Tuesday, December 29, 2009

Haram Hukumnya Menyambut Tahun Baru Masihi

Setiap tahun umat Islam di Malaysia begitu seronok pergi berhimpun bersama keluarga dan bersorak di Dataran Merdeka bagi menanti detik jam 12:00:01 tengah malam menandakan ketibaan tahun baru 1 Januari.

Dan pastinya senario ini akan berulang lagi pada malam Juma'at ini bagi menanti ketibaan tahun 2010. Dan pada malam itu juga remaja Melayu akan keluar bersama pasangan masing-masing untuk bercumbu dan melepaskan nafsunya. Banyak botol dan tin arak serta kondom pasti ditemui pada keesokan hari bila MBKL membuat pembersihan.

Senario yang menjijikkan ini sebenarnya berlaku pada setiap kali sambutan tahun baru dibuat di Dataran Merdeka.

Bagi yang sudah berkeluarga, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk membawa isteri dan anak-anak bersantai di Dataran Merdeka serta turut sama meraikan ketibaan tahun baru. Program hiburan disediakan pada malam itu dengan kehadiran para artis tua, muda dan popular bagi menarik lebih ramai warga KL dan negeri berdekatan untuk hadir.

Mungkin selama ini umat Islam beranggapan tidak salah pergi menyambut kehadiran tahun baru masehi ini. Saya sendiri pun tak tahu. Cumanya saya tidak pernah pergi ke program sambutan ini.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa Fatwa Dr Yusof Al-Qardawi menjelaskan "Haram hukumnya bagi umat Islam pergi berhimpun untuk merai dan menyambut kehadiran Tahun Baru Masihi. Ianya boleh merosakkan 'Aqidah Islam."

Begitu juga haram hukumnya bagi umat Islam menyambut Valentine's Day.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger