Thursday, November 3, 2011

Celoteh 1.46 pagi

Ingatkan setelah selesai memburaikan sebiji laptop Presario CQ40 dan memasang balik hingga sempurna milik seorang kawan, mata ni akan ngantuk. Rupanya tak juga. Jadi penulis ambil netbook Fujitsu dan tergerak hati nak berceloteh kat sini. Siang tadi penulis jenguk-jenguklah website Aljazeera dan membaca tajuk "Beberapa orang terbunuh dalam pergolakan di Yaman".

Pergolakan yang berlaku di Syria sejak 8 bulan lalu adalah manifestasi daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Mungkin selama ini dunia Islam melihat revolusi di Tunisia tidak akan menjangkiti dunia Arab di Timur Tengah. Tanpa diduga, kebangkitan rakyat Tunisia telah menjadi inspirasi kepada rakyat Mesir dan Syria.

Bukankah selama ini dunia melihat Mesir dan Syria aman saja dan tiada sebarang tanda-tanda rakyat akan memberontak. Dan terbukti sangkaan itu meleset sama-sekali. Dalam diam, ibarat api dalam sekam, rupanya seluruh rakyat Mesir dan Syria telah lama menyimpan marah terhadap kerajaan masing-masing. Hanya menunggu saat untuk melepaskan kemarahan itu.

Soalnya, kenapa mereka marah??? Jawapannya kerana kerajaan mereka korup dan zalim. Pemimpin atasan, ahli keluarga dan para kroni mereka semuanya kaya-raya manakala rakyat terus berada dalam kesempitan hidup, ditindas dan ditakut-takutkan dengan pelbagai bentuk ugutan, termasuk ditangkap dan dipenjara jika melawan.

Akhirnya, dengan kehendak Ilahi, kebangkitan rakyat Tunisia menjadi inspirasi dan membakar semangat mereka untuk bangkit menentang kerajaan masing-masing. Di Mesir, dalam tempoh tak sampai sebulan, Hosni Mubarak laknatullah dengan segala kekuatan tenteranya terpaksa akur dengan keberanian rakyat yang mendesaknya berundur. Malah anggota tentera sendiri yang lengkap bersenjata termasuk kereta kebal tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terpaksa mengaku mereka juga bersama jutaan rakyat yang mahukan perubahan.

Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sudah cukup membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat mampu menumbangkan rejim yang zalim dengan izin Allah. Dan penulis cukup yakin rakyat Syria juga akan berjaya dalam jihad mereka. Cuma perlukan kesabaran dan istiqamah serta dokongan seluruh rakyat.

Minggu lepas dunia dikejutkan dengan kematian diktator Libya Muammar Ghadaffi yang berkuasa selama 42 tahun.

Bagaimana Malaysia?

Kalau nak sentuh soal korup, zalim dan pembunuhan politik, sebenarnya telah lama berlaku di tanahair kita. Dan situasi ini memang serupa saja dengan apa yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. Yaitu pemusatan kuasa di tangan Presiden atau Perdana Menteri. Rakyat pula sentiasa berada dalam ketakutan dengan pelbagai akta zalim dan tindakan 'ala mafia' pihak berkuasa.

Soalnya sekarang, apakah jalan yang mahu kita pilih untuk menjatuhkan rejim UMNO BN yang semakin rakus, zalim dan korup hari ini? Adakah kita mahu meniru cara rakyat Tunisia dan Mesir atau dengan cara yang lebih demokratik melalui undi dalam PRU?

Tentunya kita semua bersetuju dengan kaedah undi dalam pilihanraya. Jika pilihanraya jadi pilihan, apakah ada jaminan yang rejim UMNO BN tidak akan melakukan penipuan dalam PRU13 sedangkan sejak di era Mahathir lagi telah wujud penipuan dalam Daftar Pemilih. Antara penipuan ketara yang dilakukan ialah senarai pengundi hantu dan Projek IC Palsu di Sabah.

Baru-baru ini, tembelang UMNO BN terbongkar bila 7 buah bas yang membawa warga Indonesia berjaya di kesan di Putrajaya. Kesemua warga asing itu akan diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi bagi memenangkan BN dalam PRU nanti. Dilaporkan kumpulan 7 buah bas itu adalah yang projek yang kesebelas. Bermakna sepuluh yang pertama telah berjaya.

Pemberian MyKad (kerakyatan) kepada warga asing secara seweang-wenangnya merupakan satu hal yang amat serius dan boleh membahayakan keselamatan negara. Dan memang kita cukup sedar rejim UMNO BN sanggup melakukan apa saja termasuk menggadai negara demi mengekalkan kuasa di Putrajaya.

Renung-renungkanlah sejenak apa yang sedang melanda tanahair mutakhir ini. Sebelum tidur, tatap wajah anak-anak kita yang bakal mewarisi negara ini. Apakah kita sanggup mewariskan sebuah negara yang muflis dan rosak kepada mereka selepas ketiadaan kita nanti? Atau relakah kita membiarkan anak-anak menjadi 'orang asing' di tanahair sendiri bila bumi Malaysia yang bertuah ini dibanjiri oleh pendatang luar yang mendapat MyKad secara percuma hari ini.

PRU13 adalah peluang terakhir untuk kita melakukan perubahan. Kalau tak, nescaya kita akan menyesalinya seumur hidup.

Wallahu'alam

Wednesday, November 2, 2011

Wanita diraba 11 Polis

Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan tragedi remaja ditembak Polis. Dalam kejadian lain, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina dibelasah teruk oleh beberapa anggota Polis dan sejumlah wang RM13,000 disamun. Tanpa kita sedar, rupanya dah ada kes tentang kebiadapan anggota Polis ini. Kali ini seorang pengurus akaun wanita pula yang jadi mangsa.

Tujuh tahun yang lalu, seorang pengurus akaun membuat aduan bahawa dirinya dicabuli oleh 11 anggota polis tetapi mendakwa langsung tidak dimaklumkan berhubung sebarang siasatan.

Namun, kira-kira tengah malam, semalam, pihak polis akhirnya bertindak - tetapi sebaliknya wanita itu pula ditahan.

Beliau terpaksa bermalam di lokap polis sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menghalang polis daripada melaksanakan tugas.

Menurut peguam, Keppy Wong, wanita itu, Wong Bee Fong, 39, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang.

"Apa yang terjadi kepada negara hari ini? Mereka (polis) boleh memaklumkan kepada beliau mengenai pertuduhan berkenaan tetapi sebaliknya menangkap beliau di tengah-tengah malam," katanya kepada Malaysiakini.

"Sudahlah dirinya dicabul kehormatannya, sekarang beliau terpaksa meringkuk di lokap pula.”

Bee Fong mendakwa bahawa beliau ditahan semasa sekatan jalan oleh polis di Taman Connaught, Kuala Lumpur kerana disyaki memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Selepas berunding, dakwanya, beliau meminta anggota polis untuk mengembalikan lesen memandunya dan mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan didakwa enggan berbuat demikian dan sebaliknya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

Beliau kemudiannya memandu ke arah balai polis Batu 9 balai di Cheras, tetapi berkata sebuah kereta Proton Wira berwarna perang mengekorinya dan memaksanay mengubah haluan ke bangunan Pasukan Gerakan Awam.

Semasa Bee Fong keluar dari keretanya, 11 anggota polis didakwa menghampiri dirinya dan mula meraba tubuhnya. - malaysiakini

Tuesday, November 1, 2011

RELA belasah tahanan imigresen

Rasa marah timbul di hati ni bila membaca satu artikel di blog RPK. Soalnya, mengapa anggota RELA yang ditugaskan di Pusat Tahanan Imigresen Lenggeng bertindak kasar terhadap kira-kira 60 - 70 orang tahanan Imigresen yang disyaki memasuki negara secara salah. Bukankah mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan melanggar Akta Imigresen dan sedang menanti prosedur untuk dihantar pulang. Apa hak RELA untuk memukul mereka? Bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri diperlakukan begitu di negara asing. Tentu kita marah.

WIKILEAKS: IMMIGRATION DETAINEES RIOT AFTER RELA BEATS PRISONERS

Summary

1. (C) Some 60 to 70 detained suspected illegal immigrants rioted at Lenggeng Immigration Detention Center (IDC) on April 21, setting fire to the temporary administration building according to press and firsthand accounts. Malaysia's Head of Immigration Enforcement claimed the riot started after the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) refused the refugees' applications for resettlement, an allegation denied by UNHCR.

Based on multiple witnesses' accounts, the riot's catalyst was the severe beatings of detainees by Immigration Officers and People's Volunteer Corps (RELA) members assigned as guards to Lenggeng. The Malaysian Human Rights Commission (SUHAKAM) told us deplorable conditions, overcrowding and alleged abuses by RELA all contributed to the riot. We continue to express concern to the GOM regarding RELA's increased authority over immigration enforcement. End Summary.

RELA Guards Overcrowded Facilities

2. (SBU) Lenggeng IDC is one of 17 IDCs in Malaysia. Formerly operated by the Prisons Department, the IDCs are now responsibility of the Immigration Department, which lacks sufficient personnel and therefore uses RELA, a government-sponsored public security auxiliary force, to guard the facilities (ref A and B). Besides providing security, RELA members also arrest suspected illegal immigrants for a bounty.

The Lenggeng facility is severely overcrowded. Siva Subramaniam, a commissioner for SUHAKAM, informed poloffs the camp currently holds 1,090 prisoners, including seven children and about 280 women. Building tensions between the detainees and their guards came to a head on April 21 when some 60 - 70 detainees rioted and set fire to a temporary administration building.

Witnesses Tell Their Stories

3. (SBU) Poloffs met with two Burmese refugees formerly detained at Lenggeng on May 6. They related that on or about March 31, Immigration and RELA guards accused a group of Burmese and Indonesians of smoking in camp and allegedly punished the group with a beating.

On April 20, after more cigarettes were found, Immigration officers beat an Indonesian and a Pakistani detainee. One refugee described how the officers struck the men on the soles of their feet and along their shins, and administered electric shocks. The Pakistani detainee reportedly cried out for help during his beating and, unable to walk, tried to crawl away until another detainee was ordered to drag the injured man back to the detention block.

Other detainees became agitated and demanded to speak with the senior Immigration Officer.

(Note: A local NGO informed poloffs that officials took the man to Seremban Hospital for treatment. End note.)

selanjutnya di sini

Peluru tak patahkan semangat saya - Aziz Bari

Dah tentu semua pihak terkejut bila pakar perlembagaan dan pensyarah kanan undang-undang UIAM, Prof Dr Aziz Bari, menerima sampul surat berisi sebutir peluru kecil. Logiknya, bila orang macam Aziz Bari pun boleh menerima ugutan 'peluru' bunuh, bermakna ada pihak yang takut dengan sebarang kenyataan dan reaksi beliau berhubung beberapa isu yang berlaku. Kira hebat jugalah si Aziz Bari ni. Wa caya sama lu...lah Aziz. Dulu, kelantangan Prof Dr Jomo melemaskan kerajaan UMNO BN. Tapi UMNO BN tak berani usik Jomo sebab beliau salah seorang ahli panel Ekonomi PBB, kalau penulis tak silaplah.


Skandal Seks Musa Aman yang ditutup

YB Salahuddin Ayub semasa menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat pernah membuat laporan Polis berhubung skandal rasuah Ketua Menteri Sabah Musa Aman namun tiada sebarang tindakan pihak SPRM. Selain laporan yang dibuat oleh MP Kubang Kerian itu, mantan Naib Presiden PKR Jeffrey Kitingan juga pernah membuat laporan Polis "81 Dalil Musa Aman Harus Meletak Jawatan".

Penulis sengaja highlight isu skandal rasuah dan seks si Musa ni sebab salah satu sikap rakyat Malaysia ialah mudah sangat lupa akan perbuatan jenayah pemimpin-pemimpin UMNO BN walau telah didedahkan berserta bukti.

Sikap mudah lupa rakyat inilah yang menyebabkan para pemimpin UMNO BN tidak pernah takut dengan segala dosa-dosa besar yang dilakukan. Bagi mereka rakyat negara ini sangat senang untuk dibodohkan bila seluruh jentera penguatkuasa seperti Polis, SPRM dan Jabatan Peguam Negarsa telah secara rasmi menjadi 'anjing-anjing' pemerintah.

Adalah satu hal yang amat malang sekali bila mana rakyat masih tidak sedar betapa peri pentingnya soal memilih pemimpin yang bakal menerajui negara maupun negeri. Negara selamat dan rakyat sejahtera bila mempunyai pemimpin yang baik dan amanah. Sebaliknya negara akan musnah dan rakyat menderita bila pemimpin rasuah, jahat dan zalim.

Hari ini hutang negara berjumlah RM437,200,000,000 (RM437.2 bilion). Jumlah hutang yang hampir 0.5 trilion itu dibuat oleh kerajaan UMNO BN sepanjang 52 tahun menjadi kerajaan. Adakah fakta ini masih tidak cukup untuk menyedarkan rakyat betapa teruknya amalan rasuah, penyelewengan dan pembaziran kerajaan UBN selama ini dalam keadaan Malaysia sebagai salah sebuah negara terkaya di dunia ketiga dengan segala hasil mahsul bumi termasuk petroleum.

Berbalik pada skandal Musa Aman, berikut penulis 'highligth'kan semula beberapa dalil daripada 81 Dalil Musa Aman Harus Meletak Jawatan;

”DALIL KETIGA PULUH SATU: Telah menggunakan kedudukannya sebagai PengarahYayasan Sabah dengan melantik seorang wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yangmendapat kad pengenalan projek daripada Task Force Umno, RAHMAWATI sebagai kerani diYayasan Sabah. Rahmawati tidak mempunyai sebarang kelulusan. Ketika itu ibu bapa Rahmawati juga tidak mempunyai sebarang dokumen. Musa telah membayar sejumlahRM5,000 kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Abdul Rauf Sani (Bekas Tahanan ISAkerana KP Projek) untuk mendapatkan kad pengenalan projek berkenaan. Musa turutmempunyai SKANDAL SEKS dengan gadis berkenaan sehingga melahirkan anak ’LUAR NIKAH’ yang dihantar ke Banjar Masin, tempat asal gadis berkenaan untuk menutup rahsia. Musa menghantar Rahmawati melanjutkan pelajaran ke Australia dengan meluluskan biasiswa Yayasan Sabah kepada RAHMAWATI yang dinikahinya. Setelah kembali daripada Australia, Musa melantik isterinya (Rahmawati) sebagai PENGURUS WILAYAH YAYASAN SABAH SANDAKAN sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa melakukan rasuah mengikut Seksyen 2(1), Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

DALIL KEEMPAT PULUH SATU: Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah BERSUBAHAT dengan SAMSUDIN BIN YAHYA yang mengupah 3 orang lelaki, dua daripadanya Awang Damit dan Muhammad mendatangkan kecederaan dengan niat terhadap rakan kongsi Musa, LUE SUE SENG sehingga luka parah kerana mendedahkan rahsia hubungan sulit Musa dan Rahmawati kepada umum. Sebagai balasannya, Musa telah memilih SAMSUDIN YAHYA (Mantan Pemandu Teksi) sebagai Calon BN bagi DUN Sekong pada pilihan raya umum 2004 yang lalu. Lue Sue Seng pula bertanding dalam pilihan raya berkenaan sebagai calon bebas kerana ingin membalas dendam di atas kekejaman Musa. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan jenayah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

DALIL KEEMPAT PULUH DUA: Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah membayar sejumlah tertentu kepada KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN, ILLYAS IBRAHIM untuk menutup kes jenayah yang dilakukan oleh SAMSUDDIN YAHYA dan Tiga orang lagi terhadap LUE SUE SENG. Samsuddin telah ditangkap polis dan dibebaskan dengan campurtangan Musa dan atas budibicara Ilyas Ibrahim. Setelah menjadi Ketua Menteri Sabah, Mu-sa secara sedar telah melantik ILLYAS IBRAHIM yang juga sepupunya sebagai DATUK BANDAR Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan perkhidmatan ILLYAS IBRAHIM (Datuk) sebagai Datuk Bandar dilanjutkan selama 2 tahun lagi sebagai membalas jasa Illyas menutup kes SIASATAN jenayah dan subahatnya. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22
(KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Namun sehingga kini, Polis dan BPR masih mendiamkan diri sekalipun Jeffrey telah mengemukakan bukti. Sekalipun Jeffrey memberikan nama samaran iaitu Rahmawati, namun semua pekerja Yayasan Sabah tahu wanita tersebut ialah Hajjah Rosmawati Haji Lasuke. Rosmawati kini adalah Pengurus Besar Pentadbiran dan Sumber Manusia Kumpulan Yayasan Sabah dan seorang usahawan yang memiliki Restoran Mawie, di King Fisher Park, Kota Kinabalu.

Rosmawati juga yang telah menguruskan Ijazah Master Bussiness Administration (MBA) daripada University Edith Cowan, Australia kerana Musa membeli ijazah berkenaan sebelum diikuti oleh kroninya seperti Datuk Musbah Jamli yang membeli ijazah palsu daripada Universiti Of Newcastle.

Selain Musa, beberapa Adun dan Ahli Parlimen juga terpalit dengan Skandal Seks terutama di Bahagian Silam (Lahad Datu dan Kunak).

Ahli Parlimen Silam, Samsu Baharun Haji Abdul Rahman yang sebelum ini memecat Adun Lahad Datu, Datuk Datu Haji Nasrun Datu Mansur sebagai Ketua Penerangan dan AJK Dilantik Umno Silam kerana mempunyai skandal dengan isterinya, Maizatul Akmam Haji Ahmad Alawi, masih menghadapi masalah dengan ‘isteri’ keduanya.

Mengikut siasatan Malaysia Today, Samsu yang sebelum ini turut menjadi mangsa apabila isteri pertamanya, Siti Jalmah Haji Aramain berlaku curang dan bersekedudukan dengan abang ipar Samsu, Datuk Haji Mohd Yusof Amat Jamlee. Setelah diceraikan, Yusof Jamlee kemudiannya mengahwini bekas isteri pertama Samsu selepas tamat tempoh iddah.

Namun Samsu mengahwini Dawani @ Nolsalmah Yusof sebelum mengahwini isterinya sekarang, Maizatul Akmam. Dawani memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap Samsu melalui tetuan Sugumar & Co apabila Samsu mengumumkan beliau hanya mempunyai seorang isteri sedangkan ketika pengumuman rasmi dibuat di khalayak ramai, mereka baru sahaja selesai menjalinkan hubungan batin suami isteri.

Maizatul merupakan anak kepada Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan yang mencetuskan kontroversi dengan fatwa songsang kepada bukan umat Islam berhubung isu Patung Dewi Laut Ma Tzu. Maizatul merupakan bekas Peguam Muda yang dilatih di Nasrun & Co sebelum berkhidmat dengan Tan Pang Sen & Co.

Seorang lelaki warga asing yang memiliki kad pengenalan projek, Sharif Saidi Sharif Alawi yang menyaksikan kecurangan Maizatul dan Nasrun telah diberikan sebuah kenderaan mewah (Rexton) bagi menutup mulut. Sharif Saidi juga dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Lahad Datu. Samsu hanya menamakan Maizatul Akmam sebagai isterinya yang sah tetapi masih ‘berkedudukan’ dengan Dawani yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Manakala Nasrun yang belum serik menjalinkan skandal dengan Maizatul turut terlibat pula dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol isteri penyokong kuatnya. Malang bagi Nasrun kerana sekalipun telah mengeluarkan banyak wang untuk menutup kes berkenaan, namun polis Bukit Aman masih menjalankan siasatan dan akan mendakwa Nasrun pada bila-bila masa.

Walaupun Nasrun hampir berjaya membeli suami mangsa dengan pujuk rayu dan imbalan wang, namun suami mangsa terpaksa tunduk kepada tekanan abang iparnya, seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.

Buku bertemu ruas ini membuatkan Nasrun berada di dalam dilema dan tidak lagi dapat mewakili Lahad Datu sekalipun diwar-warkan akan menggantikan Samsu di Parlimen Silam. Samsu tidak diturunkan kerana melakukan rasuah yang melampaui keraguan munasabah apabila membuat tuntutan palsu menggunakan nama enam orang ahli Umno dalam kes tuntutan bencana alam banjir.

Manakala Adun Kunak, Datuk Haji Jasa Datuk Haji Rauddah turut mempunyai skandal dengan Suraya Hussin, isteri Penolong Pegawai Daerah Kunak, Bahari Haji Yunus sehingga Bahari menceraikan isterinya. Kini Jasa mempunyai Skandal dengan Kerani Pembangunan Majlis Daerah Kunak, Norjeti Haji Sulaiman. Kes skandal Jasa telah dilaporkan oleh Malaysia Today dengan tajuk ‘Kerana jasa, penduduk Kunak malu tak terkata!’ “Jika dakwaan ini benar, mereka ini patut meletakkan jawatan kerana memalukan Umno,” ujar Ketua Cawangan Umno Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarul yang dihubungi melalui telefon.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, memang seluruh jentera kerajaan seperti Polis, SPRM dan Peguam Negara digunakan untuk melindungi segala bentuk jenayah dan penyelewengan pimpinan negara dan negeri, maka dah tiba masanya rakyat Sabah bersatu serta bangkit untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN di negeri ini dalam PRU13. Hanya inilah saja caranya untuk kita bawa Musa Aman dan seluruh gengnya ke muka pengadilan.

Di mana letaknya harga diri dan maruah kita sebagai rakyat bila terus memilih dan membiarkan saja pemimpin seperti Musa Aman ini terus bermaharajalela merompak segala kekayaan bumi Sabah untuk dirinya, keluarga dan kroni sedangkan masih ramai lagi rakyat hidup sengsara di bawah tahap kemiskinan tegar.

Negara dan negeri ini adalah milik rakyat. Bukan milik Najib, Rosmah dan Musa Aman.

"Pastikan BN Tumbang Dalam PRU13"

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger