Tuesday, August 18, 2009

Allah Musnahkan Orang Yang Bersolat...

Pernah satu ketika Allah SWT memerintahkan malaikat turun ke bumi untuk menghancurkan sebuah kampung yang mana penduduknya terdiri dari golongan manusia yang jahat dan engkar kepada perintah Allah. Segala jenis bentuk kejahatan mereka lakukan tanpa merasa gerun dan takut dengan balasan siksaan yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

Lalu malaikat turunlah ke bumi dan menuju ke kampung tersebut untuk menghancurkannya. Namun malaikat terpaksa menangguhkan dulu arahan Allah apabila melihat ada 2 orang penduduk kampung itu sedang sujud kepada Allah di dalam sebuah mesjid. Lalu malaikat terus naik semula ke langit untuk mengadu kepada Allah tentang apa yang dilihatnya.

Jelas malaikat "Ya Allah, aku tidak jadi menghancurkan kampung itu kerana masih ada 2 orang lagi penduduk di situ yang mendirikan solat dan sujud pada-Mu".

Allah menjawab "Kau musnahkan terlebih dahulu 2 orang yang bersolat itu, kemudian barulah kau hancurkan kampung tersebut."

Malaikat merasa terkejut dengan penegasan Allah lalu bertanya "Ya Allah, mengapakah Kau memerintahkan aku musnahkan terlebih dahulu 2 orang yang bersolat itu ?"

Allah menjelaskan "Sebab 2 orang itu tidak pernah ambil peduli dengan segala kemungkaran yang berlaku di kampungnya. Mereka berdua tidak pernah berusaha untuk mengajak orang kampungnya berbuat baik dan mencegah kemungkaran. 2 orang yang sujud kepada Aku itu hanya mementingkan diri sendiri semata-mata."

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah ini ?

Memang jelas kepada kita bahawa Islam memerintahkan umatnya melaksanakan 2 tugas utama yaitu Amar Makruf dan Nahi Munkar. Dalam Al-Qur'an sendiri kita akan jumpa banyak ayat tentang Amar Makruf dan Nahi Munkar. Perintah Amar Makruf ini sentiasa digandingkan dengan perintah Nahi Munkar. Tak pernah terpisah.

Begitu juga bila kita membaca ayat tentang langit dan bumi. Bagaimana pula dengan kita ? Adakah kita sudah benar-benar menjalankan tanggungjawab ini ?

Hari ini kita semua tahu bermacam gejala kemungkaran berlaku dalam negara. Perlu kita sedari dasar dan undang-undang bagi sesebuah negara di dunia ini dipegang oleh pemerintah. Pemerintah yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan setiap dasar dan peraturan yang dibuat mampu menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam negara masing-masing.

Kegagalan Dasar Apartheid

Kita ambil contoh Dasar Apartheid yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-7 Afrika Selatan, Hendrik Frensch Verwoerd yang terkenal sebagai arkitek aparteid. Dia telah melaksanakannya secara berleluasa sewaktu pemerintahannya. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil bantustan atau "homelands", supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim Aparteid jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Pada 1950, Akta Pendaftaran Penduduk menghendaki semua penduduk Afrika Selatan untuk diklasifikasikan kepada tiga kumpulan: putih, hitam (orang Afrika), atau berwarna (darah campur). Kumpulan berwarna termasuklah kumpulan India dan Asia. Jabatan Dalam Negeri adalah bertanggungjawab dalam menentukan klasifikasi ini dilaksanakan. Mereka yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang teruk. Semua penduduk kulit hitam diwajibkan membawa "pass book" sejenis kad pengenalan yang mengandungi cap jari, foto dan maklumat lain untuk memasuki kawasan kulit putih. Peristiwa berdarah di Sharpeville pada Mac, 1960 adalah disebabkan penentangan warga kulit hitam terhadap undang-undang tersebut. Lebih kurang 69 pemberontak terkorban sewaktu rusuhan itu.

Dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Namun demikian sehingga ke hari ini, kesannya telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam di negara ini.

Bagaimana pula dengan Malaysia ?

Kita semua tahu dasar pemerintahan yang dilaksanakan di negara ini adalah Pemerintahan Sekular. Dasar ini memisahkan agama dengan pemerintahan. Dengan kata lain Islam tidak boleh mencampuri urusan pemerintahan negara. Kerajaan bebas melaksanakan apa jua dasar yang dikehendaki tanpa mengambil kira samada sesuatu dasar itu bercanggah ataupun tidak dengan Islam.

Dan pemerintahan sekular ini juga adalah salah satu perancangan dan kerja jahat Yahudi Zionis. Bermula dengan Kongres Yahudi pertama dalam tahun 1897 yang diadakan di Bassel, Switzerland. Dalam persidangan itu mereka memutuskan betapa perlunya menubuhkan organisasi politik bagi mencari dan mendirikan sebuah negara. Ekoran itu orang yang mengasaskan Pertubuhan Zionis Antarabangsa, Theodor Herzl telah dilantik sebagai presiden organisasi itu.

Hasrat Herzl untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi iaitu Israel adalah atas arahan bosnya dalam pertubuhan Illuminati. Persetujuan yang mereka buat untuk kawasan negara Israel ialah bumi Palestin. Pemilihan ini dibuat kerana di situlah Nabi Yaakob a.s. dilahirkan. Namun usaha mereka terhalang kerana pada waktu itu Palestin di bawah kekuasaan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah. Dan Khalifah Islam ketika itu ialah sultan Abdul Hamed II (1876 - 1909) yang tegas dan patuh kepada ajaran Islam.

Dalam tahun 1901, Herzl berangkat ke Turki untuk berjumpa dengan Khalifah serta memujuk baginda agar menyerahkan bumi Palestin kepada orang Yahudi. Namun permintaan Herzl itu dibalas dengan herdikan oleh Sultan Abdul Hamed II. Tegas baginda "Beta lebih rela ditikam dengan besi daripada melihat Palestin hilang."

Herzl begitu tak menyangka serta terkejut dengan pendirian tegas Khalifah. Perasaan dendamnya terhadap Sultan Abdul Hamed begitu kuat namun tidak dilepaskan begitu saja. Perlu mencari jalan lain. Walaupun Herzl gagal untuk mendapatkan Palestin sehingga beliau mati, namun usaha beliau disambung oleh penggantinya.

Akhirnya satu arahan diberikan oleh Dajjal kepada pengganti Herzl agar melaksanakan misi mendapatkan Palestin. Arahan tersebut adalah "merancang satu revolusi untuk menjatuhkan Kerajaan Khalifah Uthmaniah di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamed IV". Tugasan ini telah diberikan kepada Mustafa Kamal Ataturk yang juga merupakan ahli Freemason Yahudi Turki.

Misi Kamal Ataturk untuk mendapatkan Palestin berjaya apabila beliau berjaya menggulingkan Kerajaan Khalifah Islam terakhir itu dalam satu Revolusi yang dilancarkan pada 27 April 1920. Kejayaan Zionis melalui anak didiknya Kamal Ataturk ini adalah serampang dua mata. Pertamanya mendapatkan bumi Palestin. Dan keduanya menukar Turki dari sebuah negara Islam kepada negara sekular.

Sejak itu Zionis terus mempromosi Turki sebagai sebuah negara Islam contoh dan maju melalui media antarabangsanya. Propaganda jahat Zionis ini telah berjaya mempengaruhi ramai tokoh-tokoh politik dari negara Islam yang lain termasuk Malaysia. Salah seorang tokoh UMNO yang begitu mengkagumi Mustafa Kamal Ataturk adalah Mahathir sendiri. Begitu juga tokoh-tokoh UMNO yang lain. Lebih mengharukan bila tidak kurang juga golongan ulama' bangang yang menganggap Kamal Ataturk sebagai tokoh pemimpin Islam yang disegani.

Akibat daripada Dasar Pemerintahan Sekular yang digunapakai oleh pemimpin UMNO sejak merdeka lagi, maka kita sendiri boleh lihat betapa rosaknya akhlak sebahagian daripada umat Islam yang ada hari ini. Gejala murtad, maksiat, pergaulan bebas, jenayah, penagihan dadah dan pelbagai lagi kebejatan sosial dan akhlak yang berlaku semakin hari semakin kronik. Umat Islam sudah semakin jauh dengan ajaran Islam yang sebenar. Remaja Islam hari ini sudah semakin leka dan terus dibuai dengan keseronokan pelbagai jenis hiburan samada di dalam ataupun di luar rumah. Bukan setakat itu saja malah negara ini juga semakin 'sakit'. Hilang daya saing dan semakin parah dengan wabak penyelewengan yang berlaku.

Inilah akibatnya jika tinggalkan Islam. Pemimpin sekular yang ada dalam UMNO telah dibutakan mata hati mereka sehingga tidak boleh mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Turki. Di bawah pemerintahan Kamal Ataturk, Turki bukannya semakin maju malah mendapat gelaran "Negara Sakit" di kalangan masyarakat Eropah sendiri.

Percayalah, Malaysia juga akan menjadi seperti Turki jika masyarakat Melayu yang mengaku Islam masih redha dan terus memilih pemimpin UMNO berfahaman sekular yang jelas sesat dan menyesatkan orang lain. Ringkasnya, umat Islam yang mengundi/memilih calon UMNO/BN dalam PRU akan datang sama saja dengan nasib 2 orang yang sedang bersolat itu. Juga termasuk dalam golongan Yahudi dan Nasrani.

Think about that ...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger