Thursday, November 18, 2010

Kesian Soi Lek... perlu rawatan mental

Belum pernah berlaku dalam sejarah negara bila mana seorang pemimpin bukan Islam dari parti komponen BN boleh menyalahkan cuti umum 'Idil Adha sebagai punca banyak kedai tutup di sekitar Kota Bharu. Penulis rasa memang Presiden MCA ni ada mengalami masalah mental dan memerlukan rawatan segera. Bimbang kalau tak dirawat, makin meroyan pulak. Nampaknya makin ramai pimpinan utama parti komponen BN ni yang tak waras. Alignment otak mereka tak betul.

Mungkin Soi Lek sangat tertekan ekoran sikap majoriti masyarakat Cina tanahair kini beralih kepada Pakatan Rakyat. Almaklum sajalah selepas PRU12 lalu, MCA dan Gerakan menjadi sasaran UMNO ekoran kehilangan majoriti dua pertiga BN.

Sebenarnya pemimpin MCA tidak sedar UMNO telah memperalatkan mereka bagi meraih sokongan Cina dalam PRU sejak merdeka lagi. Dan UMNO jugalah yang jadi punca utama masyarakat Cina hilang kepercayaan pada BN dalam PRU12 lalu. Malahan penulis sendiri pernah bertanya dengan beberapa orang Cina bagi mendapatkan respon mereka tentang UMNO. Spontan mereka menjawab;

"UMNO manyak jahat loo... dia olanglah kasi losak itu kepala-kepala MCA dengan lasuah, projek. Lu tengok MCA sekalang bukan macam dulu loo. MCA punya olang sudah tidak peduli sama Cina miskin sebab dia olang sudah manyak kaya. UMNO kasi makan besar loo. Lu tengok ha... kalau itu BN pelintah lagi ini Malaysia, gua lasa Malaysia boleh banklap loo."

Yang sebenarnya Soi Lek sudah bankrap idea. Sebab itulah semakin hari semakin merapu.

Sebelum ini beliau pernah menimbulkan kontroversi dengan mendakwa antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. Juga turut mendakwa pertarungan keIslaman antara UMNO dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.

Segala dakwaan yang dibuat oleh Presiden MCA ini membuktikan betapa dangkal dan dhaifnya tentang hal-hal berkaitan dengan Islam.

Memanglah tak boleh nak salahkan dia 100% sebab beliau memang bukan Islam. Masalahnya Soi Lek ni faham Islam mengikut acuan UMNO yang munafiq. Dan beliau sendiri tak sedar yang UMNO tu 'lebih kafir' daripada MCA, Gerakan dan MIC.

Penulis masih ingat sewaktu PAS memerintah Terengganu, Wanita MCA Pusat pernah membuat lawatan kerja ke Terengganu. Dan rombongan mereka telah disambut oleh Kerajaan PAS Terengganu pimpinan MB Tuan Guru Hj Hadi. Dalam satu majlis forum berhubung dengan Pemerintahan Islam dan Perlaksanaan Hukum Hudud, rombongan tersebut telah mendapat penjelasan secara terperinci daripada MB Hj Hadi sendiri. Pelbagai soalan telah diajukan oleh mereka. Ringkasnya, mereka berpuashati dengan segala penjelasan serta memberi respon positif sambil mengakui;

"Kalau inilah model Negara Islam yang dibawa oleh PAS, maka kami tiada masalah untuk menerimanya. Selama ini UMNO telah menipu MCA dengan memberi gambaran negatif tentang Negara Islam dan Hudud PAS."

Senario politik tanahair ketika ini agak membingungkan rakyat dengan pelbagai isu perkauman dan agama. Pembaca seharusnya sedar dan matang agar tidak terpengaruh dengan apa jua isu sempit yang saban hari dipaparkan di dada akbar dan internet.

Kita seharusnya semakin bijak membuat pertimbangan secara lebih rasional dan profesional. Segala isu remeh-temeh yang melanda negara sejak kebelakangan ini memang sengaja direka oleh UMNO atas nasihat Yahudi Zionis (APCO) bagi mangalihkan tumpuan rakyat khususnya masyarakat Melayu daripada isu sebenar seperti rasuah, penyelewengan, kenaikan harga barangan, hutang negara dan sebagainya.

Sebagai orang Islam, kita ada Al-Qur'an dan Sunnah. Bukankah kita telah diajar bila berlaku percanggahan pendapat atau perselisihan faham, maka kita diperintahkan agar kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kita semua sudah tahu bahawa UMNO adalah sebuah parti berfahaman sesat sekular Kristian. Memisahkan agama dengan politik (pemerintahan). Justeru apa bodohnya kita yang mengaku Islam ini boleh terus-menerus menyokong mereka.

Dalam Al-Qur'an, Allah SWT menegaskan dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 256 - 257;

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Toghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Toghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Perkataan Toghut yang dimaksudkan dalam ayat ini bermaksud segala bentuk fahaman dan kepercayaan yang bertentangan dengan Islam. Termasuklah mempercayai (beriman) dengan fahaman ciptaan manusia seperti sekular, sosialis, komunis, atheis, pragmatis dan seumpamanya.

Jelas di sini barangsiapa di kalangan umat Islam yang turut sama menyokong fahaman dan pemerintahan sekular (Toghut) amalan UMNO selama ini, bermakna mereka termasuk dalam golongan kafir. Na'uzubillah...

Marilah kita sama-sama lakukan hijrah. Takde gunanya kita mempertahankan benda yang salah. Ingatlah kita semua akan mati. Hanya dengan membawa Aqidah Islam yang murni sajalah dapat menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada bakaran api neraka.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Salam4all.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger