Tuesday, October 21, 2008

UMNO Hilang Taringnya

Hari ini para penganalisa politik negara tengah sibuk membuat analisa-analisa terkini berhubung isu-isu hangat yang berlaku dalam tempoh terdekat ini. Lebih-lebih lagi setelah berakhir pemilihan pucuk pimpinan MCA bagi sesi 2008/2011. Rata-rata para perwakilan MCA yang hadir mengharapkan gandingan baru Dato' Ong Tee Keat bersama Timbalannya Dato' Chua Soi Lek akan membawa perubahan besar dalam MCA serta dapat mengembalikan keyakinan masyarakat Cina terhadap parti itu.

Mantan Presiden MCA, Dato' Ong Ka Ting ada menyebut di dalam ucapan terakhirnya yang meminta kerajaan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat telah disalahgunakan untuk menahan musuh-musuh politik UMNO/BN.

Salah satu resolusi MCA ialah meminta kerajaan meminda akta zalim ISA ini serta mewujudkan satu sistem yang berkesan bagi memantau penggunaan ISA selain menjamin bahawa akta tersebut hanya digunakan dalam kes-kes membabitkan pengganas dan elemen subversif.

Resolusi Perhimpunan Agung Tahunan MCA kali Ke 55, klik di sini

Hari ini MCA meminta satu kerusi Timbalan Pengerusi BN. Bermakna satu kerusi Timbalan Perdana Menteri. Permintaan ini jelas menunjukkan bahawa selama ini UMNO yang mengetuai BN memang membuat keputusan sendiri dan meminta komponen-komponen lain ikut saja atas dasar kemuafakatan. MCA mula sedar bahawa banyak kepincangan yang berlaku dalam BN dan UMNO yang menjadi punca utama kekalahan teruk BN dalam PRU12. Salah satu isu besar yang menjadi punca pengundi Cina dan India beralih kepada Pakatan Rakyat ialah kenaikan harga minyak. Dikuti pula dengan isu rasuah yang melibatkan para pemimpin UMNO.

Salah seorang veteran MCA ada menyebut bahawa dalam masyarakat Cina, mereka tidak bergantung kepada parti mereka. Tidak kiralah mereka ahli MCA, DAP atau Gerakan tetapi mereka boleh duduk bersama membincangkan kepentingan bersama orang Cina. Yang menjadi payung kepada orang Cina adalah Persatuan Dong Jiao Zong. Persatuan inilah yang membuat keputusan.

Kita tak boleh salahkan MCA kerana meminta kerusi Timbalan Pengerusi BN. Memang mereka berhak berbuat demikian kerana MCA adalah parti kedua terbesar dalam negara. Kalau dilihat dari kemenangan Ong Tee Keat dan Dr. Chua Soi Lek, jelas menunjukkan bahawa seluruh ahli MCA mahukan pemimpin mereka dari kalangan yang berani mengkritik dasar-dasar kerajaan serta membela hak mereka. Semua orang tahu kedua pemimpin ini memang dikenali sebagai orang yang 'vocal'.

Baru padan muka UMNO. Mereka ingat para perwakilan MCA kali ini akan memilih Presiden yang boleh 'berlembut' dengan UMNO macam Lee Leong Sik. Percaturan mereka silap. Sudah sampai masa UMNO akan hilang taringnya.

Kepada para penyokong UMNO pula, apa yang kamu dapat sepanjang pemerintahan UMNO. Dah berapa banyak hak orang Melayu yang dibuang oleh pemimpin UMNO. Biasiswa hilang. Tanah orang Melayu hilang dan dirampas. Di Johor saja, tanah orang Melayu hanya tinggal 11%. Itu pun termasuk tanah Felda. Ha.... sokonglah terus parti haprak UMNO. Jangan terkejut satu hari nanti orang Melayu terpaksa menumpang di tanah orang Cina.

Sedar-sedarlah wahai orang Melayu. Insaflah. Jangan biarkan diri kamu diperbodohkan terus-menerus oleh para pemimpin UMNO yang hanya sibuk mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri. Butakah hati dan mata kamu selama ini.

Sekian.

Salam Dari Negeri Di Bawah Bayu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger