Sunday, August 8, 2010

Saya sokong 1000% saranan Tony Pua

Semalam media penjilat 'najis' UMNO sibuk menghentam setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah. Pemuda UMNO pula membuat laporan Polis berhubung cadangan tersebut manakala bapak segala paksi kejahatan negara Najib Razak turut mengeluarkan kenyataan keras.

Di mana salahnya cadangan MP Petaling Jaya Utara ini? Beliau mencadangkan pemansuhan diskaun Bumiputera yang hanya melibatkan pemilikan harta mewah. Bukannya pemansuhan hak orang Melayu.

Maksud harta mewah di sini ialah kemampuan membeli/memiliki sesuatu yang bernilai melebihi RM1 juta. Seperti mampu membeli rumah yang berharga RM 1.5 juta dan sebagainya.

Salah satu bukti di depan mata kita adalah kemampuan si Khir Toyo membina istananya bernilai RM18 juta. Sorang lagi kroni rapatnya yang dah mati si Zakaria Darus pula membina mahligai bernilai RM8 juta.

Dari mana puak-puak celaka UMNO ini dapat duit sebanyak itu kalau tak dengan cara menyamun dan merompak harta rakyat.

Macam penyamun dalam filem Nujum Pak Belalang. Yang sorang kata "Kau tengok ni, aku ambik ni. Kau tengok ni, aku ambik ni..." Jawab rakannya "Wahhhh... semua kau punya. Yang aku ni cuma tengok je."

Serupalah juga dengan apa yang berlaku pada orang Melayu Bumiputera. Mereka hanya mampu tengok je segala kemewahan yang dimiliki oleh para pemimpin UMNO hasil rompakan wang dan harta milik mereka sendiri.

Di mana letaknya maruah dan harga diri bangsa Melayu Bumiputera yang terus merelakan diri mereka dipijak dan diperbodohkan oleh pemimpin yang jahat dan rakus. Adakah maruah dan harga diri kita boleh dibeli dengan nilai RM50 dan RM100 menjelang pilihanraya? Alangkah malang dan hinanya bangsa Melayu yang boleh dijual-beli sedemikian rupa.

Dan memang patut pun pemansuhan diskaun tersebut sebab golongan Melayu Bumiputera yang kaya-raya hanyalah terdiri dari para pimpinan UMNO, ahli keluarga dan kroni mereka saja. Kekayaan yang dimiliki adalah hasil daripada rasuah dan penyelwengan. Seluruh rakyat tahu fakta ini.

Kita perlu sedar berapa kerat sangatlah orang Melayu Bumiputera kat Malaysia ini yang berjaya menjadi jutawan hasil daripada titik peluh mereka sendiri. Bilangannya terlampau sedikit. Kebanyakannya adalah spesis 'jutawan segera' hasil produk keluaran UMNO melalui amalan kronisma, rasuah dan penyelwengan.

Sepatutnya segala kekayaan milik negara wajib dinikmati oleh seluruh rakyat. Malangnya segala kekayaan tersebut hanya berlegar dan dinikmati oleh golongan pemerintah, keluarga dan kroni mereka saja. Manakala rakyat marhain terus dibebankan dengan segala macam kenaikan kos hidup dari masa ke semasa.

Walaupun Tony Pua baru mencadangkan saja di Parlimen, namun bukan main lagi barisan pimpinan UMNO cuba memperbesarkan isu ini kononnya DAP cuba merampas hak orang Melayu. Hak orang Melayu apa? Bukan hak orang Melayu tapi hak segelintir para penyamun kaya-raya dalam UMNO serta para kroni mereka.

Dalam keadaan yang semakin terdesak mutakhir ini, UMNO terus dengan 'taktik lama' mereka memainkan isu perkauman sempit bagi meraih sokongan Melayu Bumiputera. Semuanya ini adalah propaganda keji untuk memperbodohkan Melayu Bumiputera yang tujuannya tiada lain melainkan untuk kelangsungan survival kuasa politik UMNO di Malaysia.

Perlu diingat seluruh pimpinan utama UMNO memang tidak sanggup kehilangan kuasa pemerintahan dalam negara sebab segala dosa mereka terhadap negara dan rakyat sudah terlampau besar ekoran rasuah dan penyelewengan selama ini. Hilangnya kuasa UMNO dalam negara bermakna para penyamun ini akan dibicarakan di mahkamah rakyat. Siapa yang salah akan kita hantar ke penjara. Seluruh kekayaan mereka hasil daripada rasuah dan penyelewengan akan dirampas dan dipulangkan semula kepada perbendaharaan negara. Samada aset dan harta yang di luar negara maupun yang di dalam. Dan inilah yang ditakuti sangat oleh mereka.

Rakyat khususnya orang Melayu janganlah terpedaya dengan isu perkauman sempit yang dimainkan oleh UMNO ketika ini. Cukup-cukuplah.... kerana dah 52 tahun golongan Melayu Bumiputera ditipu bulat-bulat oleh para pemimpin UMNO ini. Sudah sampai masanya kita seluruh rakyat membuat perubahan besar dalam PRU13 dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru Malaysia.

Selama ini yang mengkhianati dan merampas hak orang Melayu ialah UMNO. Bukannya DAP. Segala penipuan dan penyelewengan hak 100% orang Melayu Bumiputera dalam FELDA dan FELCRA dilakukan oleh para pemimpin Melayu UMNO sendiri. Dan hari ini UMNO cukup takut dengan pendedahan ANAK berserta dokumen bukti berhubung penyelewengan berbilion ringgit wang para peneroka sehingga mengarahkan pihak Polis menghalang dan mengugut rakyat untuk hadir ke dalam program anjuran ANAK.

Apa erti semuanya ini?

Jelas sekali tindakan menggunakan Polis ini membuktikan memang berlaku penyelewengan tersebut.

Kalaulah golongan Melayu Bumiputera masih tak insaf dan sedar lagi, tak tahulah apa nak di cakap lagi. Memang confirm bangang... Sepatah kata Ustaz Ismail Kamus "malang sekali kerana masih ramai orang Melayu mempertahankan kepisangannya."

Tunku Aziz : Diskaun juga untuk beli BMW, emas...?

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membidas pemimpin Umno kerana mengkritik setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah.

Dalam satu kenyataan medianya, naib pengerusi DAP itu berkata dia terkejut melihat reaksi Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas Pua berhubung cadangannya itu, manakala Perdana Menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak terkecuali mengeluarkan kenyataan keras.

Pemuda Umno mendakwa cadangan Pua itu berbaur hasutan dan mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial. Sementara, Najib pula menuduh ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dan menimbulkan rasa marah di kalangan orang Melayu serta mengancam keamanan awam.

“Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.

“Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit,” kata Abdul Aziz.

Basmi kemiskinan?

Semasa sesi dialog belanjawan kerajaan negeri Selangor pada Julai lalu, Pua berkata diskaun bumiputera sepatutnya dihapuskan kerana ia langsung tidak berkaitan dengan usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan itu.

Diskaun berkenaan hanya menyaksikan pembeli rumah bumiputera menjadi orang tengah kepada pembeli bukan bumiputera yang mengambil kesempatan ke atas diskaun tujuh peratus untuk membeli hartanah mewah, kata Pua.

Menurut Abdul Aziz jika diskaun tujuh peratus itu begitu 'kardinal' untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti “BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata.”

“Diskaun pembelian hartanah mewah adalah antara perkara utama yang disalah-gunakan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang memerlukan pembaharuan bagi memastikan 40 peratus daripada bumiputera yang berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada dasar afirmatif.

Disalah-guna Umnoputra

“Sehubungan itu, saya menyokong cadangan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghapuskan diskaun berkenaan ke atas pembelian hartanah mewah tetapi menggunakan wang yang 'dijimatkan' itu bagi menubuhkan dana untuk membantu bumiputera yang miskin,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, 'kejahilan dan salah-guna' oleh Umno, menerusi sayap pemudanya adalah jelas mengkhianati peruntukan hak bumiputera bagi menjamin golongan 'Umnoputra' yang kaya dan berharta akan terus menikmati diskaun seumpama itu apabila membeli kediaman mewah mereka.

“Reaksi Umno jelas menunjukkan bahawa mereka tiada kebanggaan sendiri atau harga diri, kerana mahu terus mempertahankan manfaat yang diputar-belitkan itu dengan membelakangkan nasib golongan miskin dan yang memerlukan.

“Melayu sebagai satu bangsa harus berbangga kerana ada di antara mereka yang kini mampu memiliki hartanah seumpama itu dan kita mesti bangga yang kita boleh berdiri di atas khaki sendiri meskipun menghadapi 'handicap' (rintangan).” - malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger