Friday, January 2, 2009

Aqidah Umat Islam Malaysia Diratah

Pada ketika ini saudara kita umat Islam Palestin sedang "diratah" oleh bom-bom yang digugurkan oleh pesawat tempur F-16 regim Zionis Israel Laknatullah. Semua umat Islam di seluruh dunia mengutuk serangan biadap ini. Kita di Malaysia hanya mampu menghulurkan bantuan dalam bentuk ubat-ubatan, makanan dan wang ringgit.

Kita menyedari bahawa matlamat puak regim Zionis ini adalah untuk membunuh seluruh umat Islam di Palestin serta menghancurkan Hamas dan kerajaannya. Visi dan misi golongan Yahudi ini adalah jelas untuk meluaskan lagi kawasan jajahannya sehingga ke Wilayah Gaza dalam usaha membina empayar mereka di Timur Tengah yang berpusat di Gaza. Sebab itulah serangan yang dilakukan kali ini menunjukkan bukti bahawa mereka memang mahu menghancurkan sama-sekali wilayah ini dengan harapan dapat menguasainya serta memudahkan matlamat dicapai.

Pernahkah terfikir oleh kita semua bahawa pada masa ini umat Islam di Malaysia juga sedang "diratah" pegangan aqidah mereka tanpa sedar. Sejak dari sebelum merdeka lagi, puak musuh Islam sudah membuat perancangan rapi bagi meluaskan "Empayar Sekular" mereka. Setelah berjaya meruntuhkan Empayar Islam Kerajaan Usmaniyah Turki dengan perancangan licik mereka selama lebih 400 tahun, kini kerja mereka untuk melebarkan sayap sekular semakin mudah kerana sudah ada tapak.

Selama ini kita ingat bahawa kemerdekaan yang diperolehi Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957 adalah kemerdekaan hakiki. Sebenarnya kemerdekaan yang kita perolehi dari pihak British adalah merupakan kemerdekaan lahiriah semata-mata. Kita jangan lupa bahawa pihak British yang bertanggungjawab membawa masuk migran Cina dari Tanah Besar Cina dan migran India dari negara India sebelum nerdeka. Sudah tentu yang dibawa masuk adalah di kalangan orang Cina dan India bukan Islam ke Tanah Melayu bagi tujuan licik mereka. Pihak British sebenarnya tidak mahu penduduk Tanah Melayu 100 peratus Islam kerana ianya akan menyukarkan lagi rancangan mereka untuk mensekularkan penduduk negara ini.

Apakah kesan dan hasil daripada perancangan puak penjajah Kristian Laknatullah ini terhadap negara kita dan rakyat jelata ? Perlu diketahui bahawa di belakang mereka adalah Pertubuhan Freemason Yahudi Antarabangsa.

Hari ini Malaysia berjaya menjadi sebuah negara sekular di bawah pemerintahan BN yang diketuai oleh UMNO. UMNO memang sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular. Kita jangan lupa kebanyakan para pemimpin UMNO mendapat pendidikan daripada universiti luar negara khususnya England. Pihak British yang menghantar mereka belajar di sana. Mereka diproses oleh "kilang sekular" dan apabila balik ke Malaysia mereka menjadi alat penjajah untuk merosakkan aqidah umat Islam dengan satu fahaman songsang yang disebut sekularisma. Sedikit demi sedikit pemikiran orang Melayu Islam diubah sehingga akhirnya orang Melayu sendiri mempertahankan fahaman yang menyesatkan ini.

Sejarah membuktikan bahawa para pemimpin UMNO inilah yang bertanggungjawab dalam penghapusan tulisan jawi. Kesannya ialah generasi hari ini kebanyakannya tidak tahu membaca jawi dan penghujungnya lahirlah generasi buta Al-Qur'an. Bukti kedua tentang kebangsatan pemimpin UMNO ialah menukarkan hari cuti umum dari Juma'at kepada Ahad seperti yang berlaku di Johor. Alasan yang diberikan oleh Muhyiddin ialah mahu menyelaraskan hari berkerja dengan Kuala Lumpur. Si mamak puaka, Mahathir pula menyatakan bahawa para pelabur hanya berurusniaga pada hari Isnin sehingga Sabtu. Jika Johor cuti pada hari Jumaat, maka ianya satu kerugian terhadap pembangunan ekonomi negeri itu. Bukan setakat itu saja, malah jiwa orang Melayu Islam sendiri telah disekularkan tanpa sedar. Sehingga ke hari ini orang Melayu sendiri tidak mahu menghantar anak mereka bersekolah Arab kerana mereka berkeyakinan bahawa anak mereka tiada masa depan jika belajar agama.

Lihat saja apa yang berlaku kepada umat Islam dalam negara kita pada waktu ini. Sudah ramai yang tidak mendirikan solat malah ada yang langsung tidak tahu bersolat. Perzinaan yang berlaku di kalangan remaja Melayu sudah tidak dapat dibendung lagi. Dari peringkat sekolah sehinggalah ke pusat pengajian tinggi. Pelbagai lagi gejala kebejatan sosial dan akhlak yang berlaku di kalangan umat Islam dalam negara ini yang sudah sampai ke tahap parah.

Bilangan orang Melayu yang telah MURTAD sudah mencecah angka 250,000 orang (suku juta). Jumlah ini adalah yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sepertimana yang pernah didedahkan oleh Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria. Murtad ini adalah merupakan FITNAH BESAR sepertimana yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam hadisnya yang bermaksud ;

"Di akhir zaman nanti akan berlaku satu fitnah besar. Datangnya fitnah ini ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita."

Apa yang disebut oleh Rasulullah telah pun berlaku dalam Malaysia. Mengapa fitnah murtad ini boleh berlaku dalam negara kita ? Di manakah sialapnya ?

Renungkanlah sendiri. Jangan sampai terkena pada hidung sendiri, baru nak menyesal. Kita jadikan iktibar apa yang berlaku kepada keluarga Haji Bukhari apabila anak mereka Noraisyah memilih untuk murtad dan masuk Kristian.

Salam ukhwah dari Negeri Di Bawah Bayu

Jazakallah.







No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger