Tuesday, December 8, 2009

Nik Amalina Akui Kelemahan Suami Tanpa Sedar ....

Tindakan Ariffahmi melengah-lengahkan perletakan jawatannya sebagai CEO PMBK hanya akan mengundang lebih banyak kritikan dan tekanan terhadap bapa mertuanya sendiri sebagai MB Kelantan. Apa lagi yang nak ditunggu oleh Ariffahmi ni. Letaklah jawatan segera. Apakah dia sengaja mahu bermain 'politik' dalam isu PMBK atau tidak mahu mengaku kalah dalam perang yang diciptanya sendiri. Agak sedikit musykil di hati kenapa TGNA setuju dengan cadangan menantunya untuk menangguhkan perletakan jawatan sehingga Mac depan.

Tak usahlah nak berselindung dengan pelbagai kenyataan seperti masih ada tempoh notis 3 bulan lagi sebelum resignation. Lepas tu si isteri tersayang pula meluahkan perasaannya dengan menghantar e-mail kepada Dr Mariah dan meminta disiarkan dalam blog MP Kota Raja. Memang wajarlah si isteri membela suaminya walau si suami memang ada 'masalah' dalam menguruskan PMBK sejak kebelakangan ini. Apatah lagi jika suami difitnah.

Persoalannya sekarang apakah Kickdefella memfitnah suami Nik Amalina ? Persoalan kedua, kenapa Nik Amalina ajukan pertanyaan pada Dr Mariah berada di pihak siapa ? Apakah menyebelahi Ariffahmi ? Dan kenapa Dr Mariah tak bela Husam Musa ? Dua soalan 'bonus' Nik Amalina ini dengan sendirinya dia mengakui memang wujud 'masalah' antara suaminya dengan Husam Musa.

Saya kira tak perlu nak dihuraikan lagi kenapa Ariffahmi begitu 'marah sangat' pada Husam hingga bertindak memecat Syed Azidi (Kickdefella). Pemecatan sahabat karib Husam ini sebenarnya sebagai kias dan amaran kepada Husam agar bersiap-sedia untuk digugurkan dari Kabinet Kelantan. Dengan kedudukan sebagai CEO PMBK dan menantu MB, maka dirasakan adalah tidak sukar untuk menyingkirkan 'anak emas' Nik Aziz ini. Cetek sungguh pemikiran Ariffahmi jika beginilah perkiraan politiknya.

Dia ingat Nik Aziz senang-senang nak pecat Husam dari Kabinet Kelantan. Pelbagai program yang Husam lancarkan untuk membela rakyat miskin secara tidak langsung meletakkan dirinya disayangi dan dihormati oleh pelbagai lapisan rakyat di Kelantan. TGNA sendiri perlu akui segala initiatif dan keikhlasan Husam untuk membantu seluruh Wakil Rakyat PAS Kelantan dengan tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan bagi mencari dana untuk tujuan mulia itu. Husam sedar bukan semua YB PAS mampu menghulurkan sumbangan peribadi kepada rakyat di kawasan maing-masing. Dengan wujudnya dana dari sumber perniagaan inilah digunakan untuk membantu wakil rakyat PAS agar mampu menyalurkan bantuan kepada masyarakat pada bila-bila masa. Namun usaha mulia Husam menubuhkan syarikat bagi tujuan mencari dana ini difitnah oleh sesetengah pihak untuk kepentingan peribadinya.

Adalah menjadi satu kesilapan besar jika TGNA memecat Husam kerana mementingkan anak-beranaknya sendiri. Dan TGNA sedar rakyat Kelantan akan marah jika Husam disingkirkan daripada kabinet negeri. Ariffahmi perlu sedar yang bapa mertuanya bukan baru sehari dua kenal Husam.

Isu yang berlaku dalam PMBK ini secara tidak langsung mendedahkan siapakah sebenarnya di sebalik tabir yang mahu menyingkirkan Husam dari Kabinet Kelantan. Serangan yang dibuat oleh para blogger upahan dan para kroni anti-Husam memang dahsyat. Kalau tak kuat iman, memang boleh tumbang kita dibuatnya. Macam-macam tuduhan dibuat terhadap Husam. Antaranya kumpulan Erdogan, tuduhan rasuah dan lain-lain. Sehingga ada yang menuduh Husam sebagai munafiq kerana lebih mesra dengan orang kafir DAP daripada orang PAS sendiri.

Walau pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap Exco Kanan ini namun jauh di sudut hati saya meyakini kewibawaan dan integriti Husam sebagai seorang pemimpin masa depan bagi PAS. Kekalahannya dalam pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden disebabkan 2 faktor utama. Pertama, pecah undi perwakilan. Kedua, permainan politik kroni dalaman PAS sendiri.

Tindakan segera Presiden PAS bersama 4 orang pimpinan kanan pusat pergi menemui Nik Aziz dan menasihatinya agar meminta Ariffahmi meletakkan jawatan segera sudah cukup memberi signal kepada kita siapakah yang sebenarnya bermasalah. Ringkasnya saya sebutkan di sini segala apa yang didedahkan oleh Kickdefella memang benar. Bukan fitnah.

Di pihak Nik Amalina, sudah tentu dia mempertahankan suaminya. Takkanlah dia juga nak 'sembelih' Ariffahmi. Bak kata orang "Buruk-buruk pun, suami sendiri". Apa yang diharapkan agar Nik Amalina belajarlah dari apa yang berlaku ini. Jangan ingat suami tercinta tidak tergamak 'menikam' ayah kita. Walau sudah jadi ahli PAS dan menantu kepada Tok Guru namun itu tidak menjamin suami kita akan terus jujur dan amanah sepanjang masa. Ada ketikanya mungkin dia rasa gah dan hebat dengan jawatan CEO ini sehingga tertipu dengan pujukan dan bisikan syaitan laknatullah yang licik.

Kesian Nik Amalina yang tak tahu apa-apa tapi terpaksa menelan seribu kepahitan ekoran isu PMBK yang menghambat suami tercinta. Sabarlah dik... Ingatlah suami mu tu masih muda. Keinginan nafsu duniawinya (hubud dunia) masih membara dalam jiwa. Biasalah tu jiwa anak muda. Apatah lagi duduk di kerusi CEO. Dia juga teringin nak pakai kereta mewah seperti Mercedes atau BMW. Keinginan nak hidup mewah pasti wujud dalam diri. Kalau tak apa perlunya buat loan bank berjumlah RM 500,000. Sudah tentu jumlah sebesar ini menggambarkan betapa besar nafsunya. Lepas tu bazirkan duit PMBK dengan pelbagai program yang langsung takde faedahnya kepada rakyat. Dengar khabar semua projek dan proposal PMBK yang dirancang sejak kebelakangan ini sudah melencong jauh daripada matlamat asal PMBK. Bukan lagi untuk rakyat marhain tetapi untuk golongan korporat dan orang kaya di sekelilingnya.

Husam sejak awal lagi dah dapat 'menghidu' ada yang tak kena dengan pentadbiran dan pengurusan PMBK ni. Exco Kanan ini memang tegas dan tiada kompromi dalam menentang sebarang unsur kronisme, pembaziran atau salah guna wang untuk perkara yang tidak menguntungkan rakyat. Sebab itu Husam banyak 'musuh politik' di Kelantan. Bukan musuh luar tapi musuh dalaman. Kalau setakat musuh luar dia tak heran sangat. Dan pasal inilah Husam 'hidup menderita' selama 3 tahun.

Benarlah kata kebanyakan orang. Walau dah jadi ahli PAS tetapi perangai UMNOnya masih tak hilang dan terbawa-bawa ke dalam jamaah. Salah satunya gila kuasa. Sebab itulah sampai sekarang 'masih sayang' dengan kerusi CEO PMBK.

Udah-udahlah tu...Ariffahmi. Semua orang dah tahu 'tembelang' enta. Jangan suka menuding jari ke muka orang lain bagi menyembunyikan kesalahan dan kelemahan sendiri.

Wassalam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger