Friday, August 27, 2010

Mengenang Assyahid Sheikh A.Yasin : Wawancara Ekslusif 1

Walaupun Assyahid telah pergi menemui kekasihnya sejak 6 tahun yang lalu, namun roh perjuangan jihadnya tetap segar menyirami jiwa seluruh pejuang Hamas dan rakyat Palestin buat selamanya. Malahan roh jihad tersebut turut membakar semangat pejuang Islam di seluruh dunia. Al Fatihah buat Assyahid, Dr Aziz Rantisi, seluruh pejuang Hamas serta rakyat Palestin yang gugur syahid.

Berikut adalah petikan wawancara Palestine Information-Centre dengan Assyahid sebelum kesyahidannya pada 22 Mac 2004.

Bagaimana anda melihat pendudukan kembali Zionis Israel ke atas kota-kota di Tebing Barat?

Pendudukan kembali Israel ke atas kota-kota di Tebing Barat menunjukkan bahawa penjajah Israel sedang kerasukan, seperti lembu hutan yang cedera, setelah kewujudan dan teori keamanannya rosak. Oleh itu, Zionis Israel mula melancarkan pendudukan dan penjajahan kembali ke atas kota-kota Palestin kerana mereka yakin hal itu dapat menghancurkan kekuatan penentangan rakyat Palestin. Dan saya yakin perancangan mereka akan gagal kerana sekarang ini gerakan penentangan menjadi satu-satunya pilihan oleh seluruh rakyat Palestin dan bukan lagi pihak tertentu sahaja sehingga gerakan penentangan ini tidak dapat dibasmi dan dihentikan.

Apakah pendudukan kembali Zionis Israel itu memberi pengaruh terhadap tindakan penentangan rakyat Palestin?

Rakyat Palestin akan terus menentang penjajahan Israel di bumi Palestin, khususnya Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Kami akan menentang di seluruh penjuru dan wilayah Palestin. Ada pun pengaruh pencerobohan Zionis Israel ke atas Gerakan Penentangan Rakyat Palestin amat bergantung kepada sayap militan gerakan tersebut, kemampuan serta kekuatan mereka menentang pada waktu dan tepat yang tepat. Dan Gerakan Penentangan Rakyat Palestin adalah pihak yang menentukan waktu dan tempat yang tepat untuk melakukan pertempuran itu.

Adakah penangkapan beberapa aktivis Islam di Tebing Barat memberi kesan ke atas gerakan penentangan Hamas?

Pembunuhan dan penangkapan yang dilakukan oleh Zionis Israel tidak akan menamatkan perjuangan rakyat Palestin, sebaliknya menambah semangat dan kekuatan penentangan itu sendiri. Kerana setiap pejuang yang syahid mempunyai pengikut dan rakan-rakan yang akan melakukan serangan balas dan akan meneruskan draf langkah perjuangan mereka. Oleh itu, pembunuhan dan penangkapan yang dilakukan penjajah Israel itu sesungguhnya menambah kekuatan dan memperluas penentangan rakyat Palestin itu sendiri.

Menurut pendapat anda, apakah langkah politik yang akan dilakukan oleh penjajah Israel setelah merampas kota-kota dan khemah-khemah pelarian di Tebing Barat?

Penjajah Israel ingin menghancurkan kekuatan penentangan dan kemampuan rakyat Palestin sehingga mereka menyerah dan menerima tuntutan dan syarat Israel-Amerika, menerima langkah-langkah penyelesaian yang merugikan, yakni menghapuskan persoalan hakiki rakyat dan bangsa Palestin. Dan rakyat kami tidak mungkin menerima langkah semacam itu kerana tanah kami masih dijajah dan diduduki; hak-hak kami dirampas. Saya katakan, tidak ada penyelesaian selain keluarnya penjajah Israel dari bumi Palestin. Dan apa jua jenis penyelsesaian pun yang diambil hanyalah sementara, keadaan akan kembali meledak semula.

Menurut keyakinan anda, apakah perkembangan terakhir ini menunjukkan strategi Israel yang akan melakukan pendudukan kembali, bahkan penggabungan wilayah Tebing Barat ke dalam wilayah Israel tahun 1948, dan akhirnya wilayah Semenanjung Gaza akan menjadi negara kecil Palestin di kemudian hari?

Jika ada yang berpendapat bahawa rakyat Palestin akan melepaskan tanahair dan hak-hak mereka serta rela hidup di Semenanjung Gazaq kerana wilayah ini adalah sebuah negara Palestin, maka orang tersebut sedang berkhayal. Kerana Semenanjung Gaza itu adalah sebuah penjara besar yang terkepung dari segenap penjuru dan kehilangan sumber alam dan ekonomi yang diperlukan oleh sebuah negara. Oleh itu, walau apa pun langkah yang diambil untuk melepaskan hak-hak hidup kami, akan ditolak mentah-mentah. Kami tidak akan menerima kecuali mengembalikan setiap inci wilayah dan tanahair Palestin. Oleh yang demikian, penentangan rakyat Palestin mesti berterusan sehingga penjajah Israel keluar dari tanahiar dan tempat-tempat suci kami.

Apa yang mungkin dilakukan oleh militan Israel untuk menduduki Semenanjung Gaza?

Kemungkinan serangan militan Israel selalu ada tetapi mereka tidak mungkin berfikir untuk memasuki wilayah Semenanjung Gaza, kecuali jika mereka sudah kehilangan akal warasnya. Ini kerana Semenanjung Gaza sangat sukar untuk diduduki dan aktivis penentangan rakyat Palestin tersebar di mana-mana. Oleh itu, Israel akan kalah dan harus membayar harga yang mahal atas setiap serangan ketenteraan yang dilakukannya. Ditambah lagi, wilayah Semenanjung Gaza itu sudah terkepung dan tidak akan membahayakan kewujudan Israel dari dalam wilayah Semenanjung Gaza. Akan tetapi, apabila rejim Israel mengetahui ada sumber bahaya dan ancaman terhadap kewujudan negaranya dari wilayah Semenanjung Gaza, maka Israel pasti akan memasuki wilayah ini. Dan saya tegaskan kepada penjajah Israel bahawa memasuki wilayah Semenanjung Gaza tidaklah mudah seperti pergi berekreasi, Israel harus membayar harga yang mahal dan akan menderita kerugian yang sukar dibayangkan.

bersambung...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger