Sunday, August 8, 2010

Kenapalah bebal sangat si Awang Selamat?

Bila kita tak faham Islam, maka dengan mudah kita terpengaruh dengan pandangan maupun tulisan oleh golongan munafiq seperti pimpinan UMNO, Awang Selamat, Astora Jabat dan lain-lain. Golongan seumpama ini memang buta kayu dalam soal Aqidah, Usul Fiqh, Siasah Syar'iah dan Sirah Nabawiyyah. Justeru apa yang dilontarkan samada dalam bentuk percakapan maupun tulisan banyak dipengaruhi oleh fikrah dan fahaman sesat pihak orientalis Barat.

Antara fahaman khurafat dan sesat yang masih menjadi pegangan majoriti orang Melayu hingga ke hari ini ialah Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Politik lain, agama lain. Ekoran kejahilan inilah maka Melayu dengan begitu mudah terpengaruh dengan segala dakyah dan propaganda kuharafat UMNO yang disokong dengan tulisan para penjilat dan pengampu seperti Awang Selamat maupun Astora Jabat.

Sebagaimana laporan Malaysiakini, dalam tulisannya di ruang Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini, Awang Selamat menyifatkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat".

"Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam.

"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.

"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.

Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".

"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi.

Jika kita merujuk kepada tulisan si Awang Selamat ini, jelas menunjukkan betapa bebalnya manusia ini. Segala pandangannya bukan berdasarkan ilmu tetapi lebih dipengaruhi oleh fahaman sempit hasil didikan UMNO selama ini.

Kita nak tanya Awang Selamat beberapa persoalan berikut ;

1- Mana lebih jahat antara golongan munafiq UMNO dan kafir zimmi DAP?

2- Selama ini siapa yang menyeleweng dan merompak wang rakyat?

3- Tidak sesatkah UMNO yang berfahaman sekular memisahkan agama dengan politik?

4- Siapa yang mengarahkan pembunuhan Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya dalam Peristiwa Memali?

5- Siapa yang menarik peruntukan per kapita Sekolah Agama Rakyat?

6- Selama ini siapa yang mempertahankan akta zalim ISA?

7- Siapa yang mempertikai Hukum Hudud dan menolak perlaksanaannya?

8- Bagaimana 250,000 orang Islam boleh murtad sepanjang 52 tahun UMNO berkuasa?

9- Siapa yang bawa masuk APCO Yahudi ke Malaysia?

Awang Selamat tak usahlah membuang masa dan menambah karat dosa dengan melontarkan idea songsang bagi 'menyelamatkan' sebuah parti yang terbukti sesat dan menyesatkan orang lain seperti UMNO.

UMNO sebenarnya lebih jahat, hina dan zalim daripada DAP. Selama ini DAP tak pernah menzalimi rakyat, tidak menyamun harta rakyat malahan telah terbukti perjuangan DAP merentasi kaum dalam negara.

Mungkin Awang Selamat lupa pada suatu ketika dulu SU Agong DAP Lim Guan Eng pernah dipenjarakan serta hilang jawatan MP Kota Melaka hanya semata-mata kerana membela seorang gadis Melayu di Melaka yang diketahui umum telah dinodai oleh Rahim Thamby Chik. Namun oleh kerana kes tersebut melibatkan pimpinan utama UMNO, maka si Rahim Thamby Chik 'selamat' dengan memaksa dan mengupah beberapa orang pemuda untuk dijadikan kambing hitam.

Oleh kerana PAS telah lama mengenali siapa sebenarnya UMNO, maka sebarang niat jahat dan perangkap kemunafiqan UMNO itu mudah dibaca.

Awang Selamat kena faham Melayu adalah bangsa, bukannya agama. Jadi fahaman yang mengatakan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu adalah sesat. Bangsa soal lain dan agama bab lain. Jangan dicampur-adukkan. Takkanlah Awang Selamat boleh jadi sebegitu bangang sehingga tak tahu bahawa Islam adalah agama fitrah untuk seluruh umat manusia dan makhluk di alam semesta ini.

Apakah Awang Selamat lupa bahawa tiada bezanya antara Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, Penan dan suku kaum lain yang terdapat di negara ini. Islam itu sendiri adil kepada seluruh umat manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.

Selama ini yang menjadi perosak dan pengkhianat kepada Islam serta menipu bangsanya sendiri adalah UMNO. Bukannya DAP.

Kesimpulannya memang tidak menjadi kesalahan di sudut Siasah Syar'iah bagi PAS menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam kebersamaan menentang kezaliman dan penyelewengan kerajaan UMNO BN selama ini. Malahan hikmah besar di sebalik kerjasama tersebut bila mana semakin ramai orang bukan Islam dalam DAP semakin faham tentang Islam dan Daulah Islamiyyah itu sendiri.

Bukan macam munafiq UMNO yang berpura-pura beriman tapi dalam waktu yang sama merekalah sebenarnya musuh No.1 kepada Islam.

Aku sarankan kepada Awang Selamat supaya pergi mengaji dulu agar lebih memahami Al-Qur'an dan Sunnah sebelum mengkritik PAS. Jangan dibiarkan diri itu termasuk dalam golongan manusia yang disebut oleh Allah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66-68 dan dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22.

Mudah-mudahan YAB Lim Guan Eng dan barisan pimpinan DAP diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam satu hari nanti. Dan begitulah juga dengan golongan bukan Islam yang ada dalam negara.

Hidayah adalah urusan Allah. Tugas kita hanyalah menerangkan Islam kepada mereka.

Wallahu 'alam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger