Wednesday, January 14, 2009

PRK P36 : Pendirian Pengundi Berhubung Pelbagai Isu

Satu kajiselidik telah dijalankan pada 7 hingga 11 Januari lalu oleh Merdeka Centre Opinion Research bagi mendapatkan maklumat berhubung dengan sikap dan kecenderungan para pengundi di Parlimen K.Terengganu. Kajiselidik ini dijalankan melalui perbualan telefon yang melibatkan 408 Melayu dan 109 Cina yang berdaftar sebagai pemilih P036.

Maklumat yang diperolehi mendapati 77% pengundi menyatakan kualiti calon ada sangat penting bagi mereka. 55% lagi menyentuh tentang isu semasa dan 67% mengambil kira kemampuan dan kredebiliti sesebuah parti.

Bagi responden pengundi Cina, isu layanan adil terhadap kaum bukan bumiputera mendapat perhatian yang tertinggi dengan 75% amat bersetuju untuk mengundi Pakatan Rakyat sebagai memberi 'isyarat jelas' kepada BN. Dalam soalan lain pula, 56% responden Cina dan 46% responden Melayu bersetuju bahawa dengan mengundi pembangkang, ianya dapat mendesak BN supaya berubah baik.

Satu perkara yang agak menarik di sini apabila kajiselidik yang dibuat berhubung isu ancaman terhadap kuasa politik orang Melayu langsung tidak mendapat perhatian di kawasan majoriti Melayu. Apabila diajukan soalan "Apakah yang patut dilakukan oleh kerajaan Terengganu ?" 21% memilih agar ditangani segera kenaikan harga barang. 26% mahukan Islam dimertabatkan dan 16% pula memilih pembangunan.

18 % responden Cina menyatakan isu Hudud memainkan peranan 'amat penting' dalam negara manakala 32 % lagi merasakan ianya penting dalam PRK ini.

Rumusan yang dapat dibuat daripada kajiselidik ini menunjukkan kecenderungan pengundi Cina adalah kepada Pakatan Rakyat. Manakala pengundi Melayu sukar diramal arah kecenderungan mereka, cumanya mereka merasakan bahawa 'halatuju' negara dan Negeri Terengganu adalah betul.

Dari maklumat soalselidik ini, saya secara peribadi merumuskan bahawa isu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat memang memberi kesan terhadap sikap para pengundi. Bagi pengundi Melayu khususnya dari kategori 'atas pagar', mereka lebih suka mengambil sikap menyembunyikan kecenderungan sebenar. Kebiasaannya golongan ini adalah dari kategori kakitangan awam dan individu yang ada kepentingan tertentu.

Bagi pengundi Cina, mereka lebih berani dan berterus-terang di dalam menyentuh pelbagai isu. Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat Cina tidak pernah bergantung kepada mana-mana parti. Mereka lebih akur kepada persatuan seperti Dong Ziau Jong. Perniagaan adalah kerjaya utama mereka. Dalam waktu yang sama mereka bersatu dalam mempertahankan bahasa dan pendidikan sekolah Cina.

Bukan macam UMNO dan orang-orang yang sewaktu dengannya. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa ibunda dan kebangsaan pun nak dihapuskan dalam sistem pendidikan negara. Hak keistimewaan orang Melayu dibuang. Tanah hakmilik Melayu pun boleh dirampas dan dijual. Cuba bayangkan jenis apakah manusia yang memimpin UMNO ni. Di Johor umpamanya, tanah hakmilik orang Melayu hanya tinggal 11% saja lagi. Itu pun termasuk tanah rancangan Felda dan Felcra. Seperkara lagi yang paling menghairankan apabila orang Melayu boleh terus-menerus memberi sokongan kepada UMNO/BN sedangkan mereka sendiri sedar hak-hak mereka satu-persatu sudah dirampas. Punyalah bangang dan buta hati tak terkira.

Semuga PAS dan Pakatan Rakyat akan berjaya memenangi kerusi P036. Insya-Allah.

Sekian

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger