Sunday, January 17, 2010

Sandiwara Di Kelantan

Secara peribadi saya ucapkan syabas kepada Kickdefella kerana mendedahkan penyelewengan Ariffahmi dalam PMBK. Memang wajar segala pendedahan ini dibuat. Sebab dalam Islam tidak pernah memilih bulu. Yang salah tetap salah. Tak kiralah sapa dia. Anak menantu MB ke, anak Exco ke, anak ADUN ke, anak Tok Guru ke atau sapa saja.

Dan saya sendiri yakin segala pendedahan yang dibuat oleh Kickdefella adalah semata-mata atas tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan anak Kelantan. Sapa pun akan malah dan pedih hati bila melihat unsur penyelewengan berlaku di depan mata. Lebih-lebih lagi penyelewengan itu dilakukan oleh menantu MB sendiri, seorang ahli PAS, Exco Pemuda PAS Negeri.

Bukan setakat itu saja malah Ariffahmi sendiri menjadi perancang utama untuk menjatuhkan Hj Hadi dari jawatan Presiden sebelum pemilihan Muktamar PAS Ke 52 tahun lalu.

Dan baru-baru ini didedahkan pula tentang Rakyat Kelantan Kehilangan RM50 Juta Angkara Almenantunya Nik Aziz Bernama Ariffahmi. Ekoran pendedahan ini, Exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan membuat penafian tentang kerugian tersebut dalam satu sidang media.

Bukan setakat penafian dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri ini, malah beliau mencadangkan pulak agar Kickdefella ditahan di bawah Akta Rahsia Resmi (OSA). Wah... nampaknya dah ada pulak pimpinan PAS Kelantan yang bersetuju dengan akta OSA ini bagi menyembunyikan pekong busuk Ariffahmi dalam PMBK serta melindungi imej MB Kelantan daripada terus tercalar.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks itu pada harga RM23 juta kerana masalah teknikal.

Mengapa MB Kelantan menyebut ayat "terpaksa membeli semula" ? Perkataan "terpaksa" ini boleh membawa seribu makna yang tersirat. Yang pasti memang ada yang tak kena.

Persoalannya, mengapa Ariffahmi selaku CEO PMBK dan Kerajaan Kelantan tidak mahu saman Kickdefella di mahkamah jika segala pendedahannya itu fitnah. Saya tertunggu-tunggu juga jika ada tindakan mahkamah diambil. Tiba-tiba nak guna pulak Akta OSA...

Saya harap MB Kelantan yang baru akan membuat pemilihan terbaik untuk barisan Exconya. Bagi anggota Exco yang ada 'share' dengan Ariffahmi, jangan dilantik semula.

"Selamatkan Kerajaan PAS Kelantan"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger