Friday, August 7, 2009

Teoh Beng Hock Dibunuh ?

Bagaimana Pengarah SPRM Selangor boleh menjawab tidak tahu bila ditanya tentang kesan darah yang ditemui di sepanjang tangga dari tingkat 14 pintu masuk utama Pejabat SPRM hingga ke tingkat 15 pejabat itu. Paling mengejutkan apabila lebih banyak kesan darah ditemui di sebuah bilik di tingkat 15.

Penemuan kesan darah ini terdedah sewaktu lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam siang tadi. Lawatan ini dibuat ekoran Inkues Kematian Teoh Beng Hock yang sudah berjalan selama 3 hari.

Beberapa persoalan timbul di sini ;

1. Mengapa boleh ada kesan darah yang begitu banyak di sebuah pejabat Suruhanjaya seperti SPRM ini ?

2. Kenapa Koroner dan pegawai Inkues tidak dibenarkan untuk melihat semua bilik di tingkat 15 ?

3. Mengapa Polis tidak mengambil sampel dari kesan darah itu sewaktu memulakan siasatan ?

4. Bagaimana seorang Pengarah dan pegawai SPRM boleh menjawab "tak tahu" apabila ditanya tentang kesan darah yang banyak di Tingkat 15 serta memaklumkan bahawa mereka tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan.

Kesan Darah Yang Ditemui :

1. Di sepanjang tangga dari tingkat 14 hingga 15.

2. Sepanjang 2 kaki di anak tangga di tingkat 15.

3. Lebih banyak dilihat di dinding sebuah bilik di tingkat 15.

Apa Erti Semuanya Ini ?

Kita yakin memang kesan yang ditemui itu adalah darah. Mengapa mendiang Teoh dipukul sebegitu teruk. Perlu diingat SPRM ditubuhkan hanyalah semata-mata untuk menyiasat secara profesional dan adil. Bukannya memukul orang yang disiasat. Teoh bukannya penjenayah. Dia hanyalah antara beberapa orang saksi yang dipanggil untuk beri keterangan.

Sudah jelas memang Teoh dipukul dan dibelasah oleh pegawai penyiasat SPRM atau "kaki pukul" yang ikat kontrak dengan SPRM. Dengan penemuan kesan darah yang begitu banyak, tidak mustahil Teoh dibunuh. Kemungkinan dia telah ditolak dari tingkat 14 memang ada. Atau memang telah dibunuh di tingkat 14 atau 15, kemudian mayatnya diletakkan di atas bumbung tingkat 5 agar kelihatan macam bunuh diri. Manakala tingkap kaca di tingkat 14 pejabat SPRM sengaja dipecahkan agar lebih "real" fakta kes bunuh diri tersebut.

Tak tahulah apa nak jadi dengan negara ini. Belum pun reda isu pembunuhan kejam Altantuya yang jelas melibatkan VVIP serta menimbulkan rasa tidak puashati semua pihak, kali ini timbul pula seribu persoalan tentang misteri kematian Teoh di pejabat SPRM.

Berikut adalah artikel berhubung dengan Inkues kematian beliau ;

1. Inkues Teoh: Darah di ruang tangga?

2. Koroner lawat lokasi Teoh mati

3. Teoh tidak ambil dadah, alkohol

4. Pegawai SPRM terakhir lihat Teoh hidup, beredar jam 6.10 pagi

Sebagai rakyat, kita mahu Inkues kematian Teoh mesti dibuat secara adil dan profesional. Pihak SPRM mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian Teoh.

Pengarah SPRM Selangor mesti letak jawatan dengan segera kerana cuai dalam menjalankan tugasnya sehingga berlaku kematian ke atas individu yang sedang berada dalam tahanannya. Para pegawai penyiasat SPRM yang terlibat mesti ditahan oleh Polis untuk membantu siasatan. Ini adalah kes besar dan serius kerana melibatkan kematian.

Apa yang pasti pihak SPRM memang "menyembunyikan sesuatu" dari pengetahuan pihak Koroner dan para pegawai Inkues.

Walau apa pun helah yang dibuat oleh SPRM, namun kebenaran pasti muncul. Individu yang terlibat mesti dihukum.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger