Tuesday, August 3, 2010

Isu Syabas : Kenapa Khir Toyo jadi bisu?

Sejak PR memerintah Selangor, rakyat di negeri itu terus dibela dengan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pertama bagi setiap buah rumah. Sikap perihatin kerajaan negeri yang diketuai oleh MB Khalid Ibrahim membuktikan bahawa semua negeri yang diperintah oleh PR mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat. Tidak seperti UMNO/BN yang hanya mengutamakan kocek mereka, keluarga dan kroni. Habis satu persatu keperluan asas rakyat diswastakan.

Kita ambil contoh negara maju seperti Britain. 5 keperluan asas rakyat mereka semuanya diletakkan di bawah tanggungan kerajaan. Pendidikan dan perubatan diberikan secara percuma. Bekalan air dan elektrik dikenakan tarif yang rendah. Begitu juga dengan kemudahan pengangkutan awam yang murah tambangnya. Manakala pengguna jalanraya tidak dikenakan sebarang caj tol.

Bila bercakap soal air, apa perlunya sumber kurniaan Allah ini diswastakan oleh kerajaan UBN Selangor di zaman Khir Toyo dan diserahkan kepada sebuah syarikat kroni Syabas untuk menguruskannya? Kemudian rakyat dibebankan dengan caj tarif yang tinggi. Manakala CEO Syabas dibayar gaji sebanyak RM5.1 juta setahun.

Di sinilah bukti betapa celakanya UMNO bila mereka terus diberi kuasa. Mereka sudah tak peduli lagi kesusahan rakyat bawahan. Apa yang penting kocek sendiri, keluarga dan kroni mesti dipenuhkan dengan duit haram hasil menyamun sumber hak keperluan asas rakyat.

Hal yang sama terjadi pada bekalan letrik. Walhal tenaga elektrik milik TNB dari sumber janakuasa hidro sudah melebihi bagi menampung keperluan seluruh Semenanjung namun kerajaan UBN tetap mengutamakan syarikat janakuasa kroni YTL. TNB telah dipaksa membeli tenaga tersebut dari YTL.

Dan yang menanggung bebanannya ialah rakyat.

Menyentuh pula isu pasir di Selangor, kita sendiri boleh lihat gelagat puak-puak UMNO celaka ini memperbesarkan isu tersebut kononnya berlaku penyelewengan dan kecurian pasir sejak PR memerintah.

Yang sebenarnya puak-puak munafiq ini mahu menutup pekong mereka sendiri sebab kelulusan mengorek pasir ini diluluskan oleh Khir Toyo sewaktu UMNO/BN memerintah. Dan kecurian pasir ini berlaku sejak zaman UBN lagi dan sengaja dibiarkan kerana duit masuk kocek mereka.

Bila PR berjaya merampas Selangor, bermakna seluruh 'kocek' para penyangak dan penyamun di era UMNO/BN memerintah mula kosong. Sebab itulah puak-puak pelahap ini mula menyalak tak tentu hala kebingungan kerana duit semakin kering ekoran gaya hidup mewah mereka sebelum ini.

Dan begitulah juga halnya dengan si Khir Toyo. Terus membisu seribu bahasa dalam isu syarikat air Syabas. Si doktor gigi ini banyak mendiamkan diri dan tak muncul dalam program kempen "Selamatkan Selangor" anjuran UMNO negeri.

Persoalannya kenapa Khir Toyo membisu?

Berikut adalah kenyataan media oleh Faekah binti Husin, Setpol kepada MB Selangor, Khalid Ibrahim.

Khir Toyo terhalang dari segi moral untuk bercakap pasal kepentingan rakyat Selangor

Kerajaan negeri Selangor sentiasa merai pandangan pelbagai pihak berkaitan pentadbiran dan dasar-dasar termasuk dasar pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

Apa yang penting bagi kerajaan ialah akhirnya rakyat Selangor yang layak, dapat menikmati hasil dari dasar dan ketetapan tersebut. Ini tidak terkecuali di dalam mencari jalan terbaik mengenai permasalah air di negeri ini.

Kerajaan persekutuan harus ingat kemelut air di Selangor bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global. Kerajaan BN yang di pimpin oleh Mohd Khir bin Toyo telah menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas di mana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009, 25% pada 2012, 20% pada 2015, 10% pada 2018 dan 5% pada 2021.

Jelas, kerajaan pusat bukan sahaja gagal untuk membantu rakyat Selangor untuk mendapatkan kemudahan air yang murah malah gagal pula mengambil tindakan ke atas Khir yang telah memberi konsesi secara cuai kepada syarikat kroni.

Khir sepatutnya merasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat Selangor dalam apa-apa topik sekalipun, baik air mahupun pasir kerana kecuaiannya telah menghalang hak rakyat Negeri Selangor daripada mendapatkan pekhidmatan air yang terbaik. Akibatnya kerajaan Pakatan Rakyat hari ini terpaksa berhadapan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang terlampau jika Kerajaan Negeri mahu mengambil-alih pengurusan air Selangor yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik dengan harga yang berpatutan kepada rakyat. Rakyat Selangor berhak untuk mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Khir seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam hal tatacara mentadbir negeri ini.

Oleh itu, kerajaan negeri menggesa agar mendeklasifikasikan dokumen perjanjian air dan segala laporan audit yang berkaitan agar rakyat tahu perkara yang sebenar. Kerajaan persekutuan harus melihat perkara ini dengan serius apabila membincangkannya di dalam mesyuarat kabinet Rabu ini.

Kerajaan negeri juga langsung tidak gentar dengan ugutan saman mahkamah RM1 billion yang dilakukan oleh SYABAS walaupun mereka mendapat sokongan Kerajaan pusat.

Sebaliknya, kerajaan negeri sentiasa membuka pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas SYABAS di atas kegagalannya memenuhi perjanjian konsesi dengan penuh tanggungjawab yang telah mengakibatkan kerugian tidak kurang dari RM8 bilion.

Kerajaan negeri akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor bagaimana kerajaan terdahulu telah menganiaya rakyat melalui pemberian konsesi kepada syarikat kroni ini.

Kita yakin rakyat Selangor menyokong penuh usaha kerajaan negeri mempertahankan hak air ini dan sentiasa mendoakan kejayaan kita.

- merdekareview.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger