Saturday, January 31, 2009

Yusof Qardawi : Berhati-Hati Dengan Anwar Ibrahim

Benar juga rasa 'gerak hati' aku selama ini yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena jika Anwar Ibrahim jadi PM. Hakikatnya aku memang tidak redha Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia kelak. Rasa tidak senang ini semakin meluap-luap bila Anwar kerap-kali menyebut di dalam ceramahnya "Minggu depan saya berada di George Washington University, kemudian ke Doha kerana dijemput untuk memberi ucaptama di Persidangan Ekonomi Asia, selepas tu ke London dan ......."

Timbulnya juga persoalan dalam kepala otak ni "Hebat sangatkah Anwar ni sehingga menjadi pensyarah jemputan di salah sebuah universiti terkenal di Washington ni atau ada sesuatu agenda tersembunyi pihak Amerika dengan Anwar ni."

Bulan lepas aku terjumpa satu artikel yang bertajuk "Seluruh Persatuan Gereja Di Sabah Menyokong Anwar Jadi PM." Dilampirkan sekali surat yang dihantar oleh Persatuan Gereja tersebut kepada Anwar Ibrahim ;

Klik pada surat ini untuk paparan yang lebih jelas dan baca serta nilai sendiri.

Secara peribadi aku pernah menyebut sebelum ini bahawa Anwar memang masih berfahaman sekular sama seperti pemimpin UMNO yang lain cuma bezanya kerana dia dilahirkan sebagai seorang pejuang rakyat miskin, berani, anti-rasuah dan pernah dizalimi. Ketabahannya menghadapi ujian difitnah, dibelasah dan dipenjara memang boleh diberi markah.

Keraguan aku selama ini terhadap Anwar semakin terjawab apabila seorang Ulama' Besar Prof Dr. Yusof Qardawi berpesan kepada Tuan Guru Haji Hadi agar "berhati-hati dengan Anwar Ibrahim" sewaktu Presiden PAS dan rombongannya meminta pandangan Ikhwanul Muslimin dalam pertemuan mereka di London sebelum 16 September 2008.

Dr. Yusof Qardawi menjelaskan penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan apabila RAND Corporation (US) mendedahkan tentang penglibatan Anwar secara langsung dalam buku yang bertajuk "Building Moderate Muslim Network" terbitan yayasan itu dan ditaja oleh Smith Richardson Foundation.

Dalam buku ini didedahkan strategi Amerika merosakkan Islam dengan menaja kumpulan Muslim Moderat di seluruh dunia. Salah satu ciri Muslim Moderat adalah menolak Mahkamah Syari'ah, mengembangkan pluralisma agama dan menggalakkan dialog antara agama.

Smith Richardson Foundation juga merupakan penyumbang tetap kepada satu pertubuhan Yahudi (Jewish Institute For National Security Affair). Jumlah sumbangan tetap yang disalurkan berjumlah USD 125,000 setahun bagi 2002 dan 2003.

Memang licik permainan budak Cerok Tok Kun ini. Sebenarnya dah nampak sangat dia dah 'kemaruk' nak jadi PM selepas PRU 12 lalu. Rupa-rupanya ada 'sponsor' dari luar sana.

Jangan sampai Allah beri teguran pada Anwar untuk kali yang seterusnya, sudahlah... Anwar perlu insaf dan sedar bahawa peristiwa pemecatannya dalam tahun 1998 sehingga terpenjara selama 6 tahun adalah sebagai balasan 'dosanya terhadap PAS'.

Mudah-mudahan Allah segera menyedarkan Anwar dari dipermain dan dipergunakan oleh pihak barat dan musuh-musuh Islam di sekelilingnya yang sedang memuja dan mengharapkan dia menjadi PM. Anwar perlu ingat bahawa musuh Islam sentiasa mencari ruang dan akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mencapai visi mereka termasuklah memberikan sejumlah dana yang besar bagi tujuan jahat mereka.

Dulu Anwar dipergunakan oleh Mahathir untuk menekan Islam dan PAS dalam negara. Bila dah kena pecat dan teraniaya, barulah sedar dan ingat akan pesanan dan nasihat Almarhum Ustaz Fadzil dan rakan-rakannya dalam PAS.

Jangan sampai Anwar ulangi kesilapan yang sama. Padahnya amat berat sekali.

Jazakallah.







3 comments:

perunding said...

hasbunallahu wa ni'mal wakil.
________
they plot,and Allah is the best Plotter..

Anonymous said...

Eleh, mengata orang memang senang. Takde ke orang PAS yang kemaruk nak jadi PM? Najib lebih baik ke????

Unknown said...

itu ngko yang cakap..ngko sorang je dalam PAS yang cakap macam tu..orang PAS semua sayangkan anwar al juburi ni..dah tau penjubur pun ikut juga..bangkitlah wahai PAS, pemimpin kamu memang tidak tetap pendirian, sehinggakan nama ALLAH di permainkan, pemimpin PAS masih lagi boleh kata semua orang dari semua agama boleh panggil tuhan mereka ALLAH..sebab kononnya orang arab jahiliah sebut tuhan mereka ALLAH...
Sudah!!!, cukup!!..jangan bodohkan diri sendiri..orang kafir harbi ni ingin menggunakan nama ALLAH ni atas tujuan dakwah mereka kepada Melayu Islam kita..masakan tidak, kenapa sekarang baru beriya-iya sangat??
Yang pemimpin PAS bertopengkan agama dan bacul ni lagi bahlol ( maaf ye terkasar bahasa, tak pe tuan guru kata tuhan mencarut..jadi kita pun boleh kan tuan guru?)..takut DAP dan India PKR, kawan baik mereka ni terguris hati..sanggup sokong, terutamanya FATHER KHALED a.k.a Khaled gereja Shah Alam. Sedarlah, mari lah kita sama-sama bertaubat..

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger