Sunday, December 20, 2009

Kita Sebenarnya Mahu Negara Ini Musnah ...

Dalam Al-Qur'an, dengan jelas Allah dah bagitau kita semua tentang perangai dan tabiat golongan yang tidak beriman apabila mereka jadi pemerintah.

Dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 ;

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

Dalam tafsir H Zainuddin Hamidy, ulama' tafsir menjelaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang tiada mempedomani ajaran Tuhan itu, jika mereka berkuasa nescaya kekuasaan itu akan dipergunakannya untuk ;
  • melakukan sewenang-wenangnya seperti menahan orang tanpa bukti,
  • mencari keuntungan duniawi untuk diri dan keluarga,
  • memperturutkan hawa nafsu semata-mata,
  • menindas rakyat dan memecah-belahkan kesatuan umat.
Kepentingan bersama, keadilan, kebenaran, kejujuran dan ajaran Tuhan sudah tidak dipedulikan lagi oleh mereka.

Apa yang dijelaskan dalam ayat ini memang dah berlaku pun dalam negara. Ianya berlaku kerana salah kita sendiri yang memilih pemimpin sebegini. Sepatutnya kita sebagai umat Islam dah lama menjatuhkan golongan pemimpin yang jahat dan dilaknat oleh Allah ini namun malangnya majoriti umat Islam yang ada hanya simpan saja Al-Qur'an dalam almari. Kalau dibaca pun hanya untuk dapat pahala dan fadhilat saja tetapi tak pernah berusaha untuk nak memahami isi kandungannya. Ini masalahnya.

Akibat kesilapan kita memilih pemimpin begini, hari ini kita sendiri lihat segala jenis kerosakan berlaku di Malaysia. Di sudut 'aqidahnya, jenayah, sosial, penyelewengan dan rasuah semakin hari semakin kronik.

Manakala di sudut sosio ekonomi pula, rakyat semakin dihimpit dengan pelbagai jenis tekanan hidup termasuk kenaikan harga barang yang melambung tinggi, peningkatan kadar pengangguran dan inflasi, pendapatan semakin merosot ekoran kedudukan ekonomi yang tidak stabil, rakyat dibebani dengan pelbagai jenis hutang yang tidak sepatutnya seperti pinjaman PTPTN (sepatutnya biasiswa) dan pelbagai lagi permasalahan yang tidak pernah surut.

Kerajaan yang ditegakkan melalui pilihan rakyat sepatutnya menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat tetapi sudah jadi kerajaan zalim dan tak berhati perut. Segala kekayaan negara hasil dari perut bumi bukan dimanfaatkan untuk rakyat seluruhnya tapi banyak dibazirkan pada hal yang tidak berfaedah malah dijadikan rebutan oleh sang penguasa zalim bagi melonggokkan kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni. Rakyat terus diperbodohkan dengan segala propaganda murahan.

Sudah 52 tahun mereka memerintah negara namun nasib Bumiputera yang kononnya nak dibela masih juga tidak berubah. Kalau benar mereka ikhlas mahu membela rakyat, dah lama rakyat negara ini dapat hidup dengan sejahtera. Kekayaan yang dimiliki oleh negara ini bukan sedikit.

Segala jenis hasil bumi dan mineral ada namun telah dimilik peribadikan oleh pemimpin yang berkuasa. Kekayaan milik negara dan rakyat bukan disalurkan secara adil untuk kepentingan rakyat tapi hanya berlegar di sekeliling pemimpin yang rakus dan tamak haloba. Golongan yang kaya ditatang bagai minyak yang penuh manakala golongan marhain dianaktirikan. Rakyat hanya dapat hampas saja malahan dirampas pulak hak rakyat seperti biasiswa.

Sedarkah kita apakah tanggungjawab sesebuah kerajaan yang ada dalam dunia ini ? Kita ambil contoh di Peranchis. Pemimpin negara itu cukup takut dengan rakyatnya sebab rakyatnya cerdik. Mereka sedar sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, mereka wajib menjaga kepentingan rakyatnya. Sedarkah kita seluruh rakyat Peranchis menikmati perkhidmatan perubatan secara percuma. Bukan setakat itu saja malah kerajaan Peranchis menyediakan perkhidmatan 'Mobile Doctor' 24 jam bagi merawat pesakit di rumah masing-masing jika pesakit tersebut tidak mampu hadir ke hospital. Kemudahan ini bukan setakat untuk warga Peranchis saja malah warga asing yang menetap di sana pun layak mendapatkan perkhidmatan yang percuma ini.

Bagi sebuah negara seperti Vietnam yang dikira mundur dan baru nak mengorak langkah untuk maju tapi sudah mampu mengekspot daging beku ikan air tawar ke luar negara. Sepatutnya Malaysia sudah lama mendahului Veitnam dalam industri perikanan air tawar ini. Entah dah berapa kali bertukar Menteri Pertanian namun industri pertanian negara masih di tahap memalukan. Tak payah kita tengok jauh. Pergi saja ke kampung-kampung dan lihat saja nasib para petani kita. Hidup mereka bukannya senang sangat. Hanya sekadar cukup makan.

Lihat saja nasib petani sawah di Kerpan, Kedah. Habis 2,000 ekar tanah sawah mereka dirampas oleh Kerajaan Negeri di bawah Osman Aroff secara paksa untuk projek Ternakan Udang Harimau. Akhirnya terbengkalai. Udang entah ke mana, lepas tu si Osman Aroff ghuyub. Diharap penduduk Kerpan tidak lupa sejarah kezaliman UMNO ini.

Ini berlaku sebab pemimpin UMNO bila nak buat sesuatu hanya menuruti hawa nafsunya saja. Tidak pernah ambil peduli adakah sesuatu dasar atau perancangan yang nak dilaksanakan itu menguntungkan dan memberikan manfaat kepada rakyat atau sebaliknya. Bagi mereka apa yang penting sesuatu yang nak dibuat mesti menguntungkan diri sendiri dan kroni. Jika rugi pun mereka apa peduli sebab bukan duit kocek mereka yang keluar tapi duit rakyat.

Dan hari ini rakyat bertambah malang bila mendapat pasangan iblis sebagai orang nombor 1 negara. Samada mahu percaya atau tidak, kita sama-sama tunggu apa akan jadi dengan ekonomi negara dalam masa terdekat ini. Habis semuanya dibolot oleh Rosmah laknatullah. Tengok saja baru-baru ini ada individu memberi wang sejumlah RM 600 ribu pada si perempuan puaka ni di Dubai. Sudah tentu ada sesuatu yang dimahukan oleh individu yang memberikan wang tersebut.

Kita kena ingat walau si Najib yang jadi PM dan Menteri Kewangan tetapi sebenarnya Rosmah yang membuat keputusan atas dasar ekonomi dan segala projek dalam negara. Jika rakyat masih dungu lagi dalam PRU13, maka kita akan berhadapan dengan situasi yang amat sukar kelak bila ekonomi negara ini musnah.

Jika wang rakyat hampir RM 1 bilion disapu oleh pasangan dajjal ini melalui pembelian pesawat Sukhoi dan kapal selam Scorpene, maka sudah barang pasti segala khazanah negara ini juga akan disapunya untuk diri, keluarga dan kroni. Apa mereka takut untuk merompak segala kekayaan milik negara dan rakyat sebab kebal di sisi undang-undang rimba yang diamalkan. Bukan kita menuduh tapi dah jelas terbukti di depan mata. Dah beratus laporan rasuah dan penyelewengan dibuat oleh pembangkang terhadap mereka yang di atas namun semua laporan itu ditong sampahkan oleh Polis dan BPR. Yang diambil tindakan segera oleh Polis / BPR / SPRM apabila ada laporan terhadap pihak pembangkang dan golongan ikan bilis dalam UBN.

Bagi orang menjawat jawatan PM, TPM, Menteri, MB / Ketua Menteri dari UBN, jangan diharaplah nak tengok mereka ditahan dan didakwa. Kalau ada pun hanya gimik politik saja bagi menipu pengundi UBN yang bangang. Tengok sapa yang jadi kepala dalam Polis, BPR, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman. Bayangkanlah kalau Hakim sendiri pun boleh dijual-beli, apa lagi yang boleh diharapkan dalam sistem keadilan kita hari ini.

Persoalannya, sampai bilakah kita semua nak diperbodohkan oleh mereka yang berkuasa. Apakah mahu tunggu sehingga negara ini jatuh papa kedana atau sehingga Allah SWT turunkan bala bencana besar ekoran kedegilan kita yang terus-menerus memilih golongan pemimpin yang jahat lagi zalim. Apakah masih tidak cukup lagikah dengan apa yang telah berlaku hari ini. Gejala 250 ribu murtad, jenayah berleluasa, kerosakan akhlak yang melanda remaja Islam, kehidupan semakin sukar dengan bebanan kenaikan harga minyak yang disengajakan, kenaikan mendadak harga barang keperluan, inflasi meningkat, pengangguran bertambah dan pelbagai lagi dasar-dasar kerajaan 'iblis' UBN yang nak sembelih kita semua.

Ekoran kebodohan kita sebagai rakyat yang terus-menerus menyokong pemimpin jahat, zalim dan rasuah, akhirnya kita sendiri yang menerima akibatnya. Sebab itu mereka tak pernah takut nak melakukan rasuah dan penyelewengan sebab rakyat yang mengundi mereka boleh diperbodohkan dengan janji-janji manis dan segala propaganda murahan menjelang pilihanraya.

Kepada seluruh umat Islam dan rakyat jelata, marilah kita berganding tangan untuk menjatuhkan UBN dalam PRU akan datang. Tiada jalan lain lagi bagi menyelamatkan negara ini melainkan UBN mesti digulingkan.

Ingatlah, kita semua ada anak, cucu dan keturunan yang bakal mewarisi negara ini. Mahukah selepas ketiadaan kita nanti, anak cucu terpaksa mengharungi hidup yang begitu sukar dalam negara yang diperintah oleh golongan munafiq, perasuah dan zalim ini. Jika sekarang anak orang Islam telah dimurtadkan sebegitu ramai sepanjang 52 tahun UMNO memerintah, apakah ada jaminan 'Aqidah Islam anak cucu kita tidak tergugat jika mereka terus dipilih oleh kita semua sebagai pemerintah.

Sebab itu Islam amat menitikberatkan soal pilih pemimpin ini.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger