Wednesday, January 7, 2009

PRK P36 : Pillihan Rakyat Vs Pilihan PM

Pertembungan antara calon PAS dan BN pada kali ini bolehlah dianggap sebagai pertembungan antara calon pilihan rakyat (PAS) dengan calon pilihan PM (BN). Saya mengatakan sedemikian kerana PAS telah membuat satu kejutan besar apabila mengumumkan Abdul Wahid Endut sebagai calon pada kali ini. Saya yakin ramai di kalangan pemerhati politik dan juga ahli PAS sendiri langsung tidak menyangka bahawa Wahid Endut yang dipilih sedangkan dalam waktu yang sama Dr. Syed Azman yang disebut-sebut sebagai calon popular. Apa pun, saya ucapkan syabas kepada barisan pimpinan PAS Pusat dan Ahli Majlis Syura' kerana berjaya mencapai kata putus dalam menentukan siapakah calon yang terbaik.

Tarikh 17 Januari hanya tinggal 11 hari lagi. Pada tarikh ini pengundi Kuala Terengganu sekali lagi akan keluar mengundi untuk memilih calon pilihan mereka. Dijangkakan akan berlaku pertandingan TIGA PENJURU antara PAS, BN dan BEBAS. Jika mengikut keputusan PRU12 lalu, pertandingan kali ini dijangka sengit dan peluang bagi kedua-dua calon PAS dan BN adalah 50 - 50. PRK Kuala Terengganu ini boleh dijadikan indikator kedua selepas Permatang Pauh. Keputusan pada malam 17 Jan nanti akan memberikan gambaran jelas bagaimana sikap para pengundi Kuala Terengganu khususnya orang Melayu.

Abdul Wahid Endut juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam, iaitu salah satu DUN di dalam Parlimen Kuala Terengganu. Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai ADUN selama 5 pengggal sejak 1990. Di atas faktor kecemerlangan inilah PAS meletakkan harapan kepada beliau untuk bertanding. Masyarakat Kuala Terengganu memang mengenali beliau. Ringkasnya, PAS telah meletakkan calon pilihan rakyat Kuala Terengganu pada kali ini.

Bagi calon BN pula, Datuk Wan Farid merupakan calon pilihan Pak Lah. Dia adalah kroni dan proxi Pak Lah. Kita semua dah tahu bahawa dalam memilih calon, UMNO hanya ikut telunjuk bos mereka. Priority yang mereka gunakan ialah kroni atau proksi. Kriteria untuk dipilih sebagai calon UMNO / BN dalam pilihanraya ialah mesti dari kategori "Yes Men". Pak Lah mahu pun Najib sememangnya memilih orang yang sentiasa tunduk dan patuh kepada mereka. Mereka tidak pernah risau apakah calon yang dipilih itu diterima oleh rakyat ataupun tidak. Yang penting BN mesti menang dalam apa cara sekalipun.

Sebagaimana yang disebut oleh Mahathir bahawa pemilihan Wan Farid sebagai calon sebagai yang sangat buruk. Semua orang melihat bahawa beliau adalah proksi. Mantan PM juga mendakwa inilah orang yang akan dipergunakan nanti jika Najib menjadi PM. Najib akan mempergunakan orang seperti ini sebagai proksinya bagi membolot segala kekayaan negara.

Satu persoalan timbul apabila dilaporkan bahawa Wan Farid mengerahkan lebih 10,000 orang anggota Polis di Kuala Terengganu walaupun jumlah rasmi yang disahkan hanya 6,000 anggota sahaja. Memang kita dah jangkakan bahawa 'operasi pengundi hantu' tetap mereka teruskan dengan bantuan Polis. Fakta ini menunjukkan bahawa BN merasakan bahawa peluang untuk menang adalah tipis. Inilah saja jalan yang mereka ada untuk mengekalkan kemenangan di KT ini.

Sebenarnya BN sudah 'desperate' dan kehabisan modal. Selain daripada isu pembangunan yang sudah lapok, mereka cuba mempengaruhi minda pengundi Cina dengan isu Hudud PAS. Secara peribadi, saya yakin semua isu yang cuba dimainkan oleh BN tidak akan mempengaruhi minda pengundi KT. Hatta pengundi Cina sendiri pun tidak akan terpengaruh dengan isu Hudud ini sebab mereka telah faham dengan Hukum Hudud ini setelah TG Haji Hadi memberikan penjelasan sewaktu PAS memerintah Terengganu.

Saya menyeru kepada para pengundi Kuala Terengganu khususnya orang Islam agar UNDILAH PAS. Jangan salah pilih. Ingatlah bahawa tangan yang memangkah akan menjadi saksi di Akhirat kelak.

Semuga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada pengundi Kuala Terengganu dan mengurniakan kemenangan kepada PAS. TAKBIR !

Wassalam.

1 comment:

Kimizo said...

pas boleh menang, Insya Allah

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger