Saturday, December 26, 2009

Umat Islam 'Memberhalakan' Pemimpin ...

Bila kita tanya satu soalan "Kamu nak masuk syurga atau neraka ?" pada seluruh umat Islam, pasti mereka menjawab Syurga. Bukan setakat umat Islam saja yang memberi jawapan itu malahan golongan kafir juga.

Saya tidak bercadang untuk menyentuh tentang persoalan ibadah solat, puasa, zakat dan haji. Saya hanya nak sentuh tentang kejahilan politik majoriti umat Islam negara ini sejak dulu hingga ke saat ini. Antara respon yang biasa didengar keluar dari mulut orang Islam adalah seperti berikut ;

- "Mana ada politik dalam Islam sebab politik kotor. Islam bersih. Tak boleh campur"

- "Apa salahnya undi BN sebab yang jadi PM pun orang UMNO dan Islam"

- "Kalau pemimpin rasuah, menyeleweng dan buat salah, mereka yang tanggung, bukannya kita. Kita pilih mereka bukan suruh buat jahat"

- "Kita kena sokong UMNO sebab inilah satu-satunya parti orang Melayu. Kalau UMNO takde, habislah kita sebab orang Cina yang berkuasa"

- "UMNO pun bela Islam. Berapa banyak mesjid dan surau yang dibuat. Anjur Tilawah Al-Qur'an, kutip zakat, Baitulmal, Perbankan Islam dan banyak lagi"

- "Pasal undi ni bukannya dibawa sampai ke Akhirat"

- "Kalau sokong pembangkang, habislah kita nanti tak dapat jalan, bantuan dan subsidi. Anak pun tak dapat masuk universiti, susah dapat kerja"

Persoalannya sekarang mengapa kata-kata sedemikian boleh keluar dari mulut umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Tidak dinafikan salah satu faktor yang menyebabkan pemikiran dan pemahaman umat Islam jadi begini adalah kerana dah terlampau lama diperintah oleh golongan sekular dalam UMNO. Lihat saja sistem pendidikan dan sukatan pelajaran yang diamalkan dalam negara begitu jelas menuruti sebagaimana yang ditetapkan oleh penjajah Kristian British laknatullah.

Cuba ingat sewaktu kita berada di alam persekolahan sekitar tahun 70an dulu, ada tak kita belajar bab Politik Islam di sekolah agama kerajaan ? Memang takde. Yang kita belajar hanyalah tentang perkara asas Fardhu 'Ain, Ibadah, Tauhid, Munakahat, Muamalat, Tajwid. Manakala dalam bab Tauhid kita hanya diajar tentang 20 Sifat Wajib, 20 Sifat Mustahil dan 1 Sifat Harus bagi Allah. Kita juga diberitahu bahawa Syirik itu seperti menyembah berhala dan memuja keramat. Itu sajalah yang kita faham pun selama ini. Dan memang pun kita orang Islam tak pernah menyembah berhala tapi begitu ramai yang "memberhalakan pemimpin" tanpa sedar.

Memberhalakan pemimpin ini sebenarnya takde bezanya dengan perbuatan menyembah berhala. Hanya berbeza di sudut perlaksanaannya saja namun tetap dikategorikan sebagai perbuatan Syirik Jali (Syirik Besar). Boleh jadi kafir. Wana'uzubillah...

Apa yang dimaksudkan dengan memberhalakan pemimpin ini ?

Yaitu perbuatan taat setia dan terus menyokong pemimpin yang beriman dengan toghut (melaksanakan undang-undang ciptaan manusia). Apabila kita terus menyokong pemimpin sebegini, bermakna kita subahat/setuju/redha dengan undang-undang toghut yang digunapakai oleh mereka. Tanpa disedari kita sebenarnya telah menafikan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) sebagai perlembagaan negara ini. Ekoran dari tindakan ini, tanpa disedari kita telah mengambil manusia sebagai tuhan selain daripada Allah. Sebab itulah disebutkan sebagai "memberhalakan" pemimpin.

Kita jangan lupa pemimpin UMNO pernah sebut "Kita tak boleh laksanakan Undang-Undang Islam dalam negara ini sebab masyarakat majmuk". Ada pula yang bercakap "Kalau dilaksanakan Hudud, habislah tangan orang Melayu kudung. Macamana nak buat kerja dan cari makan". Kata-kata begini boleh menyebabkan seseorang itu jatuh kafir.

Apa lagi yang tak jelas tentang kesesatan UMNO ini ?

Dalam konteks ini, yang paling bodoh adalah masyarakat Islam dalam negara yang masih terus setia menyokong UMNO. Di pihak pimpinan UMNO pula tak usah nak dibahas lagi sebab mereka memang dah confirm sesat dan menyesatkan orang lain. Masalahnya apasal kita boleh jadi bangang sangat sehingga tak boleh nampak kesesatan ini. Dah terang-terang depan mata sistem pemerintahan sekular Kristian yang digunapakai tapi kita dok sokong lagi puak-puak sesat ini.

Di mana duduk iman kita pada Allah dan Rasul ?

Apakah selama ini kita ingat Islam tu hanya pada solat,puasa, zakat dan haji saja ? Kalau kita boleh ikut Islam dalam bab solat, puasa, zakat, haji, sembelih ayam, nikah kahwin, harta pusaka, mengapa dalam soal pilih pemimpin dan kenegaraan kita tak nak ikut Islam ?

Ingatlah sebelum nyawa kita berpisah dari jasad, bersegeralah kita meninggalkan parti toghut (UMNO) ini. Jangan dipersiakan segala amal ibadah kita hanya disebabkan kebodohan sendiri. Sebagai orang yang mengaku Islam, adalah menjadi kewajiban kita beriman dengan seluruh isi kandungan Al-Qur'an dan Sunnah. Bahasa mudahnya, segala-galanya mesti ikut Islam. No objection !

Percayalah di Akhirat kelak Allah tidak akan lagi mahu menerima sebarang alasan daripada kita. Sementara masih diberi peluang untuk tinggal di dunia yang fana' ini, marilah kita berhijrah meninggalkan toghut dan kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger