Thursday, January 28, 2010

Ahli UMNO Bakar Gereja

Bukan satu perkara yang menghairankan bila ahli UMNO yang terlibat dalam kejadian membakar gereja baru-baru ini.

Kita semua tahu yang UMNO sanggup melakukan apa saja demi nak meraih dan mengekalkan sokongan orang Melayu serta kepentingan survival politiknya. Kita tak pernah lupa bagaimana bekas Ketua Pemuda UMNO 'Pondan' Malaysia, Hishamudin menghunuskan Keris Tanpa Sarung sambil berkata "Keris ini akan bermandi darah jika ada sesiapa yang cuba menggugat kepentingan orang Melayu" ekoran tindakan pemimpin Cina menuntut hak sama rata dalam negara.

Dalam isu kalimah Allah, UMNO sebenarnya cuba mengambil kesempatan dalam isu panas ini bagi mempamerkan dirinya sebagai pembela sebenar Islam. Dan tidak dapat disangkal lagi tindakan membakar gereja ini sengaja dibuat kerana pada perkiraan mereka sudah tentu penganut Kristian akan menoleh kepada PAS sebab PAS sebuah parti Islam.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga dan dihempap pokok. UMNO sekali lagi terperangkap dengan permainan ciptaannya sendiri. Tak semena-mena Pakatan Rakyat dapat maklumat ahli UMNO terlibat bakar gereja.

Cuba kita tanya orang UMNO adakah mereka tahu atau tidak bahawa Allah SWT melarang sama-sekali umat Islam mengganggu rumah ibadat agama lain. Malah kita juga dilarang memaki dan mencaci sembahan mereka secara terbuka.

UMNO tak usah berdolak-dalih. Segala tindak-tanduk musuh Islam yang semakin berani hari ini adalah berpunca daripada sikap UMNO sendiri yang turut sama memusuhi Islam. Sebenarnya kerajaan UMNO memang 'redha' dengan segala tindak-tanduk musuh Islam dalam negara.

Jika benar para pemimpin UMNO sayangkan Islam, mengapa kuasa yang ada di tangan tidak digunakan untuk menyekat sebarang usaha pihak musuh yang menghina dan memijak Islam. Namun semuanya dibiarkan. Kenapa ?

Anda boleh fikir dan jawab sendiri .....

Di sudut politik, PAS merupakan musuh utama UMNO. Bukannya PKR. Sebab UMNO tahu PKR akan lemah tanpa Anwar. Sebab itu mereka sedang berusaha keras untuk menghantar semula Anwar balik ke Hotel 5 Bintang Sg Buloh. Tapi PAS tetap dominan sejak ditubuhkan sehinggalah sekarang. Malahan hari ini puluhan ribu masyarakat bukan Islam menjadi ahli Kelab Penyokong PAS. Pelbagai usaha dibuat oleh UMNO sejak dulu lagi bagi mengkuburkan PAS tapi gagal.

Antara perancangan jahat UMNO, antaranya ;

- pembunuhan Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya dalam Peristiwa Memali. Manakala yang hidup, ramai yang disumbat ke dalam ISA.

- penangkapan para pemimpin PAS dan golongan Ulama' yang tegas di bawah ISA dalam Operasi Lalang

- Peristiwa Sauk

- menarik-balik bantuan Sekolah Agama Rakyat dan banyak lagi.

Sejarah tidak pernah menipu. Hanya UMNO saja yang suka menipu sejarah.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger