Tuesday, December 1, 2009

Doa Bala Untuk UMNO Laknatullah...

Bila agak reda isu di Kelantan, kini UMNO menukar rentak tarinya dengan memainkan isu "Doa Bala Nik Aziz". Diyakini golongan Munafiq UMNO yang memang dah sedia bebal dalam bab agama sejak azali lagi akan mempergunakan setiap ruang yang ada untuk memutar-belitkan kenyatan MB Kelantan itu bagi meraih sokongan rakyat. Bagi pihak rakyat yang menjadi ahli dan penyokong UMNO sudah tentu akan marah dengan TGNA kerana tak patut berdoa' macam itu.

Kemudian ditambah pula dengan kenyatan mengelirukan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak yang kadang-kadang bertukar jadi pengampu. Mungkin ramai lagi para Mufti penjilat akan membuat kenyataan selepas ini. Masing-masing berkokok membodek pemimpin atasan. Timbulnya juga pertanyaan, mengapakah para Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan tak berani keluarkan fatwa yang menyebut "UMNO adalah sebuah parti yang berfahaman sesat". Teringat saya akan kata-kata Ustaz Ismail Kamus "Alfulus sufid dunia Walmampus fil akhirat".

Perlu difahami, TGNA sebut jika PM Najib dan UMNO sengaja berniat jahat tidak mahu membayar royalti minyak dan gas kepada Kelantan, maka beliau akan berdoa semuga Allah melaknati perbuatan niat jahat tersebut. Dan hari ini beratus orang dipercayai terdiri daripada ahli dan penyokong UMNO berhimpun untuk membantah isu doa tersebut. Pandai pulak mereka takut bila dengar Tok Guru nak doa macam itu.

Apa lagi yang tak jelas pasal kejahatan UMNO ni. Tengok saja apa yang dibuat pada Terengganu sewaktu PAS memerintah. Serta-merta royalti ditarik dan ditukar kepada wang ihsan. Kita nak tanya jenis apakah manusia UMNO ini. Mengaku Islam dan membela Melayu tetapi sanggup mengkhianati sebuah negeri yang berpenduduk 95% Melayu Islam. Tidak munafiq lagikah namanya jika sengaja melanggar perjanjian yang telah lama dimeterai antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

Saya memang sokong 1000% cadangan Tok Guru nak laksanakan doa itu jika Najib dan UMNO sengaja mengkhianati rakyat Kelantan. Cadangan saya agar Tok Guru lancarkan Solat Hajat Perdana sebagaimana biasa jika Kerajaan Malaysia enggan membayar royalti minyak dan gas kepada Kerajaan Negeri.

Pengkhianatan UMNO terhadap agama Islam, umat Islam, rakyat dan negara ini sudah tidak boleh dimaafkan lagi. Sudah sampai masanya kita umat Islam sentiasa berdoa semuga Allah melaknati seluruh pemimpin UMNO dan menghancur-leburkan UMNO itu sendiri. Bagi umat Islam yang terang hatinya akan nampak dengan jelas betapa pemimpin UMNO ini lebih jahat dan keji daripada Yahudi dan Nasrani. Kalau puak-puak ni mampus, jangan ada di kalangan kita yang kasih pada Allah dan RasulNya sembahyangkan mayat mereka. Setakat ziarah begitu saja, lepas tu balik. Biarlah penyokong mereka saja yang solat jenazah.

Memang tulisan saya ini agak keras dan tiada kompromi. Mungkin ada yang akan tuduh saya ekstrimis. Ini bukan masalah ekstrim atau tidak. Tapi ini adalah perintah Allah. Allah melarang kita menyembahyangkan mayat golongan Munafiq ini. Seorang sahabat saya lepasan Al-Azhar Mesir pernah beritahu bukan setakat kita dilarang solat jenazah malah berdiri atas kuburnya pun tak boleh.

Rasulullah sendiri pernah ditegur oleh Allah apabila mengimami solat jenazah Abdullah bin Ubay (Bapa Munafiq Madinah). Sebenarnya Baginda tahu memang tak boleh sembahyangkan jenazah puak munafiq ini. Rasulullah sudi jadi imam sebab ingin menunaikan permintaan si anak yang beriman kepada Allah dan Rasul. Pembaca boleh cari sendiri ayat Qur'an tentang peristiwa ini. Perlu difahami peristiwa ini berlaku adalah sebagai peringatan dan pengajaran kita semua. Bukahkah Rasulullah S.A.W. itu adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umatnya.

Merujuk kepada fatwa Ulama' "Jalan mudah untuk menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik". Jadi tak salahlah kalau kita sebut "UMNO Kafir" sebab memang dah terbukti pun sejak merdeka lagi UMNO berkiblatkan Fahaman Sekular Kristian yang memisahkan agama dengan politik. Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Yang heran tu bila kita kata UMNO munafiq, mereka tak berapa kisah. Tapi bila disebut kafir, punyalah marah puak-puak bebal ni. Nak marah buat apa. Dah hangpa sendiri pilih fahaman kafir (sekular) sebagai pegangan. Sapa suruh. Pemimpin sesat dah satu hal. Lepas tu yang jadi pengikut pun turut sama sesat. Disuruh mengaji malas. Yang dia dok faham Islam tu hanya pada solat, puasa, zakat dan haji je.

Cuba kita tanya kat puak-puak ahli dan penyokong UMNO, pasai apa mereka bernikah bila nak kahwin dan sembelih ayam sebelum dimakan sedangkan mana ada disebut dalam Rukun Islam. Tentu mereka akan jawab sebab ikut hukum Syara'. Lepas tu cuba tanya pulak kenapa tak nak ikut Hukum syara' dalam soal pilih pemimpin ? Kalau mereka jawab mana ada politik dalam Islam, bagikan penampar sekali supaya hilang bodohnya. Lepas tu tanya apa tujuan Rasulullah S.A.W. berhijrah dari Mekah ke Madinah ?

Tidak dinafikan memang amat sukar berhadapan dengan golongan munafiq ini. Di hadapan para penyokong, mereka akan kata merekalah sebenarnya yang memperjuangkan Islam. Buktinya mereka bina mesjid, urus orang pergi Haji, tubuh Bank Islam, pinjaman Islam, IKIM, JAKIM, Pusat Islam dan macam-macam lagi. Mungkin tak lama lagi ini akan ada pulak Zoo Islam. Jika ada yang nak tengok unta pakai tudung, bolehlah melawat ke zoo ini. Di pihak penyokong pula pastinya percaya dengan kata-kata mereka ekoran kejahilan sendiri tidak memahami apa erti Islam yang sebenar.

Inilah salah satu kejayaan besar Yahudi dan Nasrani dalam menyesatkan umat Islam di seluruh dunia. Mereka tak suruh kita masuk agama mereka. Memadai hanya mengambil dan mengguna-pakai sistem mereka. Dua musuh besar ini sedar dengan terlaksananya sistem mereka, secara tak langsung umat Islam dah masuk ke dalam perangkap dan akhirnya tanpa disuruh kita sendiri mempertahankan sistem mereka. Hasilnya lahirlah sebuah generasi yang Islam pada kulitnya manakala isinya Yahudi dan Nasrani.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran (3) : ayat 100 ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

Sebab itu hari ini kita lihat pemimpin UMNO sendiri menentang perlaksanaan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Pelbagai alasan dangkal dan bodoh diberikan. Dan inilah bukti di depan mata kita semua betapa dahsyatnya penentangan oleh anak didik Yahudi dan Nasrani ini terhadap Islam sedangkan penjajah dah lama merambus dari tanahair.

Dan penarikan semula royalti minyak di Terengganu sewaktu PAS memerintah adalah salah satu tektik jahat dan keji yang dilakukan oleh UMNO bagi menghalang Islam terus berkembang. Sebab mereka tahu PAS bawa Islam. Sebab itulah ditariknya royalti bagi menyukarkan lagi pentadbiran kerajaan Negeri oleh PAS.

Kita jangan lupa semasa parti pembangkang PBS memerintah Sabah, bayaran royalti minyak terus dibayar oleh Kerajaan Pusat sebagaimana biasa. Mengapa bila PAS memerintah Terengganu, royalti ditarik ? Takkanlah masih tak jelas lagi pada kita siapa UMNO sebenarnya.

Sebab itulah saya katakan golongan munafiq ini lebih jahat dari kafir. Jika mereka mampus, mayatnya tidak layak disembahyangkan. Lepas tu jangan ditanam di Tanah Perkuburan Islam. Kena tanam di tempat lain.

Baru-baru ini isteri saya bagitau ada seorang guru perempuan beragama Kristian mengadu "Kak, saya heran tau kenapalah bini PM Najib tu tak pakai tudung. Patutnya dah tua macam tu pakailah. Saya memang benci tengok muka dia". Jika orang Kristian boleh mempertikai Rosmah yang tak bertudung, di mana letaknya kepala otak wanita-wanita UMNO yang mengaku Islam... Jangan besok dah dihumban ke dalam Neraka, baru nak menyesal...

Semakin hari semakin terserlah kesesatan UMNO dan pemimpinnya. Benarlah kata Ustaz Shahril Long "Maki UMNO dapat pahala......" Seorang sahabat saya pula memanggil puak-puak UMNO ni sebagai "Syaitan Kabir".

Marilah kita berdoa "Ya Allah, Kau hancurkanlah UMNO bersama pemimpinnya sekali..." Seterusnya pembaca karanglah sendiri isi doa ini.

Marilah kita duduk bersama dalam Perjuangan Islam. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah dan mengampuni segala dosa kita. Dan di Padang Mahsyar kelak Rasulullah mengenali kita semua dan mengakui sebagai umatnya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger