Monday, August 24, 2009

PKR Akan Berkubur...

Sorang lagi ADUN dari PKR kena sawan katak Berahim Ali. Kali ni di Kedah pulak. Tindakan yang serupa dengan 2 ADUN 'sekutu iblisnya' dari Perak dulu, si Jamaludin Md.Radzi dan Osman Jailu. Walau dinafikan olehnya tentang 'tawaran bayaran' untuk keluar dari PKR namun sapa yang mahu percaya dengan cakap puak munafiq ni.

Bukan setakat dalam UMNO saja banyak puak-puak munafiq ni. Dalam PKR sendiri pun melambak... Bukan berjuang untuk rakyat tapi kepentingan diri sendiri. Berapa kerat sangat orang dalam PKR yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat. Boleh dikira dengan jari.

Contoh jelas pada diri Ezam Md.Noor sendiri. Dulu sapa tak kenal Ezam. Hebat, berani dan hati kering. Takde sapa yang boleh 'argue' kewibawaan dan keikhlasannya berjuang. Keluar masuk mahkamah, lokap malah sempat menginap di 'Hotel 5 Star ISA'. Tapi sekarang apa dah jadi dengan Ezam, Lokman Nor Adam, Roslan Kasim, Ghani dan yang lain. Semuanya telah kembali ke pangkuan UMNO di zaman Pak Lah.

Mengapa mereka sanggup 'menjilat ludah sendiri' setelah pelbagai ujian dan dugaan perit dilalui bersama Gerakan Reformasi dulu. Adakah konkrit alasan yang mereka utarakan "Kami menentang UMNO dulu kerana penyelewengan dan rasuah di zaman Mahathir. Kini Pak Lah yang menerajui UMNO dan dia telah membuktikan kesungguhan untuk membersihkan UMNO dari barah tersebut. Jadi tiada alasan untuk kami menentang UMNO lagi."

Sebenarnya mereka sengaja mencipta alasan bodoh ini kerana tak mahu dicop oleh rakyat sebagai pengkhianat. Sebenarnya mereka dah tak sanggup lagi hidup dalam keadaan susah, kurang duit dan tertekan akibat hutang. Waktu dalam UMNO dulu mereka dah biasa hidup mewah, senang cari duit dan kalau berhutang pun takkan kena 'black-list'. Bila jadi penyokong Anwar, mereka ditekan dari pelbagai sudut oleh kerajaan UMNO. Sampai satu peringkat, mereka dah tak mampu bertahan lagi bila menerima pelbagai surat itu dan ini dari pihak bank, LHDN maupun Jabatan Insolvensi. Akhirnya terpaksa menyerah kalah. Jalan paling selamat ialah kembali ke pangkuan UMNO walaupun terpaksa jadi 'pecacai angkat najis'.

Bagi rakyat yang celik mata hatinya memang sedar bahawa pemimpin UMNO = Firaun = Namrud = Abu Jahal = Abu Lahab = Yahudi = Nasrani. Mereka gunakan tektik pecah perintah. Kepada yang menentang akan diugut dengan pelbagai cara termasuk disekat punca pendapatan, dicaj income-tax berlipat kali ganda walaupun dah dibayar (sebagaimana pernah didalami oleh YB Zulkifli Nordin), yang banyak hutang akan diugut dengan bankrapsi dan pelbagai lagi sekatan dan ugutan diterima sehingga kebahagiaan dan keselamatan keluarga pun turut terancam.

Salah satu tektik yang biasa digunakan oleh Yahudi dan dipraktikkan oleh UMNO ialah mengenalpasti kelemahan individu-individu yang berpengaruh ini. Jika obses dengan pangkat, mereka akan ditawarkan dengan pangkat yang diidamkan. Jika suka kepada harta, maka akan ditawarkan dengan habuan kekayaan di depan mata. Dan yang 'kaki betina', mereka akan diumpan dengan gadis-gadis cantik yang mampu melumpuhkan iman dan menegangkan segala urat di badan.

UMNO memang mempunyai segala fasiliti ini untuk menundukkan musuh-musuhnya. Satu demi pemimpin, ADUN dan ahli PKR 'tersungkur di pintu syurga' dan kembali ke 'pintu neraka'. Pasal apa ? Semuanya kerana 'hubud dunia'. Ezam juga tewas dengan 'tawaran' UMNO.

Memang UMNO menggunakan 'money power' untuk 'mengikat kaki' para pengikutnya, juga untuk 'memikat' musuh yang lemah. Lihat saja mahligai si Khir Toyo. Dah tak jadi MB pun masih mampu bina mahligai jutaan ringgit. Si mamak tua Mahathir (bapak segala rasuah dan penipu) sendiri pun boleh cakap macamana si Khir Toyo mampu membina mahligai yang berharga lebih dari RM 3 juta.

Kadang-kadang aku nak tergelak juga bila tengok si Mamak ni dok merapu pasal penyelewengan dan rasuah ni. Dia lupa agaknya sapa yang dok ajar para pemimpin UMNO ni jadi penyangak, penyamun dan perasuah macam yang dok ada hari ni.

Tamparan Buat PKR

Apa yang berlaku ini merupakan satu tamparan lagi buat PKR. Justeru keghairahan Anwar dan PKR untuk membawa PR ke Putrajaya, akhirnya memakan diri sendiri. Inilah akibatnya jika terlalu 'over confident' dengan sokongan rakyat serta bergerak dengan akal semata-mata tanpa mempedulikan panduan Allah.

Anwar patut sedar segala apa yang berlaku ini adalah 'teguran' dari Allah.

Malangnya Anwar terlampau mengutamakan 'political mileage' dan membelakangkan Islam. Salah satu bukti apabila Anwar akur dengan desakan golongan kafirun dalam partinya yang meminta agar Zulkifli Nordin memberi surat tunjuk sebab mengapa dia terlibat dalam demonstrasi membantah Forum 'Masuk Islam' anjuran Majlis Peguam dulu.

Tegas YB Zul "Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina, saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian."

Dan banyak lagi tindakan-tindakan Anwar yang membelakangkan Islam.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa PKR juga akan mengalami nasib yang sama dengan Semangat 46. Tunggu saja waktu dan ketikanya. Bermula dari kegagalan Anwar untuk 'take over' Putrajaya pada 16 September 2008, kemudian gagal sekali lagi mengotakan janjinya itu pada tarikh lepas Hari Raya Haji pada tahun yang sama, semuanya ini menjadi punca hilangnya keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar.

Begitu juga dengan nasib SAPP di Sabah. Anwar telah 'mengecewakan' Yong Teck Lee dan para penyokong SAPP yang mahu bersama dengan Kerajaan PR ke Putrajaya. Namun semuanya hampa dan kecewa dengan janji manis Anwar. Sebenarnya Anwar hanya mampu tunaikan janjinya pada Azizah saja.

Bagaimana Nasib PAS ?

Tahniah kepada Hj Hadi dan barisan kepimpinan PAS yang sedari awal telah 'menghidu' reaksi dan keghairahan Anwar mahu ke Putrajaya. Hj Hadi sedar bahawa hasrat Anwar itu tidak akan berjaya. Sebab tulah beliau dan Cikgu Pa buat kenyataan tidak bersetuju dengan cara 'mee segera' Anwar.

Dalam mengharungi badai dan puting beliung politik tanahair, PAS perlu lebih 'smart' dalam setiap tindakan dan strategi yang bakal diambil apatah lagi berhadapan dengan rakyat yang pelbagai kaum dan agama. Jika kena caranya dan menepati 'timing'nya, tak mustahil dalam PRU13 PAS akan menjadi pilihan rakyat berbanding PKR dan DAP. Jika dilihat kepada 'drama jelek' yang melibatkan orang PKR dan DAP mutakhir ini, ianya menjurus kepada penilaian semula rakyat terhadap 2 parti itu.

Kini sudah sampai masanya PAS terus memperkukuhkan barisan kepimpinan dan memacu jenteranya bagi menghadapi PRU13. Samada bersama atau tanpa Pakatan Rakyat, PAS tetap relevan bagi memenuhi aspirasi rakyat yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa.

Dasar Islam yang dibawa oleh PAS itu sendiri sudah jelas lagi tersuluh akan membawa kesejahteraan hidup rakyat dalam negara ini. Sebab Islam itu adil kepada seluruh makhluk. Hatta yang bukan Islam sendiri pun akan terjamin hak mereka. Selamat dan aman di bawah pemerintahan Islam. Hari ini terbukti apabila masyarakat bukan Islam dalam negara ini berbondong-bondong menyertai Kelab Penyokong PAS. Malah ada yang telah memeluk Islam sebagaimana yang saya temui sendiri di PRK Bukit Gantang lalu.

Jika Anwar dan PKR tidak berhati-hati dalam tindak-tanduknya, padah akan menimpa mereka dalam PRU13 kelak.

Selamat Berpuasa...

1 comment:

Kuda Perang said...

Dato' Anwar adalah aktivis Islam yang melibatkan diri dalam politik, beliau membawa bersamanya fikrah sebagai seorang aktivis Islam. Segala rekod dan catatan yang ada membuktikan.
kebijaksanaanya dalam melaksanakan misinya sangat mengkagum kan dengan method yang berbeza sedikit dari aktivis yang lain.

Segala yang telah dilakukannya bersama dengan PR adalah strategi politik bijak yang diakui oleh Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri... kerana itulah PAS mengadakan 'tahlluf siasi' dengan PKR dan DAP...

Semoga Allah melindungi Ummat Islam Malaysia dan juga di mana jua..amin..

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger