Tuesday, December 22, 2009

Dr Rosli Letak Jawatan - Sindiran Pada Ariffahmi

Pada logiknya Dr Rosli Allani Abd.Kader tak perlu meletakkan semua jawatannya di peringkat negeri dan kawasan ekoran keputusan Mahkamah Syariah yang memerintahkan dia hidup berasingan dengan isteri mudanya itu.

Namun saya mengucapkan syabas kepada beliau kerana keputusan yang diambil adalah dengan niat untuk menjaga imej PAS walaupun pada hakikatnya apa yang dihadapi itu bukanlah masalah besar. Hanya pasal keputusan Mahkamah Syariah saja berhubung perkahwinannya dengan isteri mudanya. Dan kita yakin perkahwinan dengan isteri mudanya memang sah di sisi syarak.

Persoalannya sekarang di mana maruah dan integriti Ariffahmi yang jelas memang bermasalah dalam PMBK. Takkanlah menantu Nik Aziz ni masih tak boleh belajar daripada sikap dan tindakan profesional yang diambil oleh Dr Rosli ini.

Kalau Ariffahmi masih berdegil tidak mahu meletakkan jawatannnya segera dan masih mahu menunggu sehingga Mac depan, maka jangan marah jika ada pihak terus menuduh bahawa kamu memang gila kuasa dan mendapat pembelaan dari bapa mertua sendiri.

Jika dilihat beberapa kenyataan TGNA sebelum ini berhubung isu menantunya dalam PMBK jelas menunjukkan MB Kelantan ini tidak konsisten dalam isu ini.

Kalau benar Ariffahmi sayangkan PAS Kelantan dan bapa mertuanya, dia mesti letakkan jawatannya sebagai CEO PMBK dengan segera. Malah dia juga perlu letakkan jawatannya sebagai Exco Pemuda PAS Kelantan.

Tolonglah, kami ahli PAS di seluruh negara dah naik meluat dengan isu PMBK di Kelantan ini. Jangan lagi dipanjangkan isu ini. Juga tindakan Nik Amalina yang buat blog sendiri untuk membela si suami yang memang bersalah akan mengundang lebih banyak spekulasi di semua pihak.

Nik Amalina tak perlu nak berselindung dengan menggesa agar seorang Exco Kelantan meletakkan jawatan segera dengan tidak menyebut nama Exco itu. Kami tahu Exco yang dimaksudkan itu adalah Datuk Husam Musa.

Nik Amalina kena sedar bahawa suaminya bukan maksum dan bernafsu besar. Jangan diingat dia tu terlampau jujur dan amanah dalam menguruskan PMBK. Walupun MB Kelantan itu bapa mertuanya sendiri, maka kamu ingat si suami tak pandai nak menyeleweng. Bukan setiap saat Tok Guru nak awasi menantunya. Banyak lagi kerja lain yang perlu beliau fikirkan.

Please Ariffahmi. You must resign now ! We are not trust you anymore....

Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada Dr Rosli. You're the man...

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger