Sunday, January 18, 2009

Hamas Bersama Pakatannya Mengisytiharkan Gencatan Senjata

18 Januari 2009 - Hamas bersama dengan pakatan beberapa kumpulan pejuang Palestin mengisytiharkan gencatan senjata selama seminggu bagi memberi peluang Israel mengundurkan tenteranya dari willayah Gaza.

Langkah ini diambil berikutan mesyuarat antara kedua pihak yang diadakan pada hari Ahad di Damascus, sehari selepas Israel bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata serta menamatkan serangan selama 22 hari di Gaza yang mengakibatkan 1,203 orang rakyat Palestin terkorban.

"Hamas dan kumpulan pejuang mengumumkan gencatan senjata di Gaza yang berkuatkuasa serta-merta dan memberi peluang Israel berundur dalam minggu ini." jelas Ayman Taha, jurucakap utama Hamas di Cairo, Mesir.

Hamas juga meminta pihak Israel membuka semula semua sempadan di Wilayah Gaza bagi membolehkan bekalan makanan dan keperluan lain tiba yang merupakan "keperluan asas untuk rakyat kami."

Pihak Israel berkata mereka tidak akan mematuhi jadual yang diberikan bagi pengunduran seluruh tenteranya dari Gaza selagi Hamas dan kumpulan pejuang lain tidak menghentikan serangan.

Hentikan Serangan Roket

Kumpulan pejuang Palestin meneruskan serangan roket ke arah Selatan Israel semenjak bermulanya serangan, membunuh 3 orang Israel, tidak termasuk jumlah 13 orang Israel yang mati sejak bermulanya perang.

Mereka juga menyerang tentera darat Israel yang masuk ke Gaza pada minggu kedua serangan.

Hentinya serangan roket dari Willayah Gaza ke arah Israel adalah sebagai serangan balas Israel yang telah dirancang.

Pihak Israel mengisytiharkan perjanjian gencatan senjata pada hari Sabtu, diikuti kenyataan Perdana Menteri Ehud Olmert bahawa pihaknya telah berjaya mencapai objektif.

"Kami telah mencapai kejayaan besar dalam peperangan ini, malah lebih dari itu." katanya. "Tetapi jika pihak musuh mahu menyerang semula, maka pihak tentera Israel tidak akan teragak-agak untuk menyerang balas."

Olmert juga berkata bahawa peperangan ini bertujuan melindungi Israel dan tindakan Hamas akan menentukan bila pengunduran tenteranya.

"Operasi ini berjaya mengukuhkan lagi kedudukan pertahanan Israel bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman di masa akan datang."

"Jika Hamas menghentikan seluruh serangannya, kami akan memikirkan masa yang sesuai untuk berundur dari Wilayah Gaza."

'Kemenangan Simbolik'

Walau bagaimana pun, Ayman Mohyeldin, wartawan Al Jazeera di bandar Gaza, berkata sebahagian penduduk Gaza mengakui kemenangan untuk Hamas dan satu lagi kumpulan rakyat Palestin dengan satu acara yang simbolik.

"Acara simbolik ini berlangsung pada hari terakhir peperangan, malahan selepas tamat peperangan. Sekumpulan rakyat Palestin tanpa ragu-ragu masih boleh menembak pelancar roket mereka."

"Sebenarnya, lebih daripada sedozen atau seumpamanya telah ditembak hari ini menurut kumpulan itu ke tanah."

"Berlangsung acara simbolik itu, pada hari tamatnya perang, baki rakyat Palestin yang hidup akan terus tinggal di sini, meskipun terpaksa membayar dengan harga yang paling mahal."

"Keadaan mereka cukup tabah untuk meneruskan hidup. Kenyataannya mereka memang boleh menghadapinya dan yang paling penting... mereka akui mampu mematahkan serangan Israel, dengan kepimpinan dan arahan serta struktur perancangan Hamas dan kerajaan di sini, ianya isyarat jelas kepada rakyat di sini bahawa mereka telah menang."

Sekurang-kurangnya 13 roket telah dilancarkan dari Wilayah Gaza menuju Israel pada pagi Ahad selepas Israel mengisytiharkan gencatan senjata, sebagai balasan serangan Israel terhadap Gaza, menurut sumber Israel.

sumber : http://english.aljazeera.net/news/middleeast/

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger