacur sendiri sedar betapa negara ini sedang diperintah oleh golongan penyamun, penjenayah dan perasuah. Mungkin ada di kalangan mereka cukup sedar sistem yang ada hari ini menjadi faktor penyumbang kepada 'jalan hitam' yang terpaksa dilalui demi meneruskan kehidupan yang semakin mendesak.

Kalau di Indonesia, kita akan dapati begitu ramai gadis-gadis dan remaja yang terlibat dalam kegiatan pelacuran. Bila ditanya mengapa mereka jadi pelacur. Spontan mereka menjawab "Mahu bantu keluarga pak. Kami orang miskin, tiada tanah mahu diusahakan..."

Apakah kita mahu generasi anak-cucu kita berhadapan dengan situasai yang sama sebagaimana yang berlaku di Indonesia bila kekayaan negara hanya dibolot oleh pemerintah, keluarga dan kroni mereka?

'Pelacur pun bercuti untuk sertai BERSIH'


Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya.

"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.

"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

"Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, perkara itu membuktikan rakyat pelbagai lapisan mengakui lapan tuntutan BERSIH sebagai permintaaan yang munasabah.

Ditemui Malaysiakini selepas menyampaikan ceramahnya, Mohamed Hanipa (kanan, berkaca mata) bagaimanapun berkata, aktivis itu memberitahunya, pelacur berkenaan mengambil keputusan menyertai BERSIH setelah perhimpunan itu hebat diperkatakan di media.

Dalam ceramah bertajuk "Betulkah ganas himpunan BERSIH?" di Taman Melewar, Mohamad Hanipa juga berkata perhimpunan tersebut berjaya "menghapuskan" ketakutan rakyat terhadap BN.

"Mereka boleh tahan, boleh dakwa, dengan (harapan) tindakan itu kita (menjadi) takut. Mereka silap. Pada 9 Julai, rakyat Malaysia telah menghapuskan ketakutan kepada kerajaan BN," katanya.

'Gembira melawan BN'

Turut hadir berceramah Naib Presiden PKR N Surendran, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud dan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.

Mohamed Hanipa berkata, walaupun rakyat menerima pelbagai ugutan atau ancaman daripada polis, semua bangsa dan agama tetap bersatu dalam perhimpunan tersebut.

"Ini kerana kemuncak kemarahan mereka tidak dapat dibendung disebabkan tindakan polis," kata pengamal undang-undang itu.

Beliau juga mengkritik tindakan polis yang didakwa merempuh motosikal yang dibiceng oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sehingga menyebabnya ligamen lututnya terkoyak.

"Cara mereka tangkap Mat Sabu, langgar... (Macam) tidak ada nilai nyawa dan keselamatan. (Macam) tak ada nilai," sambil menambah Mohamad terpaksa diambil keterangan di balai polis Jinjang dalam keadaan dipapah selepas mendapat rawatan di hospital.

"Kezaliman ini, saya tidak pernah lihat (sebelum ini)," tegas Mohamed Hanipa yang mendakwa menyaksikan insiden itu berlaku di depan matanya.

Bagaimanapun, beliau yang turut ditahan polis bersama ramai pemimpin Pakatan Rakyat berkata merasa "gembira sebab melawan BN" - tindakan yang didakwa menimbulkan rasa pelik pihak polis.

PKR : Berjalan untuk Baharuddin

Sementara itu, Surendran yang terkenal sebagai peguam hak asasi manusia mengutuk apa yang disebut sebagai keganasan polis, khususnya ekoran kematian kontroversi Baharuddin Ahmad selepas menyertai perhimpunan itu.

Dakwanya, sekiranya polis tidak menggunakan kekerasan dan membenarkan BERSIH menggunakan stadium, sudah tentu allahyarham masih lagi hidup.

"Beliau wira kita, jadi (ini) salah siapa? Sabtu lalu, beliau berjalan untuk kita (BERSIH), maka esok pagi kita berjalan untuk Baharuddin.

"Saya tidak akan lepaskan (perkara ini) untuk mendapatkan keadilan kepada keluarganya dan rakyat Malaysia," katanya.

Pagi ini, Surendran (kanan) dijadual berhimpun di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung kematian Baharuddin.

Sementara itu, Wong pula berkata, antara kejayaan lain perhimpunan itu, semua kaum kini lebih "berasa dekat" sesama mereka.

"Cakap-cakap, video, gambar dan tulisan tentang hari (perhimpunan) itu, ramai yang menyebut mereka rasa terharu pada saat genting semasa polis berkelakuan ganas.

"Orang Melayu dan India memberi (mereka) garam dan air. Bagi orang Cina yang kali pertama, tidak pernah (merasai pengalaman itu) sebelum ini.

"Orang Melayu tahu, mereka (kaum Cina) tidak pernah datang, tetapi rakan Melayu beritahu, awak pergi dulu, kami di belakang. Mereka (kaum Cina) rasa dekat sekali," katanya yang mendapat tepukan hadirin.

BERSIH : Kita disatukan kezaliman

Menceritakan pengalamannya pada perhimpunan tersebut, Wong berkata perhimpunan tersebut menggambarkan persaudaraan "1Malaysia yang bersih" antara kaum.

Wong (kiri) berkata, perhimpunan itu juga turut melahirkan "Malaysia 2.0" kerana berjaya menghilangkan rasa was-was dan prasangka antara kaum, budaya, warna kulit dan agama.

Ini kerana, dakwanya kemerdekaan yang dikecapi selama ini "tidak berjaya memerdekakan diri sepenuhnya" di kalangan rakyat Malaysia.

"Tuhan menciptakan (manusia) berlainan (bangsa dan budaya) supaya kita berkenal-kenalan. Dalam tempoh itu kita saling mensyaki antara satu sama lain.

"Kita disatukan oleh kezaliman... 1Malaysia tinggal sebagai propaganda," katanya.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger