Thursday, January 1, 2009

10,000 Sukarelawan Iran Bersedia Untuk Syahid


28 Disember lalu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang terkorban kerana membela rakyat Palestin di Gaza yang menentang serangan Israel dikira mati syahid.

Ekoran dari fatwa ini, keesokan harinya (29 Dis) 5 kumpulan pelajar berani mati dan golongan konservatif Iran telah melancarkan pendaftaran terbuka untuk mencari para sukarelawan 'berani mati'' dari seluruh Iran. Sehingga 31 Disember, lebih 10,000 orang sukarelawan Iran telah mendaftarkan diri mereka sebagai pengebom berani mati. Mereka telah bersiap-sedia ke Gaza untuk bersama rakyat Palestin menentang regim Zionis laknatullah.

Salah seorang sukarelawan yang ditemui, Ali Reza Takrim berkata : "Bagaimana boleh saya berdiam diri saja sedangkan dalam waktu ini rakyat Palestin yang pasrah sedang diratah oleh puak regim Israel".

Kumpulan sukarelawan ini memakai pakaian serba putih sebagai simbol kesediaan untuk mati dan kain pengikat kepala tertulis slogan "Pertahankan Gaza" dan "Bersedia Untuk Syahid". Kini mereka hanya menunggu kebenaran daripada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Sehingga ke saat ini, Presiden Iran belum lagi memberi kata putus lagi walaupun pihak Kumpulan Pelajar Berani Mati telah memohon pelepasan untuk berangkat ke Gaza.

Wahai umat Islam di Malaysia, bangunlah dari tidur lena. Apa peranan kita bagi membantu saudara kita di Palestin ? Senangkah hati kita dengan kelapangan hidup ini sedangkan saudara-mara kita di Palestin sedang berhadapan dengan serangan bom yang bertali arus tanpa henti. Jika saudara kita di Iran sanggup mengorbankan nyawa demi membela saudara mereka di Palestin, kita di Malaysia juga wajib berkorban juga. Pengorbanan yang mampu kita buat ialah dengan mengeluarkan wang ringgit kita.

Jangan buang masa lagi, bersegeralah kita berjihad dengan hartabenda (wang ringgit). Salurkan derma kita kepada Tabung Palestin yang ditubuhkan oleh PAS melalui akaun Maybank : 564070703248 atas nama Parti Islam SeMalaysia

Di samping menghulurkan derma, kita juga wajib berdoa' semuga Allah mengurniakan pertolonganNya kepada seluruh umat Islam Palestin dan para pejuang Hamas.

Jazakallah.

1 comment:

Anonymous said...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Tiada lafaz lain,yang mampu aku ucapkan.Selamat berjuang dan selamat berangkat buat pejuang-pejuang Iran.Aku ingin sekali turut serta bersama kalian.Ya Allah,betapa aku tidak dapat menjawab pertanyaan dari Allah di hari muka kelak;apakah yang telah aku lakukan untuk Palestina! Allahuakbar!!

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger