Thursday, August 13, 2009

Pakatan Rakyat Enter Rehabilitation Center

Tidak dinafikan keutuhan Pakatan Rakyat adalah penting dalam suasana politik tanahair mutakhir ini apatah lagi berhadapan dengan UBN yang memang dah terkenal dengan segala permainan kotor dan licik mereka selama ini. Takde sapa dapat menyangkalnya yang UBN akan melakukan apa saja hatta melakukan tindakan yang membelakangi undang-undang demi mencapai cita-cita mereka dalam nak mengekalkan legasi kuasa yang dipegang selama lebih setengah abad.

Apa yang mengecewakan bila ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat agak "gelojoh" dalam membuat tindakan. Bermula dengan keghairahan Penasihat PKR DSAI yang asyik menjaja ke seluruh negara tentang beberapa MP BN yang akan melompat masuk Pakatan Rakyat dan membolehkan PR mengambil-alih teraju negara pada bulan September 1998. Kemudian tak jadi. Lepas tu cakap lepas Hari Raya Haji, pun tak jadi. Akhirnya senyap.

Belum habis lagi UBN mentertawakan DSAI, timbul pulak 'tsunami' di Perak apabila 3 ADUN Perak, 2 orang anak buah DSAI dan seorang anak buah Lim Kit Siang 'declared' diri mereka keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi Bebas serta menyatakan sokongan pada BN Perak. Akibat tindakan 3 ADUN ini, akhirnya kerajaan PR Perak dirampas secara biadap. Dan sekarang BN yang perintah Perak.

Selang beberapa bulan PAS pulak dilanda masalah dalaman dengan idea tak popular Unity Government. Kecohlah sikit Pakatan Rakyat. Bukan setakat tu saja malah PAS hampir-hampir berpecah kepada 2 team. Satu "Team Nik Aziz" yang menentang idea tersebut dan satu lagi "Team Hj Hadi" yang pro Unity Government. Bayangkanlah betapa marahnya TGNA sehingga terpaksa membuat kenyataan tegas terhadap Timbalan Presiden PAS agar keluar dari PAS dan masuk UMNO jika masih mahu meneruskan idea tersebut. Bukan takat tu je malah Ustaz Nasarudin diminta meletakkan jawatan sebagai MP Bachok. Sekembalinya Hj Hadi dari London (mungkin bertemu Yusof Qardawi), akhirnya isu dan idea Unity Government ditutup secara resmi. Semua lega.

Belum pun habis tarik nafas kelegaan, DAP pulak tersampuk "sawan babi". Tak pasal-pasal Pengerusi DAP Kedah/Perlis buat pengumuman DAP keluar dari kerajaan PR Kedah. Tindakan bodoh DAP hanya disebabkan rasa tak puas hati dengan Kerajaan PR Kedah yang diketuai oleh PAS kerana merobohkan pusat penyembelihan babi di Pasar Mergong, Alor Setar. Akhirnya DAP malu sendiri (walau tak mengaku) kerana masyarakat Cina di Kedah sendiri menyokong tindakan perobohan tersebut.

Dah selesai isu babi di Kedah, DAP buat hal pulak di Selangor. Kali ini pasal arak. Tindakan Exco Selangor dari DAP, YB Ronnie Liu yang mengarahkan PBT memulangkan semula arak yang telah dirampas dari para peniaga di Shah Alam yang melanggar peraturan benar-benar dilihat mencabar umat Islam. Ekoran tindakan 'biadap' ini, YB Datuk Dr Hasan Ali meminta MB Selangor agar menggugurkan Ronnie Liu dari barisan Exco serta mendesak Kerajaan PR Selangor mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam seperti di Shah Alam.

Apakah Kesan Terhadap Pakatan Rakyat?

Sepatutnya perkara sebegini tak berlaku. Jika semua parti Pakatan Rakyat tahu menghormati antara satu sama lain, pastinya perkara yang remeh-temeh ini boleh dielakkan. Malangnya masih ada segelintir pemimpin PR yang asyik dengan sentimen perkauman dan anti-Islam. Dalam hal ini DAP yang paling ketara dengan sikap perkauman dan anti-Islam.

Di sinilah bukti betapa dungunya 2 orang nakhoda DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang masih tak faham tentang hakikat "Negara Islam" sebenar sebagaimana yang hendak dibawa oleh PAS. Tapi disebabkan "kesombongan" yang bertakhta dalam jiwa kedua-dua orang tua ni, maka mereka masih meneruskan sikap kepala batu. Dalam hal ini PAS perlu memainkan peranan yang lebih progresif bagi mengelakkan "buruk sangka" DAP terhadap Islam berterusan.

Kekecohan yang melanda PR sejak kebelakangan ini telah memberikan 'kemenangan' kepada UBN. Memang itulah yang dikehendakinya dalam merealisasikan visi mereka dalam PRU13 nanti. Sudah sampai masanya PR 'bermuhasabah diri' sebelum terlambat. Rakyat sedang memerhati dan menilai kewibawaan PR samada layak untuk dipilih sebagai pemerintah dalam PRU yang akan datang ini. Tidak dinafikan segala krisis yang melanda PR mutakhir ini telah mencacatkan tidak sedikit kredibilitinya pada pandangan rakyat marhain.

PR wajib mengambil tindakan kepada semua MP dan ADUN serta para pemimpin mereka yang membawa masalah. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan sebarang kekeruhan yang ditimbulkan oleh individu yang 'kurang sihat' akalnya dari terus berlaku. Ekoran daripada tindakan mereka ini secara tidak langsung mengundang padah pada PR itu sendiri.

Akhirnya tak pasal-pasal PR terpaksa mengadakan bengkel khusus pada hari esok (Rabu) bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik ekoran kekecohan yang timbul mutakhir ini. Bengkel yang akan dihadiri oleh 90 orang pemimpin PR dari ketiga-tiga buah parti itu juga akan membincangkan secara mendalam cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam arus perdana politik tanahair.

Apa yang jelas UBN dah menang 2nd round. Ist round di Perak. Inilah akibatnya jika para pemimpin Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat mudah sangat lupa diri dan gopoh dalam tindakan. Mereka lupa jawatan MP dan ADUN yang disandang bukan hak mutlak peribadi tetapi hak milik mutlak rakyat. Bila dah ada sedikit kuasa, mulalah nak tunjuk 'taring' masing-masing tanpa memikir dan menghormati sensitiviti rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Sepatutnya pada waktu ini PR harus menumpukan sepenuh perhatian kepada visi utama mereka untuk menjatuhkan UBN dalam PRU13 kelak. Tidak dinafikan kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini sebenarnya lebih berpunca daripada sikap beberapa kerat pimpinan DAP yang sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam serta "mencabar" PAS. Sikap tidak menghormati rakan dalam Pakatan jelas ditunjukkan oleh mereka dalam beberapa isu sebelum ini. DAP terlupa bahawa selama ini PAS tidak pernah mengganggu atau mempertikaikan hak masyarakat orang Cina dalam negara. Ianya dibuktikan di Kelantan. Sepanjang PAS memerintah Kelantan, seluruh masyarakat Cina di sana mendapat layanan yang sama rata dari Kerajaan Negeri. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing.

Malangnya pemimpin DAP masih 'jumud' dan tidak nampak akan hakikat keadilan Islam yang ditunjukkan. Malah ada di kalangan masyarakat Cina dan India dalam negara ini yang mengakui bahawa PAS adalah pilihan terbaik mereka sebagai pemerintah negara ini. Kenapa mereka berkata demikian ? Sepatutnya pemimpin DAP jangan sombong dan bongkak. Jangan suka menimbulkan kemarahan umat Islam dengan tindakan-tindakan bodoh mereka.

Diharap selepas ini para pemimpin DAP lebih bersikap matang dan profesional serta tahu menghormati Islam. Jika mereka masih meneruskan sikap perkauman dan anti-Islam, tidak mustahil dalam PRU13 kelak akan hilang banyak kerusi. Perlu diingat bahawa para pengundi Cina hari ini bukan lagi 'taksub' dengan parti perkauman tetapi mereka mahukan sebuah parti yang lebih ideal, jujur dan adil kepada seluruh kaum.

Jika kekecohan dalam Pakatan Rakyat ini masih juga tak reda, sebenarnya yang rugi ialah DAP sendiri kerana banyak ketegangan dalam PR datang dari mereka ekoran tindakan beberapa kerat pemimpinnya yang gila kuasa dan kurang sihat akalnya. PKR mungkin tercalar sikit.

PAS dilihat lebih kukuh jika tidak timbul lagi masalah dalaman. Sebab dasar perjuangan PAS adalah jelas dan teguh. Dulu, kini dan selamanya Islam... Tidak mustahil PAS akan menjadi pilihan utama rakyat dalam PRU13 kelak jika segala gerakerja penerangan dan dakwah Islam berjaya dilaksanakan secara bersepadu dan efisyen. Insya-Allah.

Apa pun segala yang berlaku ini diharap dapat mematangkan lagi PR dalam menempuh perjalanan yang masih jauh.

Salam...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger