Wednesday, July 6, 2011

Agong enggan menemui Perkasa

Hari ini Perkasa menerima tamparan yang mengaibkan bila mana pihak Istana Negara enggan mmenerima kehadiran Presidennya Ibrahim Ali bagi menyerahkan surat mohon mengadap YDP Agong Sultan Mizan.

Menurut laporan Malaysian Digest, hari ini Ibrahim Ali telah membatalkan jadualnya untuk ke Istana Negara bagi menyerahkan surat mohon mengadap Agong.

Menurut sumber, pertemuan yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan ekoran Istana tidak membenarkan pertubuhan itu untuk menemui Agong. Perkasa telah menanti YDP Agong pada jam 10 pagi tadi bagi menyerahkan surat tersebut.

Pada perkiraan Ibrahim Ali, tentunya YDP Agong sudi menerima permohonan Perkasa untuk mengadap Baginda setelah Bersih 2.0 diterima mengadap. Malangnya sangkaan itu meleset. Bukan sahaja tidak diterima mengadap, malah pihak istana enggan menerima surat permohonan tersebut.

Itulah... lain kali jangan ingat Sultan Mizan tidak ambil tahu apa yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini. Cumanya Baginda tidak bersuara saja. Sekadar memberi isyarat awal melalui titahnya 2 hari lalu.

Ibrahim Ali dan Perkasa sewajarnya insaf dan sedarlah atas apa yang menimpa mereka hari ini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger