Friday, January 16, 2009

PRK P036 : 15,000 Pengundi Hantu & 12,000 Anggota Polis



Sebelum ini pihak Polis mengesahkan seramai 6,000 anggota dikerahkan bertugas dalam PRK Kuala Terengganu. Kemudian Harakahdaily pula melaporkan Wan Farid kerahkan 10,000 anggota Polis untuk PRK ini. Yang terkini, ada pula yang mendakwa jumlah dianggarkan mencecah 12,000 anggota. Diberitakan bahawa rakyat Kuala Terengganu merasa tidak selesa dengan suasana sebegini ramai anggota Polis 'berkampung' di sana.

Persoalannya, apa perlunya Kerajaan UMNO/BN kerahkan sebegitu ramai angggota Polis ini ? Orang di Kuala Terenggganu bukannya nak turun berperang, cuma nak keluar mengundi. Apakah muslihat di sebalik jumlah yang sebegitu besar bilangan anggota keselamatan yang diarah bertugas 24 jam hanya untuk sebuah pilihanraya kecil.

Bagi rakyat Malaysia yang celik hatinya, sudah tentu dapat merasakan bahawa ini semua adalah satu strategi jahat dan keji pihak UMNO/BN bagi memastikan segala perancangan mereka berjalan lancar untuk membawa masuk 'pengundi hantu' ke setiap pusat pembuangan undi. Secara matematiknya, mungkin hanya 6,000 anggota Polis yang bertugas secara rasmi bagi mengawal keselamatan sepanjang tempoh kempen sehingga hari pembuangan undi. Manakala baki 6,000 lagi khusus untuk melaksanakan 'tugas-tugas khas' mengiringi pengundi hantu menuju ke setiap pusat pembuangan undi dengan selamat.

Pagi tadi saya menghubungi seorang sahabat yang bertugas di sana. Beliau memberitahu saya pihak PAS dan Pakatan Rakyat telah berjaya mengesan jumlah 'Phantom Voter' yang dianggarkan seramai 15,000 orang telah berada di Kuala Terengganu. Mungkin pengundi hantu ini dibawa masuk sewaktu hari penamaan calon tempohari.

Dengan menggunakan segala jentera dan agensi kerajaan, UMNO/BN merasakan bahawa mereka begitu berkuasa sekali dalam negara ini dan bebas melakukan apa saja. Telah sekian lama anggota Polis disalahgunakan bagi tujuan politik jahat mereka. Jika benarlah sebahagian besar pengundi hantu berjaya membuang undi mereka, kita berdoa' semuga Allah SWT menurunkan pertolonganNya di saat-saat akhir agar berubah hati pengundi hantu itu dan memangkah calon PAS.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa agak sukar bagi pihak jentera PAS dan Pakatan Rakyat untuk menahan dan menangkap semua pengundi hantu ini. Lebih-lebih lagi jika benar pada kali ini anggota Polis diarahkan supaya mengiringi para pengundi hantu supaya selamat sampai ke pusat pembuangan undi.

Walau apa pun perancangan keji UMNO/BN namun kita yakin bahawa perancangan Allah yang pasti berlaku. Semuga seluruh petugas PAS dan Pakatan Rakyat diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah dalam menghadapi saat-saat genting ini.

Takbir !

Ya Allah, aku mohon kepada Mu... Engkau gagalkanlah segala perancangan keji UMNO/BN dalam pilihanraya kecil ini. Jangan Engkau biarkan UMNO/BN terus berkuasa dalam negara ini. Sudah terlampau banyak kejahatan dan kerosakan yang dilakukan oleh mereka. Semakin ramai umat Islam dalam negara ini yang rosak dan murtad.

Ya Allah, jika Engkau biarkan mereka terus berkuasa, aku bimbang semakin ramai umat Islam dalam negara ini rosak aqidahnya dan tidak mahu lagi sujud kepada Engkau. Aku benar-benar bermohon agar Engkau hancurkanlah UMNO ini bersama dengan pemimpinnya sekali.

Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada calon PAS, Hj Abd.Wahid Endut. Engkau kurniakanlah pahala dan keampunan kepada seluruh petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang telah bekerja keras bagi mencapai kemenangan ini.

Jazakallah.









No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger