Thursday, November 28, 2013

PAS masuk perangkap UMNO???

Muzakarah PAS UMNO antara tagline dalam Muktamar PAS ke-59 baru-baru ini. Sebelum ini PAS jadi panas atas isu Unity Government di era PM Pak Lah hingga Mursyidul Am TGNA membuat kenyataan terbuka menentang idea tersebut. Tentunya majoriti ahli PAS sendiri ada yang tertanya-tanya berkaitan muzakarah itu walau penegasan Hj Hadi hanya atas isu Islam.

Sebelum pergi lagi jauh, kita semua tahu UMNO memang parti sekular yang menentang Islam. Lupakah bagaimana pengkhiantan UMNO tika PAS memerintah Terengganu selepas PRU10? Di peringkat awal kerajaan PAS masa itu yang diketuai oleh Hj Hadi sendiri tentu merasa lega sikit kerana Terengganu ada Royalti Petroleum yang berjumlah hampir RM1 bilion. Dengan pendapatan negeri sebesar itu, tentunya mudah bagi kerajaan PAS untuk melaksanakan plan pembangunan untuk rakyat sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU10. Tanpa diduga, kerajaan UBN Pusat di bawah Mahathir telah menukar Royalti kepada Wang Ehsan. Sekelip mata kerajaan PAS Terengganu menerima tamparan hebat ekoran kehilangan pendapatan utama negeri.

Persoalannya, kenapa Pusat sanggup melanggar perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Terengganu? Apakah motif politik UMNO itu sendiri?

Bila UMNO kehilangan Terengganu dalam PRU10, ianya ibarat ledakan bom nuklear kepada batang hidung sendiri. Dengan kejayaan PAS merampas Terengganu, bermakna 2 negeri pantai timur telah berjaya dikuasai pembangkang bersama Kelantan. Di sudut politiknya, UMNO tidak boleh membiarkan penguasaan di dua negeri oleh PAS itu berterusan kerana ianya boleh merebak ke negeri lain. Justeru, kerajaan PAS Terengganu wajib dijatuhkan dalam PRU11. Apa strateginya? Tentulah ekonomi sebagai nadi penggerak sesebuah kerajaan mesti dilumpuhkan terlebih dahulu. Royalti ditukar jadi Wang Ehsan. Hilang hampir RM1 bilion setahun pendapatan kerajaan negeri. Setelah hak royalti dirampas, UMNO melalui media perdana terus menyerang kerajaan PAS Terengganu dengan pelbagai propaganda, kononnya kerajaan pimpinan Hj Hadi gagal melaksanakan pembangunan untuk rakyat. Bagi rakyat miskin, tentunya fitnah melalui propaganda media itu terkesan di jiwa mereka, lebih-lebih lagi bila mereka menerima bantuan kewangan dari pihak UMNO yang menggunakan Wang Ehsan.

Tidak dinafikan kerajaan PAS pimpinan Hj Hadi, walau dalam keadaan kewangan negeri yang terhad telah berjaya melaksanakan beberapa program kebajikan untuk rakyat. Umpamanya, pemberian lot tanah kepada lebih 100 ribu rakyat Terengganu bagi membolehkan mereka membina rumah atas tapak sendiri, juga beberapa janji manifesto yang ditunaikan. Namun ekoran kesedaran rakyat terhadap politik masih rendah serta mentaliti kelas bawahan masih membelenggun majoriti rakyat, akhirnya Terengganu terlepas dari genggaman PAS dalam PRU11. UMNO berjaya dengan strategi 4 tahunnya dan kembali menguasai lebih dua pertiga kerusi DUN dan keseluruhan kerusi Parlimen di Terengganu. Kelantan juga hampir-hampir terlepas dari genggaman bila PAS hanya berjaya menguasai DUN dengan mejoriti 1 kerusi.

Bercakap soal Royalti ni, ironisnya kerajaan PBS Sabah walau pembangkang masih tetap menerima royalti tahunan dari Petronas. Tak pulak ditukar kepada Wang Ehsan. Sebab tu penulis kata UMNO ni sebenarnya memang memusuhi Islam sebagaimana golongan Yahudi dan Nasrani yang telah termaktub dalam Al Quran.

Berbalik soal muzakarah, penulis rasa PAS tak perlu buang masa untuk berbincang dengan UMNO atas kapasiti kepentingan Islam. PAS sendiri dah tahu UMNO memang anti-Islam kini dulu dan selamanya. Cukuplah apa yang telah dilakukan oleh rejim UMNO selama ini terhadap Islam dan PAS itu sendiri. Di sudut politiknya, muzakarah ini hanya menguntungkan UMNO dan merugikan PAS. Penulis tak mau berbicara panjang soal untung rugi ni. Biar pembaca lihat sendiri nanti apakah natijah dari muzakarah ini.

Sebagai orang yang sangat anti-Unity Government, tentunya penulis sensitif dengan isu muzakarah ini. I have my right to express my thought... Susah sangatkah nak faham cara politik pecah-perintah UMNO selama ini??? UMNO sendiri tahu dan cukup sedar keadaannya sekarang dalam posisi defensive atas isu penyelewengan, rasuah, hutang negara, kenaikan harga barang, cukai GST, laporan Audit Negara dan seumpamanya. Tiba-tiba, PAS masih bersedia untuk bermuzakarah atas isu Islam. Nape tak semena-mena PAS memberi 'nyawa politik' pada UMNO semula? Sepatutnya PAS terus menyerang UMNO secara konsisten atas isu-isu tadi. Jika muzakarah ini jadi kenyataan, penulis boleh jangka apakah propaganda yang akan dimainkan UMNO menjelang PRU14 nanti. Yang pasti PAS akan terus kehilangan sokongan pengundi Melayu Bumiputera Islam. Matlamat utama UMNO tak lain tak bukan untuk memastikan akhirnya PAS keluar Pakatan Rakyat.

Wallahu'alam

Monday, November 25, 2013

Ego dan airmata Husam

Nama-nama seperti Mahfuz, Salahuddin dan Husam bukanlah asing dalam PAS. Ketiga-tiganya merupakan produk asli keluaran PAS melalui kilang tarbiyyah haraki secara tersusun. Mereka telah teruji dan tetap istiqamah dalam perjuangan. Ada yang pernah rehat di ISA dan penjara. Mendaki dari aktivis biasa di peringkat cawangan, kawasan, negeri hinggalah ke peringkat nasional. Di pusat, pendakian mereka juga secara berperingkat hinggalah ke kedudukan hari ni sebagai Naib Presiden. Di Muktamar ke-59 kali ini, Mahfuz tewas dan tempatnya diganti oleh penyandang Ketua Penerangan penggal lalu, Tuan Ibrahim Tuan Man. Walau tewas namun penulis yakin Mahfuz tetap mantap pendiriannya kerana telah terbukti rekod cemerlangnya. Penulis menjangkakan Mahfuz akan dilantik sebagai Ketua Penerangan pula.

Muktamar ke-59 baru saja melabuhkan tirainya siang tadi. Hampir 90% kepimpinan sedia ada kekal namun di muktamar kali ini ada nilai sentimentalnya sendiri bila Husam tidak dapat menahan sebak hingga mengalirkan airmatanya bila sahabat seperjuangannya Mahfuz gagal pertahankan posisi Naib Presiden. Khabarnya Salahuddin turut sama menangis, malah ada perwakilan turut sama mengalirkan airmata bila melihat Mahfuz sebagai abang menenangkan Husam. Walau penulis tidak hadir ke muktamar kali ini namun dapat merasakan suasana syahdu di stadium Malawati tika itu.

Bagi Salahuddin yang sememangnya rapat dengan Mahfuz sewaktu dalam Pemuda Pusat hinggalah ke penjara pun bersama, tentulah lencun sapu tangan anak kelahiran Tg Piai Johor tu. Kalau penulis di tempat Salahuddin, tentu nangis punyalah. Di pihak Husam, tentulah dia terasa sangat kerana kedudukan beliau sendiri genting sebagaimana Mahfuz. Dari awal lagi penulis dah jangka antara Husam dan Mahfuz mesti salah seorang tewas. Abu Bakar Chik memang penulis ramal kalah dari awal lagi sebab perwakilan boleh menilai sendiri apa perlunya beliau bertanding Naib Presiden dalam usia yang dah menjangkau 62 tahun, malah di peringkat negeri pun beliau tidak memegang jawatan. Lebih baik dia fokus kepada Lajnah Pendidikan saja. Bukankah elok tak bertanding tapi malangnya percaturan beliau tersasar jauh. Tak taulah apa target ABC tu.

Berbalik kepada airmata Husam, memang tidak dinafikan reputasi Husam agak merosot sikit di Kelantan, lebih-lebih lagi bila Sultan Muhammad V tidak beri perkenan untuk dia terus berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri selepas PRU13. Soal kenapa Sultan tak mahu Husam, biarlah itu menjadi rahsia mereka berdua. In person, penulis harap Husam boleh perbaiki beberapa kelemahannya sebagai seorang politician. Memang dia seorang bijak dan gifted tapi ada beberapa sikapnya yang dilihat semacam angkuh dan lone-ranger di mata ahli dan rakyat. Seorang sahabat yang juga businessman di Kota Bharu pernah bagitau penulis "Husam ni seorang think-thank, bukan seorang politician yang baik...", ada lagi kritikannya terhadap Husam yang tak perlu disebut di sini.

Di segi fizikalnya, Husam memang memiliki pakej sebagai seorang pemimpin politik. Tinggi lampai, tak gemuk, memiliki kelayakan akademik serta menguasai bahasa Inggeris dan Arab dengan baik. Pakej yang ada pada dirinya dah cukup untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. Malah salah seorang pemimpin veteran PAS sendiri mengakui Husam mampu pergi lebih jauh lagi dalam persada politik tanahair, khususnya dalam PAS sendiri. Takde sesiapa boleh menafikan jasanya pada kerajaan dan rakyat Kelantan tika memegang jawatan Exco Kanan kerajaan negeri. Antara bekas tangannya ialah Tabung Kifalah dan Dinar Emas, juga tuntutan Royalti Petroleum yang masih belum selesai di mahkamah. Mungkin banyak lagi usaha yang telah dilakukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi negeri walau ada yang gagal.

Sewaktu diumumkan menang dan kekal di posisi Naib Presiden, sewajarnya Husam bermuhasabah diri dan membuang sifat 'angkuh'nya itu jika beliau mahu terus relevan sebagai pemimpin PAS dan politik tanahair. Sesiapa saja di dunia ini mengakui fakta bahawa untuk menjadi seorang pemimpin politik yang berjaya serta dihormati oleh rakan dan lawan, pakej 'body-language' yang sempurna, bijak berhujah, berintegriti, saling menghormati serta tegas perlu ada pada diri ahli politik itu sendiri. Tapi kalau main langgar je bila datang ke negeri orang seolah-olah pemimpin negeri tak wujud, itu sudah cukup menggambarkan keangkuhan diri selaku pimpinan atasan.

Anyway, tahniah buat Husam kerana masih diizinkan oleh Allah untuk kekal di posisi sekarang. Belajarlah menghormati orang lain serta jangan pandang rendah pada orang yang dirasa lebih rendah statusnya daripada kita jika mahu terus relevan sebagai pemimpin parti dan rakyat.

Wallahu'alam.

Sunday, May 26, 2013

Apa salah PAS belajar pendekatan AKP Turki

Apakah bila memegang jawatan dalam kepimpinan utama parti, kita merasakan diri terlalu bijak hingga memandang lekeh pandangan majoriti ahli. Adakah istilah wala' dijadikan modal oleh pimpinan atasan agar ahli bawahan hanya mengangguk je setiap keputusan yang diambil? Benarkah jawatan Presiden bagi mana-mana parti Islam itu mesti dipegang oleh golongan Ulama' saja? Bukankah semua ahli parti sedia maklum bahawa Majlis Syura' Ulama' merupakan badan tertinggi dalam organisasi parti. Justeru, takde salahnya jawatan Presiden boleh dipegang oleh sesiapa jua, tidak semestinya yang berkelulusan agama.

Dalam konteks Malaysia, PAS perlu terima hakikat dan realiti akan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini telah hidup serta dijajah minda dan jiwa mereka dengan sistem sekular pemerintah. Bukan satu hal yang mudah untuk merentap sekaligus fahaman itu dari hidup mereka. Lebih kronik lagi bila mana fahaman politik lain dan agama lain telah menjadi pegangan Aqidah mereka sejak lahir.

Penulis rasa tak salah kalau PAS ambil pendekatan strategi politik parti AKP Turki. AKP ditubuhkan pada 2001. Masuk pilihanraya buat kali pertama pada 2002 dan terus menang dgn majoriti dua pertiga. Satu kejayaan luar biasa bagi sebuah parti yang semuda itu. Soalnya, apakah 'resepi istimewa' yang dihidangkan AKP hingga membuka 'selera' rakyat Turki?

Thursday, August 16, 2012

Nasha yang tak cerdik

Sebagai pemimpin, sewajarnya memiliki kebijaksanaan dan kewibawaan agar tidak mudah dieksploitasi oleh pihak musuh. Apatah lagi pemimpin sebuah parti politik Islam yang syumul. Malangnya, apa yang berlaku pada bekas Timbalan Presiden PAS tu amat mendukacitakan seluruh pimpinan dan ahli parti itu. Wajarkah seorang pemimpin seperti Nasharudin buat kenyataan media yang senada dengan kehendak UMNO dalam suasana bahang pilihanraya semakin dekat?

Bagi penulis, bukanlah satu yang pelik jika DAP menentang Hudud kerana telah sedia maklum parti itu dipimpin dan dianggotai oleh orang bukan Islam. Namun mutakhir ini, penentangan terhadap Hudud dah semakin kendur bila orang yang sekeras Karpal Singh sendiri dah mula menunjukkan sikap terbukanya untuk berbincang soal undang-undang Islam itu.

Kita semua tahu dalam keadaan UMNO melakukan serangan fitnah terhadap DAP berkaitan Hudud hingga memperalatkan seorang guru pondok mengeluarkan fatwa songsangnya "Sokong DAP haram", boleh pulak Nasha buat kenyataan yang senada dengan kehendak UMNO sebaik sampai dari Jeddah baru-baru ni. Dalam kenyataannya, Nasha meminta agar PAS meninggalkan Pakatan jika DAP menentang Hudud".

Walau Nasha menafikan beliau akan meninggalkan PAS untuk masuk UMNO, namun tindak-tanduknya itu serupa je dengan Hasan Ali dulu yang kerap bertindak membelakangi parti. Akhirnya, Hasan Ali terpaksa dipecat kerana sikap bodohnya itu merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pelik bin ajaib bagi seorang yang terpelajar seperti Nasha boleh termakan umpan yang dipasang UMNO. Takkanlah boleh jadi sebodoh itu hingga tak boleh mengambil pengajaran dari pendekatan yang diambil oleh parti AKP Turki, An-Nadha Tunisia dan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Kalau nak buat perbandingan dengan PAS, rasanya Ikhwanul Muslimin pilihan terbaik. Kita semua tahu, gerakan Ikhwan telah diharamkan menyertai pilihanraya di zaman rejim Mubarak. Justeru, gerakan Islam Mesir itu telah mengambil pendekatan bijak dengan menggunakan parti-parti lain untuk menyertai pilihanraya. Alhamdulillah, kesan daripada Revolusi Rakyat Mesir di awal tahun, akhirnya calon-calon Ikhwan telah memenangi hampir kesemua kerusi yang ditandinginya dalam pilihanraya baru-baru ini dan menguasai lebih 60 peratus Parlimen Mesir.

Adakah Nasha beranggapan Ahli Majlis Syura Ulama' PAS silap buat keputusan bila mengambil pendekatan Tahaluf Siyasi bersama DAP dan PKR?

Rasanya Nasha perlu banyak belajar lagi daripada orang seperti Nik Aziz, Hj Hadi, Mat Sabu, Salahuddin, Husam, Mahfuz, Ust Abu Bakar Chik dan lain-lain pimpinan PAS yang telah ditarbiyyah secara haraki dalam jamaah ini.

Penulis nasihatkan agar Nasha bermuhasabah diri sebelum menuding jari pada orang lain. Ingatlah, segala tindak-tanduk kamu mutakhir ini memang amat mendukacitakan seluruh warga PAS dan juga rakan Pakatan Rakyat.

Terserlah sungguh kebodohan sendiri bila mana masih boleh percaya dengan sebuah parti munafiq yang memang terbukti memusuhi Islam, menjadi talibarut Zionis dan mengkhianati bangsa sendiri.

Wallahu'alam.

Tuesday, August 7, 2012

Penumpang terjun dari pesawat AirAsia

Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan ‘hantu’ dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan ‘hantu’ yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

“Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

“Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. -kosmo

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger