Wednesday, November 24, 2010

Astaga! Sabah termiskin di Malaysia, pemimpin UMNO BN kaya-raya

Menurut statistik 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Sabah berada pada kedudukan tercorot (ke-14) sebagai negeri paling ramai rakyat termiskin di Malaysia. Manakala Kelantan yang telah diperintah oleh PAS selama 20 tahun berada pada ranking ke-6 daripada 14 buah negeri.

Selama ini UMNO BN mendabik dada bahawa merekalah yang pandai memerintah. Memang pandai pun... Yaitu licik menyamun dan merompak harta rakyat. Rakyat dibiarkan terus papa-kedana dan hidup susah agar mudah diugut dan ditakut-takutkan bila menjelang pilihanraya. Manakala seluruh wakil rakyat dan pimpinan UMNO BN di Sabah hidup mewah dengan wang dan harta puluhan juta ringgit.

Lebih mengejutkan penulis, ada sahabat bagitau seorang kenalannya yang bertugas di Istana Sabah mendakwa jumlah aset Ketua Menteri Musa Aman dianggarkan RM5 bilion (RM 5,000,000,000).

Baru-baru ini penulis sempat mengambil gambar (atas) sebuah kereta mewah milik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah semasa dalam perjalanan pulang dari Papar. Gambar ini penulis ambil di traffic light Kepayan (berhampiran KKIA). Harga kereta mewah Toyota Ninja King ini dianggarkan RM500 ribu. Namun bagi ADUN yang ada AP, harganya pada sekitar RM300 ribu saja.

Kemampuan memiliki kereta mewah ini sebagai salah satu bukti nyata betapa seluruh wakil rakyat BN negeri terlibat dengan rasuah dan penyelewengan.

Yang paling menyedihkan bila rakyat Sabah sendiri tidak mahu berubah sikap dan enggan melakukan perubahan. Bagi mereka pemimpin hidup mewah adalah satu perkara biasa di negeri yang pernah terkenal dengan kekayaan hasil balaknya.

Kadang-kadang penulis terfikir juga, mengapa sikap rakyat Sabah tidak seperti dulu yang berani menukar kerajaan memerintah sebanyak 4 kali. USNO, Berjaya, PBS dan BN. Sejak UMNO masuk Sabah, seolah-olah rakyat negeri ini telah terkena 'sihir' UMNO hingga jadi mengong tak tentu hala. Yang mereka nampak hanya UMNO BN sajalah yang terbaik.

Rakyat Sabah harus menyedari hakikat yang sebenarnya bahawa UMNO masuk ke Sabah adalah semata-mata mahu 'menjahanamkan' lagi negeri ini. Pemimpin UMNO Pusat sedar jika UMNO tak berjaya masuk ke Sabah, bermakna sukar untuk mereka menguasai segala kekayaan negeri di bawah bayu ini. Dan yang lebih penting UMNO mahu melebarkan kuasa politik rakusnya di sebelah sini.

Kita jangan lupa bagaimana USNO terus terpinggir bila UMNO masuk ke Sabah. Majoriti ahli dan pimpinan USNO menyertai UMNO kerana terpedaya dengan 'tipu-muslihat' kemunafiqan UMNO yang berjanji mahu menjadikan Sabah negeri maju. Penulis masih ingat propaganda "Sabah Vagu" (Sabah Baru) yang dipopularkan oleh UMNO dalam Pilihanraya Negeri 1994. Waktu itu penulis masih bertugas di SMK Kundasang, Ranau.

Benarkah Sabah maju hari ini?

Ya memang ada perubahan berlaku tapi hanya di sudut infrastrukturnya saja. Sistem perhubungan jalanrayanya semakin baik walau masih di tahap sederhana. Bangunan baru banyak dibina di bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau. Projek perumahan rakyat ada dibangunkan oleh kerajaan. Begitu juga projek perumahan kos sederhana dan mewah oleh pihak swasta tumbuh macam cendawan lepas hujan tapi harga seunit amat menakutkan seolah-olah semua rakyat Sabah keya-kaya belaka.

Persoalannya, apakah dengan menyediakan kemudahan jalinan jalanraya, bekalan air dan elektrik, pembinaan rumah rakyat miskin, sekolah dan hospital sudah cukup untuk kita menilai sesebuah kerajaan itu telah menunaikan tanggungjawabnya?

Jika inilah penilaian kita, bermakna tahap mentaliti kita masih 'third-class' dan kesedaran politik masih jauh ketinggalan.

Sedarkah kita memang sudah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan di dunia ini untuk menyediakan kemudahan asas untuk rakyat mereka seperti jalanraya, pengangkutan awam, sekolah, hospital, bekalan air dan elektrik serta perumahan rakyat. Di negara-negara maju seperti Eropah dan Barat, semua perkara ini bukan dijadikan bahan kempen dalam pilihanraya sebab itu sudah termaktub sebagai tanggungjawab wajib kerajaan.

Malangnya kita di Malaysia, khususnya di Sabah masih boleh diperbodohkan oleh UMNO BN dengan bahan kempen sedemikian. Kenapa boleh berlaku sedemikian rupa? Sebab kerajaan UBN sedar tahap mentaliti golongan Bumiputera dalam negara ini masih rendah.

Justeru politik di Malaysia ini terkenal dengan jolokon "Politik sekolah, air, elektrik, jalanraya, kain batik dan duit." Betapa rendahnya maruah kita sebagai rakyat Malaysia yang boleh diperbodohkan oleh UMNO BN sedemikian rupa.

Ayuh! kita lakukan perubahan dalam PRU13. Bumi Sabah ini kaya dengan hasilnya. Kita yang berhak menikmati kekayaan tersebut. Bukannya pemimpin UMNO BN yang selama ini sudah menipu dan merompak segala hak milik kita semua.

Mari kita benamkan UMNO BN ke dalam 'kubur' dalam pilihanraya akan datang.

Salam4all.

2 comments:

adminis said...

saya sokong! ... bah. apa juga bah kalau tukar pkr ka yg memerintah.. kalau malar sija umno bn sampai bila? org sabah ni byk lagi telampau tgk tv ni.. surat khbar.. semua itu siapa punya? siapa control? kerajaan.... mana rakyat sabah yang tidak tahu menggunakan internet susah la sikit

wan die said...

Assalamualaikum...
sgt senang membaca tulisan tuan...
sy mau share tulisan tuan ni d fb boleh?

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger