Sunday, August 2, 2009

"Anjing" Suruhan UMNO Membelasah Rakyat

Memang dalam kumpulan binatang tiada manusia tetapi dalam golongan manusia memang terdapat "binatang". Inilah perangai yang ditunjukkan oleh Polis semalam apabila bertindak ganas memukul, menyembur air dan gas pemedih mata serta menangkap rakyat yang mahu berhimpun secara aman. Perhimpunan aman yang diadakan semalam tidak menyalahi Undang-Undang malah dijamin oleh Perlembagaan.

Apakah sebenarnya tugas dan peranan Polis dalam negara ini? Adakah pasukan Polis ini ditubuhkan untuk menjaga keselamatan awam ataupun menjadi "anjing suruhan" pemimpin UMNO. Tapi apa yang berlaku semalam jelas menunjukkan bahawa Ketua Polis Negara telah mengarahkan anak-anak buahnya bertindak biadap terhadap rakyat marhain yang mahu menyuarakan penentangan mereka terhadap kezaliman Akta Iblis ISA.

Begitu juga dengan PEWARIS yang menyokong ISA ni. Adakah anggota badan ini manusia ataupun binatang ? Di mana duduknya akal fikiran mereka yang waras sebagai seorang manusia sehingga sanggup membiarkan rakyat yang tidak berdosa ditahan tanpa bicara dalam "Akta Binatang" ini. Apakah PEWARIS ini juga salah satu "cawangan" UMNO. Rupanya dalam dunia Teknologi Maklumat ni masih ada golongan manusia lebih hina dari binatang yang menyokong Akta Zalim ISA ciptaan Yahudi ni.

Pihak kerajaan dan pihak Polis seharusnya sedar bahawa rakyat negara ini masih memiliki kesabaran yang tinggi walaupun mereka dipukul dan ditangkap semalam. Telah banyak perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini tetapi pihak Polis yang bertanggungjawab menimbulkan suasana huru-hara. Anggota SB dikerahkan untuk menyamar dan menyelinap masuk dalam kumpulan rakyat yang berhimpun, kemudian melakukan provokasi bagi menimbulkan susana huru-hara tersebut. Semuanya ini adalah tektik yang biasa digunakan.

ISA ditubuhkan oleh pihak British bertujuan untuk menahan pihak komunis yang mengancam keselamatan negara. Tetapi hari ini ISA digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menahan musuh politik UMNO. Apabila mereka merasakan kekuasaan semakin tergugat, maka akta "binatang" ini akan digunakan untuk menahan sesiapa saja yang mereka anggap boleh menjadi ancaman kepada pengaruh dan kuasa politik mereka. Inilah hakikat yang sebenarnya mengapa sehingga saat ini pemimpin UMNO masih pertahankannya walaupun di kalangan rakan mereka seperti MCA dan Gerakan sendiri menentang akta jakun ini.

Polis digunakan untuk menakutkan rakyat dengan pelbagai akta itu dan ini. Tugas membenteras jenayah dijadikan tugas kedua. Tugas utama sekarang ialah menjaga kepentingan dan kuasa politik pemimpin UMNO.

Perangai dan tindakan Polis yang biadap semalam jelas menunjukkan mereka hanya menuruti saja kehendak pemerintah yang jahat dan zalim. Bertindak macam binatang dengan memukul, menyembur air asid dan melepaskan molotov cocktail (bom asap). Seramai 589 orang ditangkap termasuk remaja sekolah yang berumur di bawah 18 tahun. Polis yang kononnya menjaga keamanan tetapi telah bertindak membelakangi undang-undang serta mengenepikan prinsip keadilan terhadap hak asasi manusia. Memang Malaysia sudah jadi negara jakun disebabkan kebodohan majoriti orang Melayu UMNO yang terus-menerus memilih pemimpin zalim.

Sikap Polis ini serupa saja dengan kaum 'Ad yang menuruti kehendak pemerintah mereka yang jahat dan zalim. Dengan jelas Allah nyatakan di dalam Al-Qur'an tentang perangai mereka.

Firman-Nya dalam Surah Hud (11) : ayat 59 ;

وَتِلْكَ عَادٌ ۖ جَحَدُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَعَصَوْا رُسُلَهُ وَاتَّبَعُوا أَمْرَ كُلِّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ

Dan itulah (kisah) kaum 'Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mendurhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran).

Seterusnya amaran Allah terhadap golongan manusia yang bersama dan menyokong tindakan golongan yang zalim ;

Dalam Surah Hud (11) : ayat 113 ;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

Umat Islam dalam negara ini harus sedar betapa peri pentingnya memilih pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Hal pilih pemimpin ini adalah sangat penting dalam Islam. Tidak boleh dipandang ringan hal sedemikian. Jika masyarakat Melayu yang mengaku Islam masih berdegil dan tidak mahu meninggalkan parti toghut UMNO, maka tunggulah jawapan Allah kelak. Apa yang sedang berlaku dalam negara hari ini sudah cukup membuktikan betapa zalim dan sesatnya pemimpin UMNO. Bukan setakat itu saja malah orang yang menyokong mereka turut sama berada dalam kesesatan yang tidak mereka sedari.

Dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 ;

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِى ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَـٰلَيْتَنَآ أَطَعْنَا ٱللَّهَ وَأَطَعْنَا ٱلرَّسُولَا۠ ﴿٦٦﴾ وَقَالُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ﴿٦٧﴾ رَبَّنَآ ءَاتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ ٱلْعَذَابِ وَٱلْعَنْهُمْ لَعْنًۭا كَبِيرًۭا

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!

Memang tulisan ini agak keras namun demi menyampaikan perkara yang haq, ianya adalah wajar. Sebagai Muslim kita diwajibkan untuk melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Tak boleh dibiarkan pemimpin yang jahat dan zalim terus bermaharajalela menindas rakyat. Kita wajib menegur dan menentang mereka. Jika dengan teguran dan dakwah tidak menyedarkan mereka, maka kita wajib menjatuhkan mereka melalui pilihanraya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger