Monday, August 2, 2010

3 pemuka 'Musyrikin Mekah, OCPD perlu 'diajar' dgn solat Hajat

Berhubung isu tindakan biadap pihak Polis menceroboh kawasan Markaz PAS di Rengit dan menghalang Program Ceramah DSAI pada 31 Julai lalu membuktikan betapa takutnya UMNO dengan Anwar sehingga diarahkan Polis mengadakan sekatan jalanraya si seluruh jalan masuk menuju ke Rengit.

Saya difahamkan oleh YDP PAS Batu Pahat bahawa FRU telah mula 'berkampung' di Rengit sejak awal pagi Sabtu lagi. Mereka datang dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Berbelas trak FRU termasuk Water Cannon dan beberapa Land Rover dilihat parking di Balai Polis Rengit dan perkarangan masjid. Jika melihat jumlahnya seolah-olah akan berlaku hara-huru di Rengit.

Inilah dia cara para pemuka 'Musyrikin Mekah' UMNO menggunakan Polis untuk berhadapan dengan rakyat. Mereka takut warga Batu Pahat mendapat maklumat tepat dari Anwar berhubung isu penyelewengan dan rasuah serta beberapa isu terkini yang menyerlahkan lagi kebobrokoan kerajaan UBN pimpinan Najib laknatullah.

Tak Perlu Permit Program di Markaz

Saya ada sedikit pengalaman bertemu dengan OCPD Batu Pahat atas urusan permit untuk ceramah Mat Sabu dalam tahun 2003. Waktu itu Ketua Polisnya ialah ACP Hj Latifi yang kini telah bersara. Dalam pertemuan saya dengannya, beliau menegaskan tidak perlu kepada permit jika program ceramah dibuat dalam markaz parti.

Persoalannya atas alasan apakah OCPD Batu Pahat sekarang mengarahkan anak-buahnya bertindak biadap dan menceroboh Markaz PAS di Sg Tongkang, Rengit untuk menghalang program ceramah DSAI?

Mereka telah merampas PA System milik aktivis PAS, mengoyakkan bendera PKR dan mengarahkan kira-kira 1,000 yang berada di situ pulang. Saya dimaklumkan orang ramai yang datang dari arah Batu Pahat, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Benut dan Pontian telah dihalang di setiap sekatan jalanraya Polis. Mereka semua diarahkan berpatah-balik pulang dengan alasan ceramah tiada permit.

Inilah 'demokrasi terpimpin' bawaan UMNO hasil didikan Zionis. Takde bezanya tindakan biadap Polis menceroboh Markaz PAS dengan tindakan pencerobohan rejim Zionis terhadap bumi Palestin.

Dahlah segala hak dan harta rakyat dirompak sesuka hati, kemudian hak kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman bagi mendengar ceramah Pakatan Rakyat turut dicabuli.

Hakikatnya seluruh kepimpinan UMNO sudah begitu takut dengan kebangkitan PR bersama rakyat mutakhir ini. Lebih-lebih lagi dalam suasana PRU13 yang semakin hampir. Oleh kerana Johor salah sebuah negeri 'fix deposit' bagi UBN, maka kehadiran Anwar Ibrahim untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat mesti disekat dengan apa cara sekalipun.

Percayalah, tindakan tidak bertamaddun dan membelakangi undang-undang oleh Polis ini akan menyerlahkan lagi kebobrokan UMNO itu sendiri. Yang pasti 1,000 orang yang hadir pada malam itu akan menghebahkan kepada rakan dan saudara mereka tentang sikap dan tindakan Polis yang menjadi pecacai UMNO.

Laporan Polis telah dibuat oleh PAS Kawasan Batu Pahat berhubung tindakan biadap Polis di ibu pejabat Polis Daerah Batu Pahat pada 1 Ogos 2010.

Waima apa pun, saya mencadangkan kepada YDP PAS Kawasan Batu Pahat agar menganjurkan Solat Hajat Perdana di markaz tersebut bagi memberi sedikit pengajaran kepada 3 pemuka 'Musyrikin Mekah' yaitu Fuad Zarkashi (MP B.Pahat), Jaafar Hashim (ADUN Senggarang), Ayub Jamil (ADUN Rengit) dan OCPD Batu Pahat. Sebut nama mereka satu-persatu dalam Doa' Qunut Nazilah. Biar Allah yang tentukan apakah 'pengajaran' terbaik buat golongan manusia zalim dan jahat ini.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger