Sunday, January 3, 2010

Teoh Dibunuh - SPRM Cuba Tutup Bukti

Hari demi hari makin terdedah kebusukan SPRM. Memang sesuai digelar Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia.

Sebelum bedah siasat kali kedua dibuat, Dr Pornthip telah membuat kesimpulan awal bahawa 80% Teoh dibunuh dan hanya 20% saja bunuh diri setelah melihat gambar mendiang Teoh. Bila bedah siasat kali kedua dibuat, pakar pathologi Thailand yang terkenal dan 'rockers' ini berjaya menemukan bukti kukuh yang menunjukkan Teoh memang dibunuh.

Sapa yang bunuh Teoh ? Itu kena tanya pada Pengarah dan para pegawai SPRM Selangor.

Ini adalah perkara serius ? Pembunuhan Teoh ini memang tak boleh dimaafkan dan mesti cari sampai dapat siapa pengarah dan individu yang terlibat. Kita masih ingat salah seorang pegawai SPRM mendedahkan dalam perbicaraan Inkues Teoh bahawa arahan menahan dan menyiasat Teoh datang dari Putrajaya. Siapa orang kat Putrajaya itu ?

Beberapa pihak yang relevan termasuk keluarga Teoh telah dimaklumkan tentang penemuan bukti kukuh ini selepas bedah siasat kedua dilakukan. Dan lidah utama PKR Suara Keadilan edisi terkini telah melaporkan bahawa laporan forensik akan dibentang dalam perbicaraan Inkues Teoh pada 7 Januari ini.

Nampaknya SPRM macam cacing kepanasan ekoran laporan Suara Keadilan itu. Seorang pegawai SPRM telah membuat laporan Polis terhadap Dr Pornthip kerana pakar pathologi Thaland itu membocorkan maklumat hasil siasatan forensik beliau kepada pihak yang tidak sepatutnya dan perbuatan itu menghina proses mahkamah kerana inkues kematian Beng Hock masih berjalan.

Kita nak tanya SPRM, pihak mana yang tak bertanggungjawab sebagaimana didakwa mereka ? Mungkin SPRM terlupa permohonan bedah-siasat kedua ini adalah atas permintaan keluarga Teoh sendiri. Bukannya mahkamah yang sedang menjalankan perbicaraan Inkues tersebut. Apa salahnya Dr Porthip memaklumkan laporan hasil bedah siasatnya kepada pihak yang diyakini termasuk keluarga Teoh.

Tindakan SPRM ini dilihat sebagai cuba untuk nak menghalang Dr Pornthip daripada memberi keterangan dalam perbicaraan yang seterusnya. Dan kita yakin pihak Polis sekali lagi akan dipergunakan oleh SPRM bagi tujuan ini.

Pakatan Rakyat khususnya PKR dan keluarga Teoh perlu memastikan keselamatan Dr Pornthip terjamin sewaktu berada di negara ini. Kita memang dah hilang keyakinan dengan tahap keselamatan yang ada hari ini. Jika Altantuya boleh dibunuh dan mayatnya diletupkan sehingga hancur, adalah tidak mustahil keselamatan Dr Pornthip juga boleh terancam.

Waima apa pun kita yakin kebenaran akan terserlah juga akhirnya dan kematian Teoh wajib dibela sewajarnya.

"Bersama Kita Tegakkan Keadilan"

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger