Friday, November 19, 2010

US Federal Reserve digodam rakyat Malaysia

Penulis rasa 'excited' bila dapat tahu seorang rakyat Malaysia berjaya menceroboh (hacking and cracking) rangkaian sistem Simpanan Rizab Persekutuan Amerika. Lebih menarik lagi bila pemuda berusia 31 tahun ini dikatakan turut berjaya memecah masuk beberapa sistem pertahanan komputer termasuk Pentagon di negara Polis Dunia itu yang selama ini begitu angkuh mendakwa memiliki rangkaian sistem pertahanan siber yang ampuh.

Pada asasnya penulis tumpang 'bangga' kerana ada juga di kalangan rakyat Malaysia yang genius serta mampu menggodam sistem pertahanan siber negara angkuh itu. Yang penulis kesalkan bila mana dia berjaya mencuri 400,000 nombor kad kredit dan debit.

Penggodam M'sia ditahan 'curi' 400,000 kad kredit

Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

cyberterrorismLin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam. Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.

internet media and print mediaPasukan perkhidmatan perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.

Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'.

- AFP

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger