Wednesday, January 6, 2010

Umat Islam Perlu Berwaspada Dengan Gerakan Kristianisasi

Sebagai umat Islam kita wajib menentang keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Secara peribadi saya memang menyokong penuh dan bersetuju dengan kenyataan Dr Harun Din. Tegasnya jika umat Islam menyokong penggunaan nama Allah dalam agama Kristian bermakna mereka redha dengan kemusyrikan ajaran Kristian. Barangsiapa yang redha dengan kekufuran, maka kufurlah dia dengan sendirinya.

Sedarkah kita apakah implikasinya ekoran keputusan Mahkamah Tinggi ini ? Lupakah kita ratusan ribu orang Islam telah berjaya dimurtadkan menjadi Kristian ? Ingat lagikah kita bagaimana Nur Aishah Hj Bokhari berjaya dimurtadkan sehingga dia sendiri meminta injuksi Mahkamah agar takde sesiapa yang boleh menghalangnya untuk memilih Kristian sebagai agama pilihannya. Begitu juga dengan kes Lina Joy yang mengaku murtad dan memeluk Kristian atas kerelaannya sendiri.

Selama ini pihak Kristian tak pernah bertindak sebegini berani. Mengapa sekarang begitu berani mencabar umat Islam ? Sebabnya mereka sedar pemimpin UMNO sendiri tidak menjaga Islam. Telah banyak peristiwa cubaan beberapa NGO anti-Islam yang cuba mencabar kesucian Islam dalam negara tetapi mereka tidak dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan UMNO/BN. Pertubuhan Sister In Islam dan IFC yang sebelum ini benar-benar begitu berani memperlekeh syariat Islam namun tiada seorang pun dari kalangan mereka yang ditahan atau didakwa samada di Mahkamah Civil atau Syariah.

Ekoran beberapa 'testing' yang dibuat oleh NGO anti-Islam terhadap pendirian kerajaan, maka jelaslah bagi pihak musuh Islam bahawa mereka tiada sebarang masalah di Malaysia untuk melaksanakan kerja-kerja merosak dan mencabar kesucian Islam itu sendiri.

Dan hari ini pertubuhan Kristian telah berjaya dalam visinya. Selepas ini jangan kita terkejut jika kalimah Allah akan terpampang di menara setiap buah gereja di seluruh negara dan boleh dilihat jelas dari jauh samada siang ataupun malam. Mungkin di Semenanjung jumlah gerejanya tak sepadat di Sabah. Siapa yang pernah ke Sabah pasti akan terkejut jumlah gereja begitu banyak. Di sebelah malam, jelas kelihatan salib besar berwarna hijau atau biru dari jauh.

Tidak mustahil selepas ini salib besar itu akan diturunkan dari setiap menara gereja dan digantikan dengan kalimah Allah.

Apa muslihatnya ?

Inilah visi pertubuhan Kristian dalam nak melancarkan misi Kristianisasi dalam negara. Bila penggunaan kalimah Allah ini dibenarkan, maka lebih mudahlah mereka nak menyelusup masuk ke dalam masyarakat Islam yang sudah semakin jauh dengan Islam mutakhir ini. Makin mudahlah mereka nak menjalankan kerja memurtadkan seramai mungkin umat Islam selepas ini.

Selepas ini mereka akan mendekati anak-anak orang Islam yang dikenali jahil tentang Islam dan mengatakan Kristian tiada bezanya dengan Islam sebab bertuhankan Allah. Mereka akan kata "Kamu sendiri boleh lihat sekarang kalimah Allah terpampang di setiap gereja yang ada, bukan lagi salib. Jesus (Isa) adalah nabi kami manakalah kamu pula Muhammad. Jadi apa bezanya kita..."

Adakah pihak gereja mahukan orang Islam masuk Kristian selepas ini ?

Bukan ini tujuan mereka pada peringkat awal. Mereka hanya mahu tanamkan satu fahaman ke dalam jiwa generasi umat Islam akan datang agar menerima dan mengakui bahawa Islam dan Kristian adalah sama kerana bertuhankan Allah.

Sebab pihak gereja menyedari adalah memadai dengan menerima dan mengakui bahawa Kristian tiada bezanya dengan Islam sudah cukup menjadikan umat Islam murtad. Sebab yang penting 'ragi' Kristian itu perlu wujud dalam jiwa orang Islam tanpa perlu mereka menukar agama.

Akhirnya nanti akan wujud masyarakat Islam dalam negara yang masih beragama Islam, bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji tetapi hakikatnya telah murtad tanpa sedar. Dan tidak mustahil kita akan lihat pasangan lelaki wanita yang berlainan agama dibenarkan berkahwin sebagaimana yang berlaku di Indonesia sebab pada ketika itu umat Islam dah mengakui kedua agama adalah sama cuma nama saja berbeza. Dan masyarakat Islam pada ketika itu sudah tidak merasa hairan dengan senario sebegini sebab 'ragi' Kristian itu sudah sebati dengan jiwa mereka.

Kita perlu ingat perjuangan pihak gereja ini bukan berhenti setakat tuntutan penggunaan kalimah Allah ini saja. Jika negara ini terus diperintah oleh golongan sekularisma sebagaimana hari ini, mereka akan tuntut pula di Mahkamah agar membenarkan perkahwinan campur agama antara Islam - Kristian.

Wana'uzubillah...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger