Tuesday, October 6, 2009

UMNO Perosak Umat Islam

Lihatlah gelagat artis/pelakon Azizah Mahzan. Inilah salah satu daripada kejayaan UMNO
dalam melahirkan 'produk sekular'nya. Najib pulak bagitau bahawa UMNO adalah
parti Islam sebenar. Kepala bapok dia...

Sejak hari pertama kita menjengah dunia ini, maka bermulalah satu proses 'rebranding' dalam diri kita. Walaupun kita lahir ke dunia sebagai 'insan kamil' namun kekamilan itu akan berubah mengikut acuan yang dipilih oleh kedua ibubapa kita. Jika acuan yang digunakan mereka adalah Acuan Allah, maka selamatlah kita dalam erti kata sebenar bagi meneruskan kehidupan di dunia yang penuh cabaran, dugaan dan tipu-dayanya. Jika sebaliknya kita akan melalui satu proses 'penjenamaan' semula yang pastinya membawa kesan negatif yang tidak kurang bahayanya.

Allah SWT sendiri menegaskan dalam Al-Qur'an bahawa kedua ibubapa yang bertanggungjawab mencorak anak-anaknya samada menjadi Muslim, Yahudi, Nasrani atau Majusi. Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya.

Lihat saja diri kita. Bagaimana kita melalui proses penjenamaan itu. Dari kanak-kanak sehinggalah masuk alam persekolahan. Selepas taman zaman persekolahan ada yang menyambung pelajaran ke universiti, politeknik, kolej dan sebagainya. Lepas tu bekerja samada dalam sektor awam maupun swasta malah ada yang buat bisnes sendiri.

Yang jelas kebanyakan dari kita semua keluar dari 'kilang sekular'. Samada di sudut pendidikan formal maupun 'way of life' kita. Hidup kita selama ini telah terdidik dengan satu doktrin "Belajar rajin-rajin, kemudian dapat kerja bagus dan bergaji besar. Boleh beli kereta besar dan dapat bini pun besar..." Kita belajar agama hanya setakat nak lulus periksa saja. Dari Darjah 1 hingga 6. Kalau bernasib baik dapatlah naik ke darjah khas. Habis sekolah agama, maka tutuplah kitab. Waktu itu kita rasa dah cukuplah pelajaran agama. Asal tahu Fardhu 'Ain dah kira okaylah tu. Guru agama sekular pulak bagitau asal sembahyang dan puasa cukup, keluar zakat dan pergi haji maka kita akan masuk Syurga.

Masa tu kita rasa senang betul nak masuk Syurga. Jadi doktrin "Asal Islam saja masuk Syurga". Hasil dari ajaran ini kita pun confident betul bila mati nanti akan dapat Jannah. Kita juga tak pernah diajar tentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan 'Aqidah kita rosak. Yang diberitahu hanyalah jangan melakukan syirik kepada Allah. Waktu itu kita hanya faham perbuatan syirik adalah menyembah berhala saja. Jadi kita tak risaulah sebab kita tak akan sekali-kali menyembah patung atau berhala. Rentetan dari sini kita begitu yakin tidak akan terlibat dengan perbuatan syirik ini.

Bila dah semakin dewasa dan secara kebetulan diberi hidayah oleh Allah untuk duduk dalam PAS, barulah sedar betapa banyak perkara yang kita tak tahu tentang hal-hal yang menyebabkan 'Aqidah Islam boleh rosak. Selain daripada perbuatan menyembah berhala, banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu rosak 'Aqidahnya tanpa sedar. Antaranya ;

1- Menyakini bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam.

2- Menyokong dan menjadi ahli sesebuah parti yang tidak mengambil Al-Qur'an dan Hadis sebagai perlembagaannya.

3- Memisahkan agama dengan politik (pemerintahan).

4- Menyokong pemimpin yang sengaja menolak Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

5- Berkata sesuatu perkara yang boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam. Contohnya "Kalau kita sokong PAS, habislah tangan kena potong".

6- Menghina Sunnah Rasulullah. Contohnya "Dulu Rasulullah simpan janggut sebab takde pisau cukur".

7- Bersetuju atau redha dengan ucapan pemimpin yang menghina Islam. Contohnya bertepuk tangan bila pemimpin kata "Mana ada orang yang mati hidup semula dan bagitau kita semua tentang siksa kubur. Orang PAS asyik sebut pasal Syurga dan Neraka seolah-olah mereka tahu sapa yang boleh masuk Syurga atau Neraka".

Samada kita sedar atau tidak, kadang-kadang 'Aqidah kita boleh tergelincir sekelip mata disebabkan kejahilan sendiri.

Apa yang melanda majoriti umat Islam hari ini amat membimbangkan. Baru sehari dua kita dikejutkan dengan kejadian gempabumi di Padang, Indonesia. Adakah kita memandang kejadian gempa ini sebagai fenomena alam ataupun sebagai amaran dan bala' daripada Allah ?

Bagi golongan fasik, munafiq dan kafir akan memandang kejadian ini sebagai fenomena biasa kerana Indonesia memang terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik. Bagi golongan yang beriman dan bertaqwa pula akan melihat kejadian ini sebagai amaran dan bala' daripada Allah disebabkan dosa dan kesalahan umat Islam sendiri.

Kita sendiri tahu majoriti umat Islam Indonesia hari ini sudah semakin rosak akhlaknya. Islam mereka hanya tinggal nama saja. Indonesia sendiri memang terkenal dengan Ilmu Putih dan Hitamnya. Sebagaimana banyaknya pesantren (pondok) pengajian Islam di sana, begitulah juga banyaknya pusat-pusat Ilmu Hitam, hiburan dan maksiatnya. Bagi orang yang biasa pergi ke Indonesia, mereka sudah tak terkejut bila melihat remaja, gadis dan wanita Islam yang bekerja sebagai pelacur di hotel-hotel murah dan mewah di seluruh Indonesia. Bila kita tanya mengapa buat kerja itu, jawabnya "Mahu cari wang Pak. Tanggung keluarga. Saya tahu ini salah tapi terpaksa..."

Teringat saya tentang fatwa bodoh dan sesat si Masitah Ibrahim. Si ustazah setan ini boleh cakap "Boleh melacurkan diri jika darurat..." Inilah salah satu bukti bila seseorang itu jadi ahli UMNO, maka secara automatik akan bertukar jadi jahat macam setan. Begitu juga dengan bekas Imam Besar Mesjid Negara, Datuk Firdaus Ismail. Bila dia kalah dalam PRU11 lalu di Permatang Pauh, habis tong undi ditendangnya pasal tak puashati. Memang benarlah UMNO ni Parti Syaitan. Bagi golongan agama bila masuk je UMNO akan bertukar jadi 'Syaitan Kabir'. Manakala golongan biasa akan jadi "King Of The Devil".

Mengapa majoriti umat Islam masih setia dengan UMNO ? Mudah saja nak menjawab persoalan ini. Sebab tak faham hakikat Islam itu sendiri. Bagi pendirian peribadi saya, jika masih setia dan menyokong UMNO sehingga mati, confirm masuk Neraka Jahannam. I'm saying that not because as a member of PAS but Allah says in Surah Al-Ahzab (33) : Verses 66 - 68.

Hasil daripada pemerintahan sekular UMNO, hari ini kita boleh lihat sendiri betapa rosaknya umat Islam dalam negara. Jumlah yang disahkan murtad sudah melebihi angka 250 ribu, yang tak bersembahyang pula entah berapa juta. Yang sesat duduk dalam UMNO hampir 2 juta. Perzinaan dah jadi perkara biasa. Rasuah pula dah jadi satu 'trend' hari ini. Berlaku dalam semua jabatan dan agensi kerajaan maupun swasta. Jenayah berlaku dah sama macam kat negara Barat dan Eropah. Rakyat dihidangkan dengan pelbagai jenis hiburan 24 jam. Artis-artis diberi ruang seluas-luasnya sebagai ejen perosak akhlak golongan muda dan remaja.

Bagi para Alim Ulama' dan golongan agama yang berani dan jujur dengan ilmunya disekat dari menyampaikan kuliah dan ceramah mereka. Tindakan sebegini memang sengaja dibuat oleh UMNO bagi menyekat umat Islam daripada memahami Islam yang sebenar. Bila mereka faham Islam yang betul, sudah tentu akan meninggalkan UMNO kerana tahu kesesatan parti itu.

Wahai saudara Islam ku, marilah kita 'berhijrah' dengan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Jazakallah.

Sunday, October 4, 2009

Parti Toghut - PKR Akan Ikut Jejak S46

Saya mengaku kebanyakan tulisan saya agak keras bila menyentuh tentang UMNO dan parti-parti lain yang sewaktu dengannya. Keutamaan saya adalah semata-mata mahu menyeru umat Islam agar berpegang kepada 'Aqidah yang benar dan murni. Selama ini umat Islam tidak sedar bahawa salah satu penyebab kepada rosaknya 'Aqidah Islam apabila menyokong sebuah parti yang jelas dasar dan fahamannya sesat lagi menyesatkan. Oleh kerana UMNO adalah sebuah parti kebangsaan Melayu yang majoriti ahli dan penyokongnnya beragama Islam, maka adalah menjadi kewajipan kita untuk menerangkan yang haq. Mudah-mudahan mereka diberikan oleh Allah hidayah dan petunjuk serta segera meninggalkan PARTI TOGHUT yang terbesar di negara ini.

Selain UMNO, PKR juga berfahaman sekular. Bezanya hanya PKR ini nampak macam bersih. Samada bersih betul ataupun tidak itu kita tak pasti. Bukan kerja kita nak siasat macam CSI bagi memastikan ianya benar-benar bersih. Walau bersih sekalipun, samada UMNO atau PKR adalah serupa kerana dasar dan perlembagaannya tidak Islam. Sebagai Muslim yang mahu Islamnya diterima oleh Allah, maka jangan sekali-kali menjadi ahli mana-mana parti yang berfahaman sekular, sosialis, liberal dan sebaginya. Biarlah golongan fasiq, munafiq dan kafir saja yang menganggotainya.

Dah terbentang di depan mata kita sebuah parti/jamaah yang jelas dasar dan perjuangnnya. Yaitu PAS. Perlembagaannya Al-Qur'an, Sunnah, Ijma' Ulamak dan Qias. Jadi tiada alasan untuk kita memilih yang lain. Esok apa kita nak jawab di hadapan Allah SWT ?

Jika air sirap yang nak diminum kemudian dicampurkan dengan sedikit arak. Mahukah anda meminumnya ? Sudah tentu anda tidak mahu meminumnya kerana dah jadi haram. Begitu juga dengan parti politik. Bila dasar dan perlembagaannya sekular (Kristian), maka adalah haram hukumnya kita menyokong dan menganggotainya. Kalau kita menyokong juga bermakna kita redha dengan dasar dan perlembagaannya. Bila redha apa bezanya kita dengan penganut Kristian. Nak lebih jelas pergi rujuk kepada Ulama' yang haq.

Apakah PKR Mampu Bertahan ?

Inilah akibatnya jika Islam tidak dijadikan tunjang dan dasar perjuangan parti. Pasti banyak kelemahannya dan tidak 'panjang umur' Walaupun 'kepala' parti itu seorang MUslim tapi bila dah dasarnya mengambil fahaman dan doktrin ciptaan manusia, maka kita tunggu sajalah saat kehancurannya. Begitu juga dengan UMNO hari ini. Mampu bertahan setakat ini kerana menjadi pemerintah. Ditambah pula dengan kebodohan ahli dan penyokongnya. Merompak dan menyamun wang rakyat bagi meneruskan survival. Sepatah kata orang kuat UMNO Bahagian yang memang dah meluat dengan perjuangan munafiq parti itu "UMNO boleh hidup hari ini kerana ada duit'. Tanpa wang UMNO dah lama mampus.

Manakala parti-parti pembangkang yang baru ditubuhkan pula hanya mampu bertahan seketika mengikut arus perdana. Sejarah telah membuktikan segalanya. Kita tak pernah lupa bagaimana boleh wujud Parti Semangat 46. Kewujudannya ekoran pengharaman UMNO. UMNO didaftarkan semula sebagai sebuah parti baru. UMNO asal yang ditubuhkan dalam tahun 1946 sudah ghuyub. Jadi 'orang kuat' UMNO seperti Ku Li, Pak Lah, Rais Yatim dan beberapa kerat yang lain menubuhkan Parti Semangat 46 sebagai jelmaan dari UMNO asal. Tindakan penubuhan ini dilihat seolah-olah mereka hanya sayangkan UMNO asal dan tidak mengiktiraf UMNO Baru ciptaan Mahathir.

Ramai penganalisa politik melihat tindakan Ku Li menubuhkan S46 sebagai 'menangguk di air keruh' ekoran pengharaman UMNO. Sebelum pengharaman tersebut, berlaku Pemilihan UMNO dalam Perhimpunan Agong 1987 di mana berlaku perebutan jawatan Presiden antara Team A Mahathir dan Team B Ku Li. Dalam pertandingan itu Mahathir menang dengan kelebihan beberapa undi saja. Dipercayai Mahathir 'menipu'. Ku Li tahu hal ini dan menyimpan 'dendam' peribadi. Malah pengharaman UMNO itu sendiri adalah salah satu strategi dan rancangan Mahathir. Dengan UMNO Baru, Mahathir dilihat sebagai 'pioneer' parti itu, bukan lagi Tunku Abd.Rahman.

Oleh kerana baru ditubuhkan, maka S46 perlu rakan untuk berhadapan dengan UMNO/BN dalam PRU8 1990. PAS sebagai sebuah parti Islam dengan tangan terbuka menerima S46 sebagai rakannya. Hasil dari pakatan inilah tertubuhnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Hasil dari kerjasama ini membuahkan hasil sehingga Kelantan berjaya ditawan dalam 1990.

Namun 'jodoh' antara PAS dan S46 tidak bertahan lama. S46 yang disangka 'kuat iman' rupanya rebah juga akhirnya kerana para nakhodanya kecewa bila kalah di seluruh negeri dalam PRU 1990 kecuali di Kelantan dan 1 kerusi Parliemn di Terengganu. Mengapa mereka mudah rebah ? Sebab mereka menubuhkan S46 kerana 'kecewa' bukannya atas dasar kesedaran untuk membela rakyat. Pada perkiraan politik mereka sudah tentu ahli dan penyokong UMNO ketika itu akan bersama mereka sebab UMNO asal sudah diharamkan dan secara automatik keahlian juga terbatal. Logiknya peluang untuk menang besar bagi Parlimen dan DUN itu ada dan Ku Li akan jadi PM. Mereka lupa Mahathir orangnya bijak dan licik.

Akhirnya seorang demi seorang 'orang kuat S46' kembali semula ke pangkuan UMNO termasuk Ku Li sendiri. Mahathir tersenyum puas melihat 'orang-orang bodoh' itu balik ke rumah asal.

Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat. Sebuah parti pelbagai kaum dan agama serta pelbagai fahaman di dalamnya. Ada yang islamik, orientalis, sosialis, komunis, pragmatis dan entah apa jadah lagi. Ada yang jadi talibarut Yahudi dan kuncu-kuncunya.

Sebenarnya tiada beza antara UMNO, S46 dan PKR. Sebagaimana S46 wujud, maka begitulah juga dengan PKR. Cuma bezanya dari sudut keahliannya. S46 hanya disertai oleh orang Melayu manakala PKR agak lebih 'advance' dengan keahliannya dari pelbagai bangsa. Namun lahirnya kedua-dua parti ini hasil dari perpecahan UMNO.

Semua orang mengakui pengaruh dan kekuatan PKR lebih kepada faktor Anwar itu sendiri. Samada kita mahu percaya atau tidak, jika Anwar mati kelak dengan sendirinya PKR akan berkubur begitu saja. PKR hanya bergantung kepada faktor simpati rakyat terhadap Ketua Umum parti itu. Dan hari ini orang sudah mula mempertikaikan kewibawaan dan janji-janji Anwar yang dibuat tahun lepas. Bermula dengan propaganda 31 MP BN akan menyertai Pakatan, 16 September dan kemudian ditunda selepas Hari Raya Korban namun tiada apa-apa. Di sinilah letaknya 'kebodohan' dan 'keghairahan' Anwar nak jadi PM.

Jika dalam PRU13 kelak Pakatan Rakyat masih gagal memerintah negara, kita akan lihat seorang demi seorang pemimpin PKR dan ahlinya akan meninggalkan parti itu. Berapa kerat sangat di kalangan pimpinan PKR yang betul-betul ikhlas untuk menentang kezaliman dan penyelewengan. Memang tak dinafikan ada tetapi terlampau sedikit. Masalahnya sekarang ialah ahli-ahli bawahan. Apakah Anwar dan barisan pimpinannya boleh menjamin yang ahlinya tidak keluar meninggalkan parti itu. Tanpa ahli yang setia dan komited, maka dengan sendirinya PKR akan berkubur.

Kita tahu Anwar mempunyai 'sponsor' luar untuk menggerakkan partinya. Difahamkan para sponsor Anwar ini mahukan PKR menjadi 'ketua' dalam Pakatan Rakyat seterusnya mendominasi jumlah kerusi Parlimen yang bakal dimenangi. Hanya dengan cara ini sajalah yang membolehkan Anwar menjadi PM. 'Secret Plan' ini memang dirancang bagi menghalang PAS menjadi peneraju negara. 'Rakan' Anwar dari luar ini memang cukup bimbang dengan kemaraan dan pengaruh PAS yang semakin kuat.

Bagi Anwar pula, tak perlulah cuba berselindung di sebalik kata-kata manis bagi menunjukkan dirinya juga seorang Islamik. Tak perlu hipokrit. Segala pekong kamu sudah diketahui. Dr Yusof Al-Qardawi pernah berpesan kepada Presiden PAS "Berhati-hati dengan Anwar..." ketika TG Hj Hadi bertemu dengannya di LOndon tahun lepas.

Sebagai Muslim kita mesti membenci apa yang dibenci oleh Allah. Kita dah diperintahkan oleh Allah agar duduk dalam jamaah/parti yang berlandaskan Al-Qur'an dan Hadis. Yang kita jadi bodoh duduk dalam parti seperti UMNO dan PKR sapa suruh. Biarlah golongan fasik, munafiq dan kafir yang jadi ahli 2 parti ini. Apakah kita lupa bahawa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Kemenangan adalah hak milik mutlak Allah. Allah boleh bagi menang pada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Namun perlu diingat selagi umat Islam masih berdegil dan tidak mahu kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah sepenuhnya, maka selagi itulah Allah akan membiarkan golongan jahat dan zalim seperti pemimpin UBN terus berkuasa dalam negara.

Kesimpulannya mudah. UMNO = PKR = DAP = Toghut.

Selamatkanlah 'Aqidah Sebelum Terlewat

Friday, October 2, 2009

Nyawa UMNO / BN Hanya Di Sabah & Sarawak

UMNO dan BN kini semakin terdesak dalam nak menghadapi PRU13 kelak. Mereka sudah mula merasa bahang 'kepedihan' dalam nak mempertahankan kerusi Parlimen di Semenanjung. Kemungkinan besar UBN akan kehilangan lebih banyak lagi kerusi di Semenanjung berbanding PRU12 lalu. Salah satu negeri yang begitu mencemaskan mereka adalah Terengganu.

Dijangka Pakatan Rakyat akan berjaya merampas kembali beberapa kerusi Parlimen dalam negeri penyu ini di samping merampas semula pemerintahan negeri. Selain Terengganu, Negeri Sembilan juga merupakan 'kawasan hitam' bagi UBN. Pakatan Rakyat juga dilihat mampu bertahan di 4 buah negeri yang diperintah serta mempunyai peluang cerah merampas kembali Perak.

Ekoran kebimbangan ini, UBN telah memutuskan untuk melakukan penambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Perlu disedari kedua-dua negeri ini merupakan 'fix-deposit' UBN. Tanpa sumbangan kerusi Parlimen dari 2 negeri ini, UBN telah ghuyub dalam PRU12 lalu. Mereka dah jadi pembangkang sekarang.

Saya mendapat maklumat tentang penambahan kerusi Parlimen ini malam tadi. Informer bagitau saya persempadanan semula di 2 buah negeri ini akan dibuat tak lama lagi untuk menghadapi PRU13. Di Sabah, salah satu kawasan Parlimen yang disahkan akan dipecah menjadi dua bahagian ialah Ranau. Sekarang Parlimen Ranau terdiri daripada 3 DUN iaitu Kundasang, Karanaan dan Paginatan. Salah satu DUN ini akan dipindah ke dalam kawasan Parlimen yang baru. Hasilnya Daerah Ranau akan mempunyai 2 kawasan Parlimen dan 4 DUN.

Kawasan Parlimen yang mempunyai 3 DUN akan dipilih untuk tujuan persempadanan semula. Di Sabah beberapa kawasan dijangka terlibat seperti P167 Kudat, P169 Kota Belud, P170 Tuaran, P172 Kota Kinabalu, P179 Ranau, P180 Keningau, P188 Silam, P189 Semporna, P190 Tawau dan P191 Kalabakan. Manakala di Sarawak pula beberapa kawasan Parlimen dijangka terlibat seperti P193 Santubong, P194 Petra Jaya, P196 Stampin, P212 Sibu, P217 Bintulu dan P219 Miri.

Jika benar kesemua kawasan ini akan dipecah dua, maka jumlah penambahan kawasan Parlimen baru di 2 negeri ini sebanyak 16 kerusi.

Inilah tindakan pengecut pemimpin UBN yang sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa mereka. Bak kata orang "Berani kerana benar, takut kerana salah". Disebabkan sudah terlampau banyak dosa ekoran penyelewengan dan rasuah yang dilakukan, maka para pemimpin UBN hari ini sedang dilanda penyakit sawan 'takut kalah'. Apa tidaknya. Mereka tahu jika Pakatan Rakyat yang memerintah negara kelak, segala pekong dan kudis mereka akan terbongkar. Yang pasti rakyat akan bangkit mendesak kerajaan baru agar menangkap segala penyangak dan penyamun ini untuk dibawa ke Mahkamah Rakyat. Rampas balik semua kekayaan mereka hasil daripada menyamun harta milik negara dan rakyat jelata. Jika mereka didapati bersalah oleh mahkamah, penjarakan mereka. Bagi yang terlibat dengan jenayah bunuh, biar mereka dihukum gantung sampai terjelir lidah.

Jika Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat enggan bertindak ke atas mereka, tunggulah jawapan daripada rakyat pula.

Persoalannya, apakah kita sebagai rakyat negara ini masih rela diperbodohkan terus-menerus oleh UMNO dan BN yang telah terbukti 'sangat jahat' ini. Jika kerajaan Shah Iran boleh dijatuhkan oleh rakyatnya melalui Revolusi Islam Iran, mengapa kita di Malaysia takut untuk melakukan perubahan demi kebaikan bersama.

Sudah 52 tahun negara ini diperintah oleh BN, apa yang kita dapat ? Negara kita kaya dengan pelbagai sumber hasil bumi tetapi hidup kita semakin hari bukan semakin senang malah semakin dibebani dengan pelbagai jenis kenaikan barang keperluan. Di mana letaknya akal dan mata hati kita selama ini. Tidak cukupkah lagi bukti-bukti yang berlaku di depan mata kita selama ini.

Bagi rakyat Sabah, sedarkah kamu tahap kemiskinan di negeri ini adalah yang paling buruk sekali. Yang kaya-raya ialah Musa Aman dan ahli keluarganya serta para menteri yang hanya tahu angguk kepala saja pada bos. Cuba lihat sendiri projek perumahan yang sedang pesat dilaksanakan di sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Lihat saja harga rumah yang dibina. Rumah kos rendah saja berharga lebih RM 60,000 manakala kos sederhana mencecah harga lebih RM 100,000. Manakala harga bagi rumah teres 2 tingkat yang keluasan tanahnya sekitar 20' x 85' sekitar RM 240,000 hingga RM 280,000. Yang lainnya berharga lebih daripada RM 300,000 hingga RM 980,000.

Cuba tanya sapa yang mampu beli rumah sebegini mahal. Beza antara harga rumah di Sabah dengan di Semenanjung adalah 2x ganda. Jika anda membeli sebuah rumah kos sederhana di Sabah yang berharga RM 120,000, dengan nilai yang sama anda mampu memiliki sebuah rumah teres 2 tingkat yang lebih luas di Johor.

Adalah amat malang sekali bagi kita sebagai rakyat Sabah yang terus ditindas dengan pemerintah yang rakus dan tamak haloba ini. Harga tanah yang melambung ini sengaja dibuat oleh pemerintah negeri kerana setiap daripada mereka ada habuan masing-masing. Tiada alasan untuk menaikkan harga tanah sebegini tinggi sedangkan dalam waktu yang sama Sabah merupakan negeri yang mempunyai tahap kemiskinan yang paling corot dalam negara.

Tak tahulah apa akan jadi dengan Negeri Di Bawah Bayu ini jika orang macam Musa Aman terus jadi Ketua Menteri. Yang pasti tahap kemiskinan penduduk negeri ini semakin teruk.

Tiada jalan lain lagi untuk menyelamatkan negeri yang bertuah ini dan juga negara melainkan kita semua mesti membuat perubahan drastik dalam PRU13 kelak. Sudah sampai masa untuk kita 'menidurkan BN' buat selamanya dengan memilih Pakatan Rakyat. Sebagai rakyat sebenarnya kita yang menjadi 'raja', bukannya mereka. Apa bodohnya kita untuk terus memilih mereka dalam pilihanraya. Bila mereka dah menang, habis kita semua dipijak dan ditindas.

Ingat dan simpan dalam kepala, kita adalah 'raja' manakala mereka yang jadi wakil rakyat adalah 'kuli' kita. Kita pilih mereka dalam pilihanraya kerana mahu nasib kita dibela dan hak kita dipelihara. Malangnya apa yang berlaku sekarang terbalik. Lepas kita undi mereka dan menang, kita pulak yang jadi 'hamba' mereka. Hidup kita semakin susah manakala mereka semakin mewah dan kaya-raya. Lepas tu bila muncul semula pilihanraya, kita masih lagi dok undi mereka kerana terpedaya dengan janji-janji manis. Sapa yang bodoh ? Kita atau mereka ? Tepuk dada tanya iman...

Mari Kita Gulingkan Barisan Nasional Dalam PRU13 Nanti !!!

Thursday, October 1, 2009

Inkues Teoh - Peguam Negara Cuba Halang Pegawai Kanan SPRM Beri Keterangan

Govt Lawyer Seeks To Block Senior MACC Officers From Testifiying

SHAH ALAM, Oct 1 – The Attorney General (AG) appears to be closing doors today in an attempt to bring a quick end to the high-profile inquest into the death of a DAP political aide, which started three months ago.

Teoh Beng Hock, the political secretary to state executive councillor Ean Yong Hian Wah, was mysteriously found dead on a 5th-floor landing outside the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) Selangor office at Plaza Masalam here on July 16, after being questioned overnight into claims his boss abused state money.

His family and employer claim foul play was involved.

A private lawyer hired to act on behalf of the AG raised more than eyebrows today when he tried to limit the witnesses which lawyers representing Teoh’s family and the state government want to bring in.

Former deputy public prosecutor, Tan Hock Chuan, who is assisting the coroner’s court, had argued that there was no need to call senior graft busters, Hishamuddin Hashim and Hairul Ilham Hamzah, into the witness box, despite testimonies from the MACC rank-and-file that they had received their instructions from the two.

It was not the first time he tried to shut the door on further questioning of the MACC.

Tan first made the indication last Tuesday, when he told magistrate Azmil Muntapha Abas, who is acting as coroner, that he would not be calling any more MACC men into the witness box.

The last MACC officer who testified was senior assistant enforcer, Raymond Nion John Timban, said to be the last man to see Teoh alive.

In his statement given before the inquest took a two-week break for Aidilfitri, Raymond said he saw Teoh sleeping on a sofa in the MACC office about 6am on July 16.

He added that an unknown Chinese man who was not part of the MACC had sat with Teoh earlier, about 1am the same day.

Gobind Singh Deo and Malik Imtiaz Sarwar, lawyers for the Teoh family and Selangor respectively, were outraged at what they claimed was a gross injustice preventing them from finding out what had really happened to Teoh.

Malik stressed that both Hishamuddin and Haidul Ilham were the most senior MACC officers involved throughout the investigation and would be the best men to shed light on several puzzles, especially as their junior officers had clearly said they got orders from the duo.

The argument went back and forth, with voices increasingly raised.

The magistrate finally said he would decide on the matter when the inquest resumes tomorrow morning with government DNA expert, Dr Seah Lay Hong, recalled to the witness box.

Tan had earlier told the court that the mystery of the unknown male DNA found on Teoh’s coat and belt had been solved.

Source : themalaysianinsider

PRK Bagan Pinang - Pakatan Rakyat Kalah ?

Walaupun media pro Pakatan Rakyat menyiarkan berita yang positif tentang peluang PAS dalam PRK Bagan Pinang namun jauh di sudut hati saya berkata "Bolehkah PAS menang ?" Walaupun sebagai ahli PAS tetapi saya lebih suka berpijak di bumi nyata. Memang kita mahu PAS menang dalam pilihanraya tetapi biarlah kita tahu mengukur sejauh mana kemampuan dan gerakerja yang telah dilakukan.

Memang dalam 'tabiat' politik, propaganda (psywar) itu perlu bagi menggertak musuh dan 'menggosok' minda pengundi tetapi kadangkala perlu diubah teknik perang psikologi ini. Sebagaimana yang kita maklum pihak musuh UBN ada segalanya. Dalam konteks PRK Bagan Pinang ini UBN akan memanipulasikan kira-kira 4,500 undi tentera (undi pos). Dan inilah 'nyawa' BN untuk menang.

Memang kita sedia maklum bahawa majoriti anggota tentera pro Pakatan Rakyat. Masalahnya adakah anggota tentera di Kem Port Dickson ini akan membuang undi sebagaimana biasa seperti orang awam. Atau kertas undi akan diberikan kepada mereka dalam sampul surat yang tertulis No Tentera masing-masing dan kemudian akan diserahkan kepada Pegawai atasan mereka yang dilantik sebagai wakil SPR. Selepas itu barulah pegawai mereka akan keluarkan kertas undi tersebut untuk dimasukkan ke dalam peti Undi Pos.

Jika benarlah kaedah ini yang digunakan, maka jangan diharap majoriti anggota tentera yang berani untuk mengundi PR kerana identiti mereka boleh dikenalpasti melalui sampul surat tersebut. Bagi anggota tentera yang sokong Pakatan Rakyat, mereka ada 2 opsyen saja yaitu,

1- Jika berani menanggung risiko, maka keluar mengundi di kem dan UNDI PAS.

2- Jika tak sanggup berhadapan dengan tindakan, tak payah buang undi.

Bila melihat dari rekod PRU12, memang PR ada peluang untuk memenangi DUN Bagan Pinang jika tiada 'gangguan' undi pos tentera yang begitu besar jumlahnya. Dipercayai SPR yang jadi 'pecacai bangsat' UBN tidak akan sesekali memansuhkan Undi Pos ini walaupun ianya sudah tak perlu lagi pada masa ini. Tentera hari ini bukan lagi macam dulu asyik masuk hutan kejar komunis. Tentera kita sekarang kerja dah mudah. Paling tidak pun buat latihan ketenteraan sesekali saja. Selebihnya terbang sana terbang sini ikut misi bantuan PBB. Balik Malaysia dapat elaun banyak.

Ekoran dari masalah penipuan Undi Pos ini, Pakatan Rakyat perlu lakukan 'silent psywar' terhadap anggota keselamatan yang ada dalam negara. Kita jangan lupa ramai di kalangan anggota tentera dan Polis yang sokong dan simpati kepada PR namun mereka terpaksa 'membisu' disebabkan tak mahu kerjaya mereka tergugat. Kita dah tahu undi pos ini akan terus digunakan oleh UBN untuk menang, maka kita jangan terlampau banyak buang masa 'complaint' pasal ini lagi. Sudah sampai masanya PR ubah strategi dan pendekatan sehingga undi pos ini pulak beri advantage pada kita.

Dulu bila SPR menguatkuasakan peraturan baru di mana tempat mengundi adalah mengikut alamat yang tertera dalam kad pengenalan. Sebenarnya peraturan ini menguntungkan Pakatan Rakyat namun disebabkan kelalaian dan kelemahan jentera, maka ianya hanya menguntungkan UBN saja. Sepatutnya Pakatan Rakyat menubuhkan satu task-force dalam setiap Parlimen bagi melakukan tugas 'Kad Pengenalan' ini. Tapi malangnya hanya 'hangat-hangat tahi ayam'. Lepas tu bila kalah mulalah menyalahkan UBN yang menipu begitu dan begini. Kita sendiri dah tahu memang kerja mereka menipu, mengugut dan membeli undi. Habis yang kita ni pulak tak tahu nak 'menipu'. Bukankah tipu helah itu adalah salah satu strategi dalam peperangan.

Saya begitu optimis jika Pakatan Rakyat buat kerja sungguh-sungguh dari dulu, tak mustahil PRU12 dulu kita dah perintah negara tapi ini tak berlaku sebab salah sendiri. Cuba tanya jentera kita pasal pengundi di lokaliti masing-masing beberapa soalan berikut ;

1- Berapa buah rumah yang ada dalam lokaliti ini ?

2- Siapa tuan-rumahnya, berapa ramai anaknya, berapa orang yang telah bekerja dan sokong apa ?

3- Ada tak maklumat lengkap tentang setiap isi rumah ?

4- Bagaimana status culaan setiap isi rumah itu dan sekerap mana dibuat ?

5- Ada tak disimpan maklumat lengkap tentang individu yang keluar mengundi dalam pilihanraya lalu bagi setiap lokaliti ?

6- Tahukah berapa jumlah pengundi tempatan yang bekerja di luar ? Adakah mereka balik mengundi ?

Percaya atau tidak, kita akan dapat jawapan bagi setiap soalan ini lebih kurang begini ;

Jawapan 1 - Rasa-rasanya ada dalam lebih kurang 50 buah rumah kot.

Jawapan 2 - Tuan rumahnya si pulan bin pulan, anaknya lebih kurang 5 orang. Tak tahulah pulak jika ada yang bekerja. Rasanya macam sokong PAS.

Jawapan 3 - Takde.

Jawapan 4 - Ada juga buat culaan bila dekat pilihanraya. Itu pun secara rambang.

Jawapan 5 - Takde.

Jawapan 6 - Tak tahu.

Macamana kita nak menang jika maklumat penting sebegini takde dan tak lengkap. Main agak-agak saja. Hasilnya kerja dakwah dan penerangan tidak menepati sasaran. Macamana nak tepat, takde maklumat. Risalah menimbun-nimbun dalam bilik gerakan. Dah bubar Parlimen, barulah nak diedarkan. Sapa yang nak baca risalah yang datang berpuluh keping. Akhirnya mereka buat bungkus nasi lemak atau dibuang ke dalam tong sampah. Bila kalah, mudah saja lidah beri alasan "Allah belum lagi mahu beri kita menang..." Tak malukah kita pada Allah dengan alasan yang kita beri ini ? Dahlah kerja yang kita buat secara sambil lewa, lepas tu kita tawakkal.

Jika senario ini tidak diubah, jangan kita bicara soal kemenangan.

Sebelum tidur, marilah kita berdoa' semuga Allah berikan kemenangan kepada calon PAS di Bagan Pinang. Dengar khabar jentera PR di Bagan Pinang telah bertungkus-lumus sejak sebelum PRU12 bagi mencapai kemenangan. Yakinlah, Allah pasti bantu kita jika kerja yang dibuat secara teratur, bermaklumat lengkap dan istiqamah.

Takbir 3x ...

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger