Friday, August 21, 2009

UMNO Tak Masuk Syurga

Baru-baru ni media milik UMNO sibuk 'highlight'kan kenyataan yang dibuat oleh Musryidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berhubung isu UMNO Tak Masuk Syurga.

Seperti biasa, dulu, kini dan selamanya media milik UMNO ini akan putar-belitkan kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang. Lain yang dicakap, lain pulak yang disiarkan. Dah memang itulah kerja Ketua Editor yang jadi "pecacai hina" kepada sang penguasa zalim. Kadang-kadang wartawan mereka buat laporan betul. Bila sampai di tangan 'bos', lain pula yang keluar di dada akhbar atau di dalam berita TV.

TGNA sebut "Ajaran Islam yang dibawa UMNO tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga". Beliau menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga.

Tetapi media milik UMNO telah putar-belitkan kenyataan TGNA dengan menyiarkan tajuk "Ahli UMNO Tak Masuk Syurga".

Pandangan Saya Yang Dhaif

Walaupun saya bukan orang yang mendapat pendidikan secara formal dalam bidang agama, malah amat jauh sekali jika nak dibandingkan dengan ilmu TGNA, namun saya sendiri berani nyatakan di sini bahawa UMNO memang sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan.

Buktinya jelas. Almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri mengakui bahawa UMNO sebuah parti kebangsaan yang berfahaman SEKULAR.

Sekularisma tu apa ?

SEKULARISMA ini adalah fahaman Kristian yang memisahkan agama dengan politik. Nah ! terbukti sudah bahawa selama ini para pemimpin UMNO berfahaman sesat. Jika sesebuah pertubuhan itu dipimpin oleh manusia sesat, bermakna pertubuhan itu sendiri juga sesat.

Tak sesat lagikah namanya jika orang yang mengaku Islam tetapi lebih yakin dengan sistem kafir ? Mana duduknya iman seseorang jika mereka dengan sengaja mengengkari apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

Sudah 51 tahun UMNO memerintah. Bermula dengan Tunku sebagai Presiden sehinggalah Najib pada hari ini. Undang-undang apakah yang digunakan dalam negara kita selama ini ? Tak perlulah saya sebut sebab dah banyak kali saya jelaskan dalam beberapa posting sebelum ini.

Cuba kita renungkan semula fatwa Syeikh Mustafa Sabri. Beliau seorang Ulama' yang masyhur di zaman pemerintahan Khalifah Islam Uthmaniyah di Turki. Malah pernah menjawat jawatan Mufti di zaman itu. Fatwa beliau yang berbunyi ;

"Jalan mudah untuk menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik"

Mengapa Syeikh Mustafa Sabri mengeluarkan fatwa yang sebegini tegas ?

Yang kita ni mengaku Islam tetapi masih 'bodoh' dan tak tahu nak bezakan antara yang HAQ dan BATHIL. Takkan masih tak kenal lagi siapa UMNO sebenarnya ?

Allah dan Rasul-Nya tak pernah suruh kita memperjuangkan bangsa. Yang disuruh hanyalah mempertahan dan memperjuangkan Islam. Menyampaikan risalah-Nya, melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar.

Sudah terlampau banyak bukti yang nyata bahawa UMNO memang Musuh No.1 kepada Islam. Sebab golongan MUNAFIQ ini lebih jahat daripada kafir. Jika golongan munafiq ini mati sebelum sempat bertaubat nasuha, mereka akan dihumbankan ke dasar Neraka Jahannam dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Na'uzubillah...

Janganlah kita jadi manusia yang mudah terpedaya dengan segala propaganda dan penipuan yang dibuat oleh mereka. Segala propaganda ini hanyalah untuk melalai dan memesongkan kita daripada masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh negara ini akibat penyelewengan dan ketamakan kuasa mereka yang sedang memerintah.

Selama ini kita leka dan didodoi dengan propaganda seperti Penerapan Nilai Islam, Bersih, Cekap dan Amanah, Malaysia Boleh, Memertabatkan Bangsa Melayu, Perjuangan Belum Selesai, Perangi Rasuah, Islam Hadhari dan yang terkini Satu Malaysia... Semuanya ini hanyalah tektik pemerintah untuk "misdirection" agar rakyat lupa dengan masalah sebenar yang sedang melanda negara.

Kita perlu sedar tentang perangai puak-puak munafiq ini. Mereka memang pandai bercakap untuk memperdayakan orang. Ucapan lidah mereka akan menarik perhatian ramai sehingga tidak sedar akan segala pembohongan yang dibuat.

Akhir sekali, UMNO memang sesat. Siapa sokong UMNO sampai mati, maka tempat kembali mereka ialah Neraka Jahannam. Bukan saya yang cakap tetapi Allah yang jelaskan di dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 (Sila baca di ruang TAZKIRAH)

Jazakallah

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger