Saturday, August 8, 2009

Kematian Teoh - Mari Bandingkan Photo Ini.

Gambar Tian Kian Chong yang dijumpai mati di tingkat bawah Apartmen Vista Angkasa Ampang pada 28 Julai lalu. Mangsa dipercayai telah jatuh dari tingkat 16. Saksi berkata mereka mendengar "letupan" apabila badan mangsa terhempas ke bawah manakala darahnya terpercik sehingga ke tingkat 2 apartmen tersebut.

Sekarang kita lihat pula betapa "bersih" keadaan Teoh walaupun didakwa terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM.

1. Sila lihat kedudukan badan Teoh yang begitu hampir dengan dinding dan berada di bawah batang paip. Tak logik langsung kedudukannya jika benar dia jatuh.

2. Perhatikan kaki kirinya yang hampir 90 darjah dengan badannya dan nampak kaku. Manakala kaki kanannya kelihatan patah.

3. Kesan darahnya pun sedikit jika dibandingkan dengan gambar di atas.

4. Telapak tangan kanannya berada dalam keadaan menggenggam. Sila bandingkan dengan keadaan telapak tangan Tan Kiang Chong.

Memang jelas perbezaan antara 2 photo ini. Fikirkanlah...

Jika melihat keadaan badan Teoh, memang macam diletakkan di situ. Jadi, tak mustahil Teoh memang telah dibunuh dulu.

"Justice For Mankind"

1 comment:

Naz said...

Salam..

Kita tunggu sahaja laporan dan penyelesaian kes ni di mahakamah..

membinakehidupansihat.blogspot.com

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger