Wednesday, March 10, 2010

TQ Polis kerana naikkan nama Mazlan dan ANAK !

Kalau orang pembangkang, cepat saja anak buah Musa Hasan ni bertindak ekoran satu laporan Polis yang menyebut Presiden ANAK, Mazlan Aliman menceroboh FELDA. Sejak bila pulak si Mazlan ni menceroboh Felda. Kalau diselami maksud ceroboh Felda ni, ianya melibatkan satu ketumbukan pasukan besar. Hebat juga si Mazlan dan 'bala tenteranya' menawan Felda di Pahang yang begitu luas. Patutlah Polis Diraja UMNO cepat bertindak kerana bimbang Panglima Mazlan dan hulubalangnya menawan Felda.

Rupa-rupanya 'dosa' Mazlan hanyalah mengadakan sesi dialog dengan peneroka semalam. Dan ini disebut sebagai penceroboh dalam laporan Polis yang dibuat oleh 'pecacai angkat najis' UMNO di Felda terbabit.

Aku tak faham jenis apakah manusia yang boleh tergamak buat laporan Polis terhadap seorang insan yang ikhlas mahu membela nasib peneroka. Apa yang Mazlan perjuangkan adalah hak-hak mereka yang semakin hari dirampas oleh golongan rakus dan pelahap di Kuala Lumpur sana.

Takkanlah sekerat dua kumpulan manusia pecacai ni tak boleh fikir secara rasional. Ini bukan persoalan PAS atau UMNO tapi ini masalah yang sedang dihadapi oleh golongan peneroka Felda di seluruh negara. Janganlah dek kerana fahaman sempit dan kuno UMNO itu hingga hilang pertimbangan waras dan tak boleh nak beza antara yang haq dan bathil.

Sebenarnya penahanan Mazlan ini bermotifkan politik ekoran laporan yang dibuat berserta bukti kepada SUHAKAM tentang penipuan Felda (salah satu cawangan UMNO).

Biasalah, di mana saja kawasan Felda memang ada orang UMNO yang kow-kow. Pendek kata kalau ditoreh lengannya, darah yang mengalir keluar akan membentuk lambang UMNO. Dan orang-orang inilah yang jadi 'pecacai angkat najis' kepada UMNO bagi menghalang sebarang usaha mana-mana pemimpin pembangkang yang ikhlas hati untuk memperjuangkan nasib dan hak anak-anak peneroka yang semakin hari dirampas dan ditipu secara halus.

UMNO juga takut segala penipuan dan penyelewengan mereka dalam Felda akan terus dibongkar oleh Mazlan dan ANAK. Dan yang paling menakutkan pimpinan UMNO bila mana dilihat majoriti warga Felda sudah semakin rapat dengan Pakatan Rakyat.

Bukan Mazlan saja, hatta kalau kita sendiri yang jadi anak peneroka, tentulah marah bila mana hak milik tanah keluarga di Felda akan hilang selepas ketiadaan orang tua kita. Tak kiralah apa jua fahaman politik, kita mesti mempertahankan hak milik bila mana ianya tergugat. Jangan diikut perangai samseng sekerat dua orang UMNO yang ada di Felda tu. Mereka ni jadi bebal kerana dapat sedikit 'habuan' berupa projek-projek kecil dan bolehlah dikira hidup senang sikit berbanding orang lain. Tapi mereka tak sedar perbuatan bodoh mereka itu menyebabkan anak-cucu berada di ambang kesusahan selepas ini.

Inilah negara jakun Malaysia di bawah UMNO. Segala rasuah dan penyelewengan mereka dilindungi oleh pihak berkuasa. Di mana saja usaha pihak pembangkang yang dilihat boleh menggugat pengaruh dan kuasa UMNO, maka di situlah juga Polis akan bertindak pantas sebagaimana yang dilakukan terhadap Mazlan.

Macam kes rasuah si Khir Toyo laknatullah. Yang ditahan dan disoal-siasat bukannya si bekas MB ni tapi si Lutfi Othman yang buat laporan kepada BPR pulak yang kena siasat.

Sspatutnya yang dilapor itu mesti disiasat. Manakala pelapor pula akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan. Tapi ini tak berlaku dalam negara sebab undang-undang rimba yang diguna-pakai.

Waima apa pun, penahanan Mazlan ni sebenarnya menaikkan lagi nama dan imej Mazlan dan ANAK yang dipimpinnya. Insya'Allah, jika takde aral melintang, rakyat akan menghantar Mazlan ke Parlimen dalam PRU13 nanti.

Berikut adalah berita tentang penahanan Mazlan.

"Selamatkan Hak Anak Peneroka"

Tuesday, March 9, 2010

Benarkah perangai Zul begini ?

Memang ramai di kalangan masyarakat yang kagum dengan keberanian anak pesara Polis ni. Sejak isu kes murtad Nur Aishah Hj Bukhari, namanya mula dikenali di seluruh antero Tanah Melayu. Dia juga kerap dijemput berceramah di seluruh negara atas isu murtad yang sedang berleluasa. Sapa pun yang mendengar ceramahnya, pasti merasa kagum dengan keberanian dan kelantangannya menentang gejala murtad. Dan sewajibnya kita sebagai umat Islam mesti bersama dalam memerangi wabak virus murtad ini. Aku sendiri turut menghormati sikap dan keberaniannya dan begitulah juga apa yang dirasakan oleh Zulkifli Sulong (wartawan Harakah)

Marilah kita buat penilaian sendiri siapa sebenarnya Zulkifli Noordin.

Berikut adalah luahan peribadi Zulkifli Sulong terhadap insan yang pernah dikenali dan dikaguminya sejak 1998. Tetapi tidak lagi hari ini...

Nak Bersangka Baik Dengan Zul Nordin... Tapi tak Boleh rasanya...!!

Zul Nordin yang saya kenal.........

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi.

Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR.

Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

Monday, March 8, 2010

PKR akan berkubur ?

In person, sejak awal lagi aku dah jangka PKR akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Inilah akibatnya jika dasar partinya membelakangkan Islam. Dan aku sendiri memang tak berapa berkenan dengan PKR ni dalam banyak aspek. Dan perlu diingat barisan kepimpinan PKR ini terdiri dari pelbagai fahaman. Ada berfahaman sekular, sosialis, pragmatis, nasionalis, liberal, orientalis dan entah apa jadah lagi fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Aku ni bukanlah pandai sangat 'membaca' politik. Juga tak sehebat MSO dan para pimpinan politik tanahair. Juga tak secekap para penganalisa dan pakar-pakar strategi politik yang ada. Namun setiap blogger Pro PR berhak menyuarakan pandangan masing-masing. Bak kata orang, lain orang lain pulak persepsinya namun matlamat mereka satu yaitu mahu mengajak seluruh warga Malaysia melakukan perubahan dalam PRu13 nanti.

OKlah... kang kalau terlampau berjela aku punya induksi, boring pulak orang nak baca.

Jom kita flashback balik ribut yang melanda PKR sehingga ke hari ini. Setakat ini sudah 3 ADUN dan 3MP mereka belot. Yang paling menyakitkan sehingga Perak hilang dari genggaman Pakatan Rakyat ekoran tindakan 2 ADUN-nya.

Dan 2 hari lepas, kita dikejutkan dengan keputusan PKR memecat Zul Noordin dari parti ekoran tindakannya membuat laporan Polis terhadap MP PAS Shah Alam, Khalid Samad. Laporan Polis itu dibuat ekoran tindakan Khalid Samad yang meminta pindaan dibuat terhadap Enakmen Undang-Undang Islam Selangor berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Secara peribadi, aku sendiri pun tak setuju dengan tindakan Zul buat laporan Polis tu. Tindakan ini memang tak wajar sama-sekali sebab dilihat kurang bijak dan lebih didorong kepada emosi. Sepatutnya sebagai seorang peguam dan Ahli Parlimen, Zul patut menunjukkan kematangan dan mengambil pendekatan yang lebih hikmah walaupun mungkin biat dia ikhlas mahu pertahankan Islam.

Segala masalah ini bermula apabila Mahkamah Tinggi KL membenarkan Herald, akhbar mingguan Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Dan kita sendiri boleh lihat pelbagai versi kenyataan dibuat oleh pemimpin politik, NGO, Ulama' dan individu berkaitan isu kalimah Allah ini.

Persoalannya sekarang, apa perlunya PKR bertindak 'bodoh' memecat Zul Noordin dari parti dalam keadaan parti sendiri sedang bermasalah ekoran beberapa wakil rakyatnya bertindak keluar dan menjadi bebas. Lepas itu mengarahkan peguam ni agar segera mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru yang dimenanginya

pada 8 Mac 2008. Dan PKR tidak berhak meminta Zul meletakkan jawatan sebagai MP kerana bukan dia yang keluar parti tapi dipecat. Biarlah Zul jadi MP Bebas dan para pengundinya tentu boleh memahami.

In person, sejak awal lagi aku dah jangka PKR akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Inilah akibatnya jika dasar partinya membelakangkan Islam. Dan aku sendiri memang tak berapa berkenan dengan PKR ni dalam banyak aspek. Sebagaimana yang pernah aku sebelum ini yang barisan kepimpinan PKR ini terdiri dari pelbagai fahaman. Ada berfahaman sekular, sosialis, pragmatis, nasionalis, liberal, orientalis dan entah apa jada lagi fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Bagi yang kuat Islamnya pasti akan 'bertempur' dengan golongan berfahaman toghut itu.

Aku tidak hairan jika pimpinan PKR yang bukan Islam berfahaman sedemikian. Malangnya apa yang berlaku bila sebahagian pimpinan utama PKR dilihat 'tunduk' pada kehendak mereka. Inilah masalahnya.

Dan Anwar sendiri sebenarnya tidak banyak berubah dari segi perwatakannya. Janganlah hairan bila Anwar dijemput untuk memberi ucap utama dalam persidangan Islam di sana-sini. Perlu kita sedar persidangan Islam yang dihadiri oleh Anwar itu dianjurkan oleh puak-puak pimpinan Arab yang 'tunduk' pada Amerika. Dan puak-puak Arab yang kaya-raya ini jugalah yang 'suka' melihat rakyat Palestin terus dibunuh dan didera oleh rejim Zionis.

Aku teringat Mat Sabu pernah sebut "Kalau tengok perangai puak-puak Arab ni, 100 tahun lagi pun mereka tak akan dapat kalahkan Israel. Yang boleh mengalahkan rejim Zionis ini hanyalah golongan yang beriman dan bertaqwa saja."

Siapa di sebalik pemecatan Zul ?

Bila PKR membariskan 3 panel bukan Islam dan hanya seorang saja Islam untuk membicarakan Zul, maka tidak sukar untuk kita menelah siapa yang menguasai PKR hari ini.

Perlu diingat, Zul dipanggil untuk membela diri ekoran tindakannya membuat laporan Polis terhadap Khalid Samad apabila MP Shah Alam itu mendesak agar dibuat pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Islam Selangor agar penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan.

Jelas di sini ianya memang berkaitan dengan isu kalimah Allah. Bila Zul dapati 3 panel MPP bukan Islam dilantik oleh PKR untuk mengadilinya, sudah tentulah ianya tidak wajar. Sebab itulah beliau terus keluar meninggalkan prosiding tersebut.

Dan tindakan PKR ini jelas menghina Islam. Ada kebenarannya juga apa yang disebut oleh Zul pasal 'Firaun-firaun kecil' yang wujud dalam PKR memang mahukan beliau dipecat.

Mungkin ada benarnya juga kata seorang sahabat, juga seorang yang tajam fikirannya dalam memerhati dan mengulas senario politik tanahair. Katanya, hanya PAS dan DAP saja yang kekal sebagai pembangkang yang kuat. PKR akan berkubur juga akhirnya.

Adakah Zul akan kembali pada PAS ?

Diyakini Zul akan terus menjadi MP Bebas sehinggalah Parlimen dibubarkan. Rasanya PAS buat masa ini tidak akan membuka pintunya demi nak jaga hati dan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat. Dan gambaran awal tentang pendirian PAS boleh diukur dari kenyataan Naib Presidennya, Mahfuz Omar.

Waima apa pun, Zul memang ahli PAS. Dia bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru pun sebagai calon 'last-minute' kerana menggantikan calon asal yang sakit kencing manis.

Benarkah tuduhan sesetengah rakan pimpinan dalam PR yang menyebut Zul menggunakan Islam untuk mencari populariti dan kepentingan survival politiknya ?

Aku kira tuduhan seperti ini kurang tepat. Kita semua tahu Zul adalah peguam yang banyak mengendalikan kes murtad. Antaranya kes Nur Aishah Hj Bukhari, Hartina Kamaruddin dan banyak lagi. Sudah tentu orang sepertinya cukup sensitif dan marah bila Mahkamah Tinggi membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Begitu juga dengan pedirian Dr Harun Din dalam isu ini. Kita kena sedar, Dr Harun bercakap atas kapasitinya sebagai seorang Ulama'. Niatnya adalah untuk menyelamatkan Aqidah umat Islam dari tergelincir ekoran isu tersebut.

Dan jangan lupa fakta 250,000 orang Islam telah murtad dalam negara.

Sebagai seorang Muslim, memang kita jadikan agama sebagai panduan hidup samada dalam urusan duniawi maupun ukhrawi. Sebab itu Islam yang memandu kita. Bukannya kita yang pandu Islam. Begitulah juga dalam soal politik, ekonomi, undang-undang dan apa jua permasalahan ummah, semuanya wajib berpandukan kepada Al-Qur'an dan Sunnah.

Jangan kita pandang isu kalimah Allah ini di sudut politik semata-mata.

Penilaian rakyat terhadap PKR ?

Sudah tentu rakyat boleh menilai sejauh mana kekuatan PKR dalam menelusuri liku-liku politik mutakhir ini. Apa yang berlaku semuanya sebagai bukti betapa PKR sebenarnya tiada kekuatan dalaman dan rapuh. Hanya bergantung pada faktor Anwar. Sebelum ini dah ramai orang argued pasal PKR.

Merupakan satu perkara yang amat malang dan mengecewakan bila mana kita yang Muslim lebih tunduk kepada kehendak golongan bukan Islam kerana bimbang akan kehilangan sokongan dari mereka. Lupakah kita siapa sebenarnya yang memegang hati manusia ?

Apakah hari ini kepentingan politik sudah mendahului kepentingan Islam itu sendiri ?

Alfulus sufid dunya, wal mampus fil akhirat....

Adios.

Sunday, March 7, 2010

PKR pecat Zul Noordin, arah kosongkan kerusi Parlimen

Tunggu punya tunggu, akhirnya terjawab juga petang 6 Mac semalam. PKR pecat Zulkifli Noordin dari parti dan mengarahkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu mengosongkan kerusi. Pemecatan ini dibuat ekoran tindakan Zul membuat laporan Polis terhadap Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam (PAS).

PETALINGJAYA, 6 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin (gambar) — wakil rakyat pertama parti itu dipecat atas masalah disiplin.

Beliau juga diminta mengosongkan kerusinya yang dimenangi pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun beliau ada 14 hari untuk membuat rayuan.

Keputusan diambil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sehari selepas menerima syor daripada lembaga disiplin.

Wakil rakyat kontroversi itu disiasat kerana bertindak membelakangi semangat Pakatan Rakyat dalam isu kalimah “Allah” dengan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad Januari lalu.

Tindakan drastik ini diambil ketika tiga Ahli Parlimen PKR telah keluar parti, sekali gus bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Ini bukan kali pertama Zulkifli menjadi perhatian berkaitan isu disiplin. Beliau dirujuk lembaga disiplin pada akhir 2008.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu wartawan bahawa mesyuarat tiga jam MPP memutuskan Zulkifli masih ada hak untuk membua rayuan.

“Beliau boleh melalui proses yang sewajarnya dan membuat rayuan kepada majlis dalam masa 14 hari berhubung keputusan beliau dipecat,” katanya.

Zulkifli akan dimaklumkan mengenai keputusan hari ini melalui kiriman berdaftar, faks dan emel Isnin ini.

Kata Saifuddin, jika MPP menerima rayuannya kes beliau akan diteliti oleh lembaga rayuan.

Katanya lembaga disiplin mengesyorkan hukuman dipecat ekoran aduan polis yang dibuat dan mengenai kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerusi temu bual TV3, tindakan yang bertentangan Artikel 27 perlembagaan parti.

“Jadi ini adalah asas utama bagi keputusan untuk memecatnya,” kata Saifuddin.

Beliau mengakui pemecatan adalah hukuman paling berat. Dua opsyen lain ialah amaran dan digantung.

“Berdasarkan keseriusan tindakannya, lembaga memutuskan bahawa ini adalah hukuman paling sesuai.

“Kesemua faktor membabitkan tindakan Zulkifli juga diambil kira dan lembaga juga telah menganalsis merit kesnya,” kata beliau.

Pagi tadi Zulkifli menghantar surat kelima kepada sekretariat PKR dengan meminta anggota MPP — kira-kira lapan jam sebelum ia bermesyuarat untuk menentukan nasibnya supaya membuat keputusan yang boleh membawa “parti itu ke horizon yang lebih tinggi, bukannya menggali kubur sendiri”.

“Saya cuma menulis meminta mereka (anggota MPP) mengambil keputusan terbaik melibatkan kes saya... saya tidak memberikan mereka kata dua, cuma rayu akan memberikan perbicaraan yang adil kepada saya.

“Apa yang saya minta mereka ialah memberikan saya keadilan dengan kes saya dibicarakan oleh panel beragama Islam... itu yang saya minta, permintaan kecil saya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Zulkifli berkata beliau telah menghantar surat itu menerusi emel awal pagi ini selepas mengetahui syor lembaga disiplin mengenai tuduhan ke atasnya akan dibincangkan oleh MPP yang bermesyuarat pukul 3 petang.

Beliau disebut-sebut antara mereka yang bakal meninggalkan PKR, mengikuti langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai.

Dua hari lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan Zulkifli, yang memulaukan sesi lembaga disiplin Khamis lalu, agar sendiri menentukan masa depannya dalam parti itu.

Sambil menegaskan wakil rakyat itu terus-menerus menguji kesabaran parti, Wan Azizah berkata Zulkifli perlu mematuhi peraturan PKR dalam soal berkaitan dengan isu-isu disiplin.

Zulkifli memulaukan sesi bersama lembaga disiplin selepas permintaannya agar kesnya diteliti oleh anggota panel beragama Islam ditolak.

Ia merupakan satu daripada lapan permintaan diletakan di hadapan lembaga disiplin dan kepimpinan parti itu.

Kesemuanya diketepikan.

oleh Clara Choo
The Malaysian Insider.

Jika BN diberi mandat, harga minyak naik selepas PRU13

Sedarkah berapa banyak wang yang wajib keluar dari kocek setiap pemilik kenderaan bila berlaku kenaikan menggila harga petrol dari RM1.32 kepada 1.92 seliter dulu. Jika kita berbelanja RM20.00 sehari untuk petrol pada harga RM1.32 seliter. Selepas kenaikan menggila, kita terpaksa menokok lagi duit sebanyak RM9.10 sehari bagi mendapatkan jumlah liter petrol yang sama. Bermakna dalam sebulan, kita menanggung tambahan kos perbelanjaan petrol sebanyak RM 273.00. Jumlah keseluruhan RM 600 + RM 273 = RM 873.00 sebulan.

Kalau duit PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) pun boleh disapu oleh Anuar Musa, boleh dipercaya ke peruntukan 150 juta untuk Orang Asli sampai sepenuhnya ke tangan mereka ? Aku memang tobat lahom tak percaya dengan UMNO ni. Puak-puak celaka ni memang pantang tengok ada peruntukan di keluarkan. Kadang-kadang pengumuman peruntukan yang dibuat tu hanyalah semata-mata nak bagi sedap telinga rakyat.

Tadi baru saja berjumpa dengan salah seorang 'harcore UMNO Sabah'. Dia bagitau seluruh peruntukan untuk Sabah 'dibawa lari' ke Sarawak bagi tujuan menabur projek mee segera di bumi kenyalang itu.

Terfikir juga kat kepala otak ni, kot-kot pengumuman peruntukan RM150 juta untuk masyarakat Orang Asli ni hanya 'lakonan' saja. Entah-entah wang RM150 juta ni nak ditabur kat Sarawak bagi memperbodohkan sekali lagi para pengundi di sana dengan pelbagai jenis projek pembangunan khususnya di kawasan pendalaman. Kalau di kawasan bandar dan pinggir bandar, lain caranya. Tabur duit.

Diharap para pengundi Sarawak semakin matang dan cerdik. Jangan sekali-kali tertipu dengan projek mee segera ni. Jika UMNO/BN nak buat projek, biarkan mereka buat sebanyak mana pun sebab duit itu bukan bapak mereka punya. Semuanya duit rakyat.

Nasihat saya pada seluruh rakyat Sarawak ;

- Kalau mereka nak bagi duit, mintak banyak-banyak. Kalau setakat RM50 - RM100, lebih baik tak payah.

- Kalau mereka bagi beras dan gula, kita masak dan buat air.

- Kalau mereka bagi bantuan bot dan enjin, kita ambil.

- Kalau mereka bagi bantuan basikal untuk anak-anak, ambik.

Pendek kata apa saja yang UMNO/BN nak beri pada kita menjelang pilihanraya, kita ambil saja TAPI bila waktu mengundi, kita undi Pakatan Rakyat.

Sudah sampai masanya kita tunjukkan pada UMNO/BN yang kita sekarang sudah jadi rakyat yang bijak berpolitik. Bukan macam dulu. Hari ini mereka tak boleh lagi gula-gulakan kita dengan segala propaganda pembangunan dan pembohongan. Sudah cukuplah dengan segala penyelewengan dan pengkhianatan yang mereka lakukan pada kita selama ini.

Enough is enough... We all have a dignity. Tell them all, no more deception and corruption. We must send them all to prison over their 'white collar crime'.

Negara ini kaya dengan segala hasil-mahsul buminya tetapi rakyat terus ditindas dengan pelbagai jenis kenaikan. Kehidupan rakyat terus dihimpit dengan pelbagai jenis cukai dan hutang. Hutang PTPTN, cukai itu dan ini sedang pemimpin atasan terus-menerus melonggokkan kekayaan negeri dan negara untuk diri sendiri, keluarga dan kroni.

Yang hairannya, Sarawak yang kaya dengan hasil hutan dan minyak tetapi duduk di tangga ke-13 sebagai negeri paling ramai penduduk termiskin. Kenapa ? Cuba tanya pada KM Taib Mahmud mana pergi duit negeri Sarawak yang berbilion ringgit tu ? Tanya juga kat si tua lahabau ni, mana anak perempuannya dapat duit beli rumah bernilai RM 25 juta di Kanada.

Rakyat Sarawak mesti bangkit dalam Pilihanraya Negeri yang bakal tiba ini. Jangan sekali-kali memperjudikan nasib dengan menyerahkan semula Sarawak ke tangan Barisan Nasional. Bala' besar akibatnya...

Seharusnya kita sebagai rakyat boleh berfikir dan menilai apa yang berlaku di sekeliling kita. Walau mungkin hidup kita senang walau tak kaya tetapi kita wajib menoleh ke arah orang yang lebih susah dari kita. Sewajarnya kita menginsafi dan menyedari mengapa golongan rakyat miskin sehingga ke saat ini masih tak terbela sedangkan negara atau negeri kita kaya-raya dengan pelbagai jenis hasil.

Kita sendiri dah tahu memang seluruh pemimpin utama Barisan Nasional samada di peringkat pusat atau negeri terlibat dengan rasuah dan penyelewengan tetapi malangnya kita terus memilih mereka dalam pilihanraya. Kita juga sedar pembaziran dan penyelewengan wang rakyat sudah menjadi 'amalan wajib' BN. Maka sewajibnya perbuatan yang boleh menghancurkan negara ini dihentikan segera sebelum terlambat.

Baru-baru ini mungkin kita merasa lega dengan pengumuman kerajaan Najib yang terus mengekalkan sistem subsidi minyak untuk rakyat. Perlu sedar sistem subsidi ini hanya dikekalkan sehingga PRU13 saja. Najib tak berani menaikkan harga minyak sekarang sebab takut kalah besar dalam piliharaya umum. Baru sebentar tadi saya diberitahu oleh sahabat yang harga minyak akan dinaikkan selepas pilihanraya umum jika UMNO/BN terus memerintah. Khabarnya, kenaikan ini akan digantikan dengan penurunan harga kereta nasional.

Lihatlah betapa celakanya UMNO/BN yang akan terus menindas rakyat dengan menaikkan lagi harga minyak selepas PRU nanti jika mereka terus berkuasa. Dan sekali lagi rakyat akan diperbodohkan dengan sistem "Harga minyak naik, harga kereta turun". Masa zaman Pak Lah, rakyat diumpan dengan subsidi insuran dan cukai jalan bagi pemilik kenderaan 1500 cc ke bawah atas alasan bagi mengurangkan beban rakyat.

Aku tak pernah jumpa sebuah kerajaan yang begitu celaka seperti UMNO/BN ni. Bayangkanlah betapa bodohnya sistem yang nak diperkenalkan ini. Munasabah ke dan boleh diterima oleh kita yang waras ni. Naikkan harga minyak, lepas tu turunkan harga kereta... Punyalah bodoh sistem ni. Apa mereka ingat kita ni sebagai rakyat tak tahu matematik.

Benarlah kata orang "Pemimpin yang jahat dan zalim akan terus dipilih oleh rakyat yang bebal dan buta mata hatinya..."

Sedarkah berapa banyak wang yang wajib keluar dari kocek setiap pemilik kenderaan bila berlaku kenaikan menggila harga petrol dari RM1.32 kepada 1.92 seliter dulu. Jika kita berbelanja RM20.00 sehari untuk petrol pada harga RM1.32/liter. Selepas kenaikan menggila, kita terpaksa menokok lagi duit sebanyak RM9.10 sehari bagi mendapatkan jumlah liter petrol yang sama. Bermakna dalam sebulan, kita menanggung tambahan kos perbelanjaan petrol sebanyak RM 273.00. Maknanya dalam sebulan kita membayar sebanyak RM 600 + RM 273 = RM 873.00 hanya untuk petrol.

Bila harga petrol dan diesel naik, maka secara automatik harga semua barang keperluan turut naik. Sekali lagi kita menanggung bebanan peningkatan kos perbelanjaan untuk barang keperluan harian dan sebagainya.

Sanggupkah kita menghadapi risiko kenaikan harga petrol sehingga RM3.50 seliter selepas PRU13 jika UMNO/BN terus diberi mandat ???

Beringatlah sebelum kena... Percayalah, pemimpin UMNO/BN tidak pernah peduli dengan nasib rakyat. Bagi mereka, apa yang penting kuasa mesti terus dipertahankan dalam apa cara sekalipun. Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk merealisasikan cita-cita keji mereka.

Wahai rakyat, ayuh... kita buat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU nanti.

Salam for all.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger