Friday, January 8, 2010

Umat Islam Wajib Bangkit Dari Lena...

Wahai saudara Islam,

Hari ini kita boleh lihat sendiri bagaimana musuh-musuh Islam dalam negara semakin berani dan biadap terhadap Islam. Yang terkini iman kita dicabar sekali lagi dengan kebiadapan lidah resmi akhbar mingguan Kristian Katholik (The Herald) yang menggunakan nama Allah dalam setiap penerbitannya.

Perlu kita ingat penganut Kristian tidak layak menggunakan kalimah Allah ini kerana mereka dengan terang dan jelas telah melakukan Syirik Jali (Besar) terhadap Allah bila menyakini Jesus (Isa) adalah anak Allah.

Kenapa mereka menuntut di Mahkamah Tinggi agar membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam setiap penerbitan akhbar mingguan itu ?

Apa agenda mereka ?

Ingatlah bahawa Allah SWT telah menegaskan kepada kita semua betapa golongan Yahudi dan Nasrani ini takkan sekali-kali redha terhadap umat Islam selagi tidak mengikut agama mereka (cara hidup dan sistem mereka).

Sejarah Perang Salib yang berlanjutan sehingga lebih 300 tahun menjadi titik-tolak kepada golongan Kristian ini mengubah tektik dalam nak menghacurkan 'Aqidah umat Islam. Dalam peperangan ini, mereka telah mengalami kekalahan teruk di tangan tentera Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Ekoran kekalahan yang mengaibkan ini, King Louis VI Peranchis telah meninggalkan wasiat sebelum beliau mati. Antara yang disebut dalam wasiatnya ;

"Kita kalah dalam peperangan ini sebab tentera Islam berpegang teguh kepada kitab mereka (Al-Qur'an). Mereka berperang nak mati (syahid) manakala kita berperang nak hidup. Jadi kita kena ubah tektik dalam nak mengalahkan mereka. Kita tak usah lagi berperang gunakan senjata tapi kita perangi pegangan mereka. Kita mesti buang Al-Qur'an daripada dada mereka. Percayalah selepas ini kita akan berjaya....."

Dan wasiat ini telah dilaksanakan selepas itu. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh mereka adalah menjatuhkan pemerintahan Empayar Islam Khalifah Uthmaniyah Turki. Selepas itu satu-persatu negara umat Islam ditakluk dan dijajah mindanya sehinggalah saat ini.

Dan salah satu kejayaan besar mereka apabila majoriti pemerintah negara umat Islam mengguna pakai Sistem Pemerintahan Sekular milik mereka. Termasuklah pemerintah di negara kita.

Kenapa kita masih berdegil ?

Kita semua tahu dan sedar negara ini mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen. Maksudnya kita yang berkuasa penuh untuk memilih dan menentukan parti mana yang layak memerintah.

Sebagai orang Islam yang mengucap Dua Kalimah Syahadah, sepatutnya kita merujuk kepada Al-Qur'an dan Sunnah sebagai panduan untuk nak memilih parti mana yang mesti memerintah. Malangnya ini tidak berlaku.

Bagi kita umat Islam hari ini hanya ada SATU PILIHAN saja untuk kita dalam PRU13 kelak. Yaitu kita WAJIB mengundi PAS jika kawasan di tempat kita ada PAS bertanding.

Apa Sebabnya ?

1- PAS sebuah Parti Islam dan perlembagaannya adalah Al-Qur'an, Hadis, Ijma' Ulama' dan Qias.

2- Visi PAS adalah untuk menegakkan Daulah Islamiyyah (Negara Islam) dan Al-Qur'an sebagai perlembagaan negara

Bagi kawasan di mana PKR atau DAP bertanding, adalah dibolehkan oleh Syara' untuk kita mengundi calon mereka sebab matlamat kita mahu menjatuhkan kerajaan rasuah dan zalim UBN. Malangnya dalam konteks ini ramai orang Islam terkeliru.

Bagaimana pula dengan UMNO ?

UMNO adalah sebuah parti kebangsaan (Assobiyah) berfahaman sekular yang memisahkan agama dengan pemerintahan. Orang yang berpegang dan melaksanakan sistem sekular ini adalah KAFIR. Bagi yang menyokong pula akan termasuk dalam golongan zalim, munafiq atau kafir. Semuanya akan dihumbankan ke dalam Neraka.

Adalah HARAM hukumnya bagi umat Islam menyokong UMNO. Sebabnya menyokong UMNO bermaksud turut sama redha dengan pegangan sistem sekularnya. Terus-terang saya katakan di sini barangsiapa yang menjadi ahli dan menyokong UMNO akan rosak 'Aqidah Islam mereka.

Kenapa kita masih berdegil nak menyokong benda yang salah ? Di mana letaknya iman kita selama ini. Dah terang-terang di depan mata kita UMNO berfahaman sekular tetapi kita masih juga sokong mereka ? Kita sendiri dengan sengaja memilih jalan yang boleh merosakkan iman. Nak salahkan siapa dalam hal ini ?

Apakah di rumah kita takde Al-Qur'an ? Atau kita hanya jadikan Al-Qur'an sebagai perhiasan saja dalam almari di ruang tamu rumah kita ? Atau kita baca al-Qur'an hanya untuk dapat pahala dan fadhilatnya saja tanpa mahu mengerti isi kandungannya ?

Cuba kita lihat apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini ?

Memanglah di Malaysia umat Islam lebih ramai. Sekitar 54% saja sekarang. Tapi kita berpecah kepada banyak golongan. Bolehlah saya kategorikan umat Islam yang ada di negara ini terbahagi kepada 3 golongan utama :

1- Golongan beriman - golongan yang beriman kepada Allah dan Rasul serta melaksanakan tuntutan Syahadah yang diucapkannya.

2- Golongan munafiq - golongan yang mengaku Islam tapi dalam waktu yang sama menentang kebangkitan Islam.

3- Golongan murtad - golongan yang telah keluar dari agama Islam sepertimana 250 ribu anak orang Islam yang telah disahkan murtad. Manakala yang murtad tanpa sedar tak tahulah berapa ramai jumlahnya.

Takde gunanya segala amal ibadah kita selama ini jika pegangan 'Aqidah dah rosak.

Sejujurnya saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar segera meninggalkan UMNO sementara masih ada umur. Takde gunanya bila nyawa dah sampai kat urat leher, baru nak menyesal. Pada ketika itu pintu taubat dah tertutup.

"Sokong UMNO Rosak Aqidah".

Salam pagi Juma'at

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger